SPRM siasat Timbalan Ketua Menteri, Borneo Samudera ‘kawtim’ kes saman RM557.7 juta rampas tanah rakyat
03:06 Jun 08, 2020  |  By SabahKini2
SPRM siasat Timbalan Ketua Menteri, Borneo Samudera ‘kawtim’ kes saman RM557.7 juta rampas tanah rakyat

Masa semakin suntuk, Datuk Christina Liew TKM dan Kerajaan Warisan akan menggunakan kuasa mempengaruhi Borneo Samudera Sdn Bhd bagi menarik kes sebelum 16 Jun 2020.SPRM wajar menyiasat Christina dan Borneo Samudera

Negeri Sabah nampaknya mendapat tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pendedahan salahlaku rasuah pemimpin Pakatan Harapan dan Warisan.

Selain kes Michael P Ubu yang kini kembali ke Sabah, Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kes RISDA dan projek rundingan terus RM1.5 bilion kini kes Datuk Christina Liew Timbalan Ketua Menteri Sabah juga turut disiasat SPRM.

Kes saman RM557.6 juta Christina Liew

Pada 2014, Christina Liew, bekas keraninya Siti Rahfizah Mihaldin dan Samsuri diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29 oleh Mahkamah Tinggi Tawau. Daily Express ketika itu melaporkannya jumlah denda terbanyak yang pernah diperintahkan oleh mahkamah.

Februari lalu Timbalan Ketua Menteri dan Siti Rahfizah Mihaldin tidak dibenarkan mengemukakan bukti baru dalam permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi sejumlah RM557.6 juta.

Keputusan yang dibuat oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan di Kota Kinabalu mengatakan bahawa pemohon gagal memenuhi keperluan undang-undang untuk mengemukakan bukti baru.

Pemohon, Liew dan Samsuri Baharuddin diperintahkan untuk membayar kos RM30,000.

Ini bermakna mahkamah mengekalkan keputusan untuk Datuk Christan dan keraninya bersalah serta perlu membayar ganti rugi itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes saman RM557.6j: Mahkamah tidak benarkan Christina Liew TKM Sabah, kemuka bukti baru ]

Kes saman RM557.6j: Mahkamah tidak benarkan Christina Liew TKM Sabah, kemuka bukti baru

Christina Liew guna kuasa TKM ‘Kawtim’ arah Borneo Samudera Sdn. Bhd tarik kes

Christina tiada pilihan untuk menang kes ini melawan pekebun kecil beliau perlu menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Ketua Menteri berunding atau meminta Shafie Apdal Ketua Menteri mengarahkan GLC negeri seperti Borneo Samudera Sdn. Bhd. Dan Bagahak Plantations Sdn. Bhd.

Pekebun Kecil Andurangan Bin Tubay, 71 tahun, dan Ettin Bin Ali, 83 tahun, kedua-duanya pesara, telah mendapat injunksi pada Oktober 2018 terhadap Borneo Samudera Sdn. Bhd. Dan Bagahak Plantations Sdn. Bhd, GLC Kerajaan Negeri Sabah, untuk menghentikan penandatanganan "Perjanjian Penyelesaian menyeluruh (global settlement Agreement)" yang secara efektif akan memindahkan tanah di Bagahak kepada pihak ketiga kepentingan swasta.

Kedua-dua pekebun kecil (plaintif) bertegas terhadap percubaan Kerajaan Negeri Sabah untuk menarik balik kes itu.

Seorang ahli keluarga pekebun kecil tersebut, Dato Shuaib Bin Dato Mutalib, berkata bahawa kedua-dua plaintif telah dipanggil dalam masa yang singkat untuk bertemu dengan pihak pengurusan Borneo Samudera di pejabat syarikat itu baru-baru ini memujuk mereka dengan  tawaran tidak masuk akal.

"Pekebun kecil dan peguam mereka telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak bersetuju terhadap usaha GLC (Kerajaan negeri Sabah) untuk mengetepikan perintah tersebut karena perintah tersebut adalah satu-satunya perlindungan undang-undang yang boleh diharapkan oleh pekebun kecil untuk melindungi kepentingan tanah mereka.

Tanah ini sudah dibangunkan sepenuhnya dan telah menghasilkan buah dan memberikan pendapatan bagi pekebun kecil dan keluarga, yang semuanya berasal dari Sabah ”, kata Dato' Shuaib

“Kami khuatir seorang Timbalan Ketua Menteri mungkin memberi tekanan politik pada Borneo Samudera dan Bagahak Plantations untuk menandatangani Perjanjian Penyelesaian menyeluruh dan kemudian memindahkan hak tanah kami.

[ARTIKEL BERKAITAN- Saman RM557.6 juta: SPRM didesak siasat Timbalan Ketua Menteri arah syarikat Kerajaan Negeri tarik kes ]

Saman RM557.6 juta: SPRM didesak siasat Timbalan Ketua Menteri arah syarikat Kerajaan Negeri tarik kes

Masa semakin suntuk, Datuk Christina Liew dan Kerajaan Warisan akan menggunakan kuasa mereka mempengaruhi  Borneo Samudera Sdn Bhd bagi menyelamatkan dirinya sebelum 16 Jun 2020.

Tindakan SPRM - 16 Jun pekebun kecil menang atau Christina menang?

Media melaporkan pegawai SPRM kini turun padang menemubual pekebun kecil yang dikaitkan dengan dakwaan kes pengambilalihan tanah rakyat itu.

Adalah jelas pemimpin kanan PKR Sabah kalah di mahkamah sebelum ini, kini menjadi Timbalan Ketua Menteri mempunyai kuasa mempengaruhi GLC negeri menarik balik kes itu.

SPRM perlu bertegas menyiasat salah laku ini. Pengarah SPRM Sabah atau Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM perlu bertindak sebelum 16 Jun 2020 kerajaan menjadi bahan ketawa rakyat.

Mahkamah Persekutuan pada Februari tahun ini sudah memberi mesej yang jelas selepas menolak permohonan Liew untuk mengemukakan bukti baru terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Jika dua GLC menarik kes atas arahan Ketua dan Timbalan Ketua Menteri ia jelas memalukan kerana salah guna kuasa itu didepan rakyat jelata.

Nama SPRM pasti terjejas juga jika tidak berbuat apa-apa.

Jika 16 Jun ini Mahkamah mengekalkan perintah mahkamah tinggi ini bermakna rakyat biasa sebagai pekebun kecil menang kes dan Christina Liew bersama 2 lagi rakan subahatnya perlu membayar saman RM557.6 juta dalam masa sama satu pilihanraya kecil perlu diadakan semula untuk kerusi Parlimen Tawau dan Dun Api-api (Kota Kinabalu). Ia kemenangan rakyat.

Sejarah 'kawtim' Borneo Samudera

Bagaimanapun apapun boleh berlaku  terhadap GLC Negeri Sabah Borneo Samudera Sdn Bhd itu yang dulu satu ketika turut dikerah untuk menaja Persatuan Bola Sepak Sabah. Ketika Hj Hamid Apdal adik Shafie Apdal sebagai Timbalannya SAFA beliau dilihat telah meminta tajaan kepada Borneo Samudera Julai 2018. Haji Hamid meletak  jawatan selepas tularnya surat SAFA 'pau' Borneo Samudera menggunakan nama abangnya Shafie Apdal.

[ARTIKEL BERKAITAN- SAFA jadikan adik Shafie Apdal ‘Kaki Pau’ berjuta duit GLC Sabah? ]



Letak jawatan 28 Ogos 2018 namun  Letter Head SAFA Hj Hamid Apdal bertarikh 4 September 2018
masih Timbalan Presiden SAFA 1 'pau' GLC Negeri


Pekebun kecil yang terlibat merasa bimbang dengan campurtangan Kerajaan Warisan memandangkan Christina Liew merupakan Timbalan Ketua Menteri. Jika Borneo Samudera sebelum ini boleh diperah, kerah tak mustahil kes ni Pengurusan Borneo Samudera akur arahan Shafie Apdal dan Christina Liew. Tindakan SPRM menyiasat kes ini adalah sangar tepat agar hak rakyat terbela. 

 

 

6 Comments