Peter Anthony akan didakwa Mahkamah esok
10:06 Jun 10, 2020  |  By SabahKini2
Peter Anthony akan didakwa Mahkamah esok

Menteri Pembangunan Infrastruktur itu hadir untuk siasatan SPRM berhubung projek jalan raya RM1.5 bilion dan petang ini mengenai kes tanah RISDA RM155.5 juta. Bagaimanapun SPRM mempunyai kes mendakwa Peter dalam kes RISDA

Seperti yang dilaporkan hari ini sekali lagi Datuk Peter Anthony hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2.50 petang ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur itu hadir untuk siasatan SPRM berhubung projek jalan raya RM1.5 bilion dan petang ini mengenai kes tanah RISDA RM155.5 juta

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter dipanggil ke SPRM lagi, Michael P Ubu peguam hilang akan muncul? ]

Beliau masuk ke pejabat SPRM dengan ditemani peguamnya, Cedric Choo.

Beberapa penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) dan pemimpin Persatuan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia turut berada di pekarangan pejabat SPRM bagi menyambut Peter Anthony

Turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah; ADUN Merotai Sarifuddin Hata; ADUN Tanjung Kapor, Ben Chong dan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr.

Peter Anthony didakwa esok

Sementara itu Datuk Peter Anthony esok akan dituduh di Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan salah laku urus niaga tanah Risda di Tongod beberapa tahun lalu

Peter mengesahkannya selepas siasatan SPRM dan memberitahu telah menerima waran daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir di mahkamah pada pukul 8 pagi esok.

Menurutnya, pertuduhan dijangka di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Katanya, beliau akur dengan arahan tersebut namun akan terus menentangnya

“Saya sudah dapat waran untuk hadir esok berkaitan kes Risda.

“Saya tiada masalah saya akan hadir esok, kalau mereka mahu menahan saya pun tidak apa saya bersedia, ini kes lama 

Reaksi netizen terhadap pendakwaan Peter Anthony nampaknya memberi respon positif bahawa rakyat tidak menyokong pencurian dana rakyat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah.

Kes yang tertangguh sejak 2018 ini akhirnya bakal dibicarakan. Rakyat mahu tahu kes tanah RISDA ini. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika itu ialah Dato' Seri Shafie Apdal yang turut direman pada tahun 2017 kerana penyelewengan dan KKLW RM1.5 bilion.

Portal Sabahkini2 sekian lama melaporkan mengenai kes rasuah Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu ini. Artikel boleh dibaca.

[ARTIKEL BERKAITAN- 19 JULAI 2019:  Himpunan koleksi laporan boleh didapati 
‘SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony’]

[ARTIKEL BERKAITAN- 2 APRIL 2018: Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 3 OKT 2019: Peguam Menteri Warisan Sabah, Michael P Ubu antara 21 peguam diburu polis kes pecah amanah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 3 JUN 2020: Michael P Ubu ditangkap, Peter Anthony Menteri Warisan diberi Notis SPRM?]

 

 

14 Comments