Kes saman RM557 juta: Yong persoal campurtangan Shafie tangguh kes selamatkan Christina
22:06 Jun 21, 2020  |  By SabahKini2
Kes saman RM557 juta: Yong persoal campurtangan Shafie tangguh kes selamatkan Christina

Kes Mahkamah Rayuan di Kota Kinabalu pada 16 Jun 2020 ditunda tanpa sebarang penjelasan berkenaan mengapa ia ditunda dan berapa lama masa yang akan diambil. Semua ini cara selamatkan Christina?

Selepas terdapat aduan pekebun kecil cuba dipujuk oleh GLC Kerajaan Negeri, Borneo Samudera Sdn. Bhd dan Bagahak Plantations Sdn. Bhd untuk menarik balik kes saman terhadap Datuk Christina Liew Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mula menyiasat kes itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM siasat Timbalan Ketua Menteri, Borneo Samudera ‘kawtim’ kes saman RM557.7 juta rampas tanah rakyat ]

SPRM siasat Timbalan Ketua Menteri, Borneo Samudera ‘kawtim’ kes saman RM557.7 juta rampas tanah rakyat

Seorang ahli keluarga pekebun kecil tersebut, Dato Shuaib Bin Dato Mutalib, berkata bahawa kedua-dua plaintif sebelum ini telah dipanggil dalam masa yang singkat untuk bertemu dengan pihak pengurusan Borneo Samudera di pejabat syarikat itu baru-baru ini memujuk mereka dengan  tawaran tidak masuk akal.

Menurut laporan akhbar tempatan pada 17 Jun, permohonan rayuan oleh Timbalan Ketua Menteri itu ditunda tanpa sebarang penjelasan berkenaan mengapa ia ditunda dan berapa lama masa yang akan diambil.

Rayuan kes yang telah sekian lama ditunggu-tunggu itu asalnya dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan di Kota Kinabalu pada 16 Jun 2020, setelah Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi Malaysia, menolak permohonan Timbalan Ketua Menteri untuk mengemukakan bukti baru.

Susulan daripada itu Datuk Yong Teck Lee Presiden SAPP yang juga bekas Ketua Menteri Sabah mempersoalkan status kes tersebut seolah-olah ada tangan ghaib melengahkan kes dan mahu menyelamatkan Datuk Christina Liew.

Katanya rakyat Sabah ingin tahu apa yang telah terjadi dengan penghakiman bernilai RM557 juta yang telah dibacakan di Mahkamah Tinggi Tawau pada tahun 2014 terhadap seorang peguam, yang kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, dalam kes rampasan tanah di Bagahak Plantation, Lahad Datu.

Plaintif dalam kes tersebut adalah syarikat milik kerajaan negeri, Borneo Samudera Sdn Bhd, yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan pekebun kecil di Bagahak.

“Saya ingin mengingatkan pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Warisan, bahawa rakyat Sabah mengikuti kes berkepentingan awam ini dengan teliti. Ini kerana Pengerusi Borneo Samudera Sdn Bhd adalah Datuk Mohd Shafie Apdal, yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah sekarang. 

Manakala defendan utama adalah Datuk Christina Liew Chin Jin, merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah’. Katanya dalam satu kenyataan media

Menurutnya lagi rasa tidak puas hati terhadap kes rampasan tanah ini adalah salah satu penyebab pengunduran besar-besaran anggota PKR di Putatan menolak kepimpinan Christina Liew sebagai Pengerusi PKR Negeri Sabah.

 

13 Comments