Kolej Universiti Yayasan Sabah Nazak: Pilih Cuti Tanpa Gaji atau Notis letak jawatan!
23:06 Jun 30, 2020  |  By SabahKini2
Kolej Universiti Yayasan Sabah Nazak: Pilih Cuti Tanpa Gaji atau Notis letak jawatan!

Tidak mahu potong gaji atas alasan langkah penjimatan, Naib Canselor UCSF beri kata dua kepada staf iaitu Cuti Tanpa Gaji atau Notis Peletakan Jawatan. Sejak 2018 UCSF telah nazak hingga kepada krisis COVID-19. Janji September pulih boleh percaya?

Selepas dilaporkan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) merancang mengurangkan gaji kakitangan sehingga sebanyak 50 peratus dan mungkin memberhentikan pekerjanya hari ini memo Naib Canselor UCSF itu mengarahkan semua staf yang belum menandatangani langkah penjimatan sementara (TAM) memilih sama ada cuti tanpa gaji atau Notis peletakan jawatan.

“TAM ini dilaksanakan agar tiada pemberhentian staf sepanjang tempoh TAM

“Kami berharap anda lebih memahami dan membuat keputusan sama ada menandatangani, menerima tawaran TAM atau menolak tawaran TAM dan memilih cuti tanpa gaji atau meletak jawatan”. kata Naib Canselor Mohamed Haleem Mohamed Razi dalam memo itu.

Kenyataan Mohamed Haleem Mohamed Razi itu selari dengan arahan Jamalulkiram Datuk Zakaria Pengarah Yayasan Sabah yang juga Ketua Eksekutif ICSB dalam mesyuarat lembaga pengarah Yayasan Sabah pada 4 Jun 2020 baru-baru ini memotong gaji GLC Kerajaan Negeri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kolej Universiti Yayasan Sabah potong lagi gaji 50%, rancang buang pekerja ]

Shafie 'capati' janji, Yayasan Sabah potong gaji pekerja sehingga 50 % mulai Julai 2020?

22 April lalu Ketua Menteri Shafie Apdal berjanji tiada pemotongan gaji atau pemberhentian membabitkan ribuan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah namun ia tidak benar sama sekali kerana Lembaga Pengarah Yayasan Sabah mengumumkan akan membuat pemotongan gaji kepada semua anak syarikatnya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie 'capati' janji, Yayasan Sabah potong gaji pekerja sehingga 50 % mulai Julai 2020? ]

 

 

Menjadi persoalan apakah pandemik COVID-19 hanya lah alasan kerana kemelut UCSF bukanlah kali pertama iaitu sejak 2018 insiden tidak dibayar gaji sehiingga 3 bulan sudah berlaku termasuk pembuangan pekerja. 

Jelas misi utama Naib Canselor UCSF sebagaimana arahan Pengarah Yayasan Sabah ialah mengurangkan kos serta membuang pekerja secara halus. Apakah jaminan  Kolej Yayasan Sabah ini akan mula stabil dan pulih pada September 2020? Yayasan Sabah sendiri tidak punyai dana untuk membiayai anak syarikatnya. 

Jika tahun 2017 Yayasan Sabah dan anak syarikatnya boleh meraih keuntungan sebanyak RM235 juta dengan peningkatan sebanyak RM185.3 juta atau 373% berbanding RM50 juta tahun 2017  mengapa pula pada tahun 2018, 2019 dan 2020 Yayasan Sabah sedang nazak dibawah pengurusan Warisan?

8 Comments