Kaya raya ketika menjadi Pengarah JTU. Luluskan tanah atas nama mentua, isteri dan kroni malah sehingga dilantik SKN kekal berkuasa beri tanah. Adun-adun Warisan turut mendapat kelulusan tanah. Kini kekayaan, salahgunakuasanya dihidu SPRM!
Dikala siasatan SPRM terhadap rasuah dan salahguna kuasa pemimpin Warisan seperti Datuk Peter Anthony, Michael P Ubu, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Setiausaha Sulit Kanannya kini seorang lagi pegawai tinggi kerajaan negeri yang dilantik Kerajaan Warisan sedang disiasat SPRM.
Menurut sumber, Datuk Haji Safar Untong yang kini menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah ketika menjadi Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah meluluskan tanah kepada beberapa Adun Warisan terutamanya Datuk Dr Yusof Yakub Menteri Pelajaran, Datuk Aidi Mokhar Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri dan beberapa pemimpin lagi.
Menurut sumber itu lagi menghargai jasanya meluluskan tanah mereka sebagai balasan mereka melobi kepada Ketua Menteri untuk melantik Datuk Safar sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Datuk Safar kini dikatakan hidup mewah.
“Rumah Safar di Labuan dan Kota Kinabalu boleh tahan mewah. Jika dibuat pengisytiharan harta dibuat amat pasti tidak sepadan dengan pendapatannya”. Kata sumber itu yang disampaikan melalui aplikasi WhatsApp kepada Sabahkini2.
Tanah milik Safar Untong atas nama Mentua dan Isteri
Paling mengejutkan pendedahan itu mengaitkan tanah milik Safar Untong yang diluluskan ketika beliau sebagai Pengarah JTU atas nama mentuanya Haji Alias Muhammad dan isterinya Datin Hajah Nuinda Haji Alias
“Semua LA ditandatangani oleh Safar dengan meniru tandatangan mentuanya”. Kata sumber
Datin Hajah Nuinda Haji Alias
Siasatan SPRM dikatakan sebahagiannya menjurus kepada tanah-tanah yang dimiliki atas nama proksi Safar Untong. Tidak menghairankan jika ketika Safar Untong menjadi pengarah JTU pemilik syarikat taikun cina Sabah sering berurusan dengannya untuk memberi rasuah kelulusan tanah.
Seorang pegawai JTU bernama Haji Tammalani Hodjari PP (Pemberimilikan Tanah) dikatakan menjadi proksi dan runner semua arahan SKN berkaitan isu tanah di Sabah.
Tammalani Hodjari merupakan pegawai yang mengundi di Sipitang.
Tanah Pasir Putih Putatan
Salah satu tanah yang dikenal pasti sebahagian dari salah guna kuasa Safar Untong ialah tanah pantai kawasam Pasir Putih Putatan berdekatan dengan Taman Teluk Villa.
Dikatakan kelulusan tanah di kawasan itu atas nama Mentuanya Hj Alias. SPRM wajar menyiasat dakwaan itu termasuk pegawai JTU yang bersekongkol dengan SKN.
Rekod pemilikan tanah pastinya sukar dipadam apatah lagi ia melibatkan salah guna kuasa Pengarah JTU ketika itu.
Tentu harga tanah ini berjuta sekarang- Kawasan bertanda petak menghala ke laut.
5000 Tanah Long Mio Sipitang
Memandangkan proksi SKN di JTU Hj Tammalani Hodjari orang Putatan yang mengundi di Sipitang terdedah menjadi kemusykilan baru apakah isu 5000 tanah Long Mio yang cuba diberi kepada orang luar, didedahkan Sabahkini2 pada oktober 2019 mempunyai kaitan dengan Datuk Safar Untong dan juga Datuk Dr Yusof Yacob Adun Sindumin?
[ARTIKEL BERKAITAN- SFI telah digadai! Kini Shafie arah beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Kg Long Mio Sipitang ]
[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana tular! Arahan Shafie beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Long Mio dibatalkan ]
Surat Antanyu Nulhaji dan nota bidai Shafie Apdal mengenai permohon tanah tular sebelum ini dan dipertikaikan oleh rakyat Sabah menyebabkan permohonan itu dibatalkan.
Dan pada 19 Oktober selepas artikel itu disiarkan, Datuk Dr Yusof Yacob Adun Sindumin tampil seolah-olah mempertahankan permohonan itu sambil membuat penafian mengenainya.
“Permohonan ke atas tanah ini memang diketahui dan dibuat oleh 49 orang penama namun proses bukan boleh dilakukan begitu sahaja tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
Mungkinkah Dr Yusof dibelakang permohonan tanah 5000 ekar ini dibantu
Hj Tamalani Hodjari dan Datuk Safar Untong?
Apakah akan didedahkan penama geran tanah proksi? Apa seterusnya sama-sama kita nantikan.
Nota: Di Zaman Safar Untong menjadi Pengarah JTU begitu banyak minit nota bidai Shafie Apdal kontroversi tular dalam laman sosial.