Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM?
16:06 Jun 03, 2020  |  By SabahKini2
Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM?

Apa akan terjadi esok? nampaknya pemburuan Michael P Ubu kes RISDA berjaya. Bosnya Datuk Peter Anthony juga telah menerima notis SPRM dan bakal direman minggu depan kerana kes RISDA dan Skandal RM1.5bilion. Warisan hancur?

KOTA KINABALU:  ‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’ begitulah apa yang berlaku kepada Peguam diburu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Michael Persius Ubu apabila dilaporkan malam ini beliau berjaya ditangkap di Negeri Sabah.

Menurut sumber Michael Ubu yang sudah kembali ke Malaysia pada 29 April lalu telah menjalani saringan Covid-19 dan kini berada di tempat yang dirahsiakan.

Nampaknya Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan juga Pengarah Imigresen Sabah seolah-olah merahsiakan kedudukan Michael Ubu.

Sejak 3 Januari 2018 pemburuan SPRM terganggu selepas Michael Ubu berjaya melarikan diri ke luar negara namun Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony berjaya ditangkap dan direman tujuh hari bagi siasatan kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai RM155 juta di daerah Tongod Sabah.

Portal Sabahkini2 sekian lama melaporkan mengenai kes rasuah Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- 19 JULAI 2019:  Himpunan koleksi laporan boleh didapati
‘SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony’]

[ARTIKEL BERKAITAN- 2 APRIL 2018: Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 3 OKT 2019: Peguam Menteri Warisan Sabah, Michael P Ubu antara 21 peguam diburu polis kes pecah amanah ]

Penangkapan Michael Ubu akan menyelesaikan misteri kes RISDA yang tertangguh sejak 2018 itu juga kes CBT PDRM. Sabahkini2 turut melaporkan mengenai “The Money Trail” wang RM 15.5 juta itu yang telah disalur kepada Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula tahun 2014.

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang didaftar Peter Anthony di alamat syarikat  PEJABAT GUAMAN FIRMA MICHAEL UBU & CO.

Semakan di SSM menunjukkan syarikat milik Peter itu didaftarkan pada 8 Ogos 2012 di alamat Lot No.2012 (R), 2ND Floor Beverly Hills Plaza Jalan Bundusan Penampang Kota Kinabalu. Dua Pengarahnya adalah Safineh Dato dari Kelatuan Papar (tempat asal Peter Anthony dan staf Peter) dan Ebby Roy Raimon. 

Peter Anthony Skandal JKR RM1.5 Bilion

'Jerat tidak pernah melupakan pelanduk' Selepas Datuk Peter Anthony dilantik sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sekali lagi Peter melakukan kesilapan besar untuk menganugerahkan projek Rundingan Terus kepada kroninya bagi projek penyelenggaraan jalan di Sabah kepada 5 syarikat tanpa tender. 

LIMA siri pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion mendedahkan projek bernilai RM325 juta sehingga RM500 juta. 5 siri itu ialah;

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

  5. 24 Mac: Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor!

Lebih mengejutkan  syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd  yang dilantik oleh Datuk Peter Anthony dengan kontrak RM325 juta penamanya ialah Safineh bin Doto yang dikaitkan dengan kes pencurian wang RISDA RM 15.5 juta berhubung pembelian tanah ladang Tongod RM155 juta melibatkan Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan juga peguamnya yang hilang Michael P Ubu. 



Syarikat pemilik kroni AK Kontraktor Sdn BHd Safineh Doto.

 

PETER ANTHONY DIBERI NOTIS SPRM

Datuk Peter Anthony dilaporkan telah diberi notis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)untuk hadir memberi keterangan berhubung kes urusan skandal RM1.5 bilion dan tertangkapnya Michael P Ubu bagi kes urusan pembelian tanah RISDA RM155 juta itu. 

Terdapat sumber Shafie Apdal Ketua Menteri dan Datuk Peter Anthony mahu menyembunyikan Michael P Ubu dari pihak berkuasa bagaimanapun SPRM telah mengetahui kedudukan Michael P Ubu.

Penangkapan Michael pasti akan menyelongkar semula semua salahlaku termasuk Safineh bin Doto pemilik syarikat Budiman Juta Sdn Bhd dan AK Kontraktor Sdn Bhd.

Apakah dengan penangkapan Peter Anthony dan Michael P Ubu akan memusnahkan Kerajaan Warisan? Peter Anthony dan Michael Ubu tak boleh lari lagi. Inilah yang menakutkan Kerajaan Warisan sekarang.

Ini kali ketiga Peter akan ditahan suruhanjaya terbabit selepas kali pertama disiasat bersama 12 individu lain, termasuk Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015, kes RISDA dan kini kes RM 1.5 bilion JKR Sabah.

21 Comments