Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta
12:06 Jun 11, 2020  |  By SabahKini2
Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah. Kes yang sepatutnya di tuduh 2018 namun tergendala selepas Michael Ubu sempat lari ke luar negara. Namun kini telah kembali mungkin sebagai saksi ke..Apa lagi kejutan?

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan membabitkan dana RM8.75 juta, di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu membuat pengakuan terbabit, di hadapan Hakim Abu Bakar Manat  selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Peter berdepan lima pertuduhan, iaitu dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, manakala tiga pertuduhan lain membabitkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Peter dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin tempatan.

Peter diwakili beberapa peguamnya iaitu, Luke Ressa Balang, Martin Tommy, Cedric Choo dan Datuk Douglas Lim.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan sebutan semula kes terbabit, pada 4 Ogos hadapan.

Peter yang berpakaian sut hitam tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada jam 8.15 pagi tadi sebelum keluar semula sekitar jam 11 pagi.

Terdahulu, Peter sejak dua hari lalu dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi memberi keterangan berhubung kes terbabit.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Anthony akan didakwa Mahkamah 

Peter Anthony kini menggunakan ayat-ayat perkauman untuk mengatakan pertuduhannya adalah menyekat kaum KDM di Sabah wal hal sangat jelas ia perlakuan rasuah yang mempunyai bukti oleh SPRM sejak 2017 lagi sebelum Michael P Ubu melarikan diri keluar negara

[ARTIKEL BERKAITAN-Peter didakwa: Curi Wang RISDA RM15.5 juta, jual tanah rakyat mengapa salahkan PN, UMNO PAS?]

Peter didakwa: Curi Wang RISDA RM15.5 juta, jual tanah rakyat mengapa salahkan PN, UMNO PAS?

14 Comments