(VIDEO) Selepas dibalun rakyat, Shafie berang arah SKN rombak UCSF, staf dibayar gaji penuh
01:07 Jul 02, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Selepas dibalun rakyat, Shafie berang arah SKN rombak UCSF,  staf dibayar gaji penuh

Staf demo bantah potong gaji dan buang kerja

Polemik staf UCSF tidak dibayar gaji akhirnya bakal selesai selepas rakyat membalun tindakan Kerajaan Warisan. Shafie bengang dengan tindakan Yayasan Sabah mengarahkan SKN merombak UCSF. Apakah Yayasan Sabah juga akan dirombak?

KOTA KINABALU: Berang dengan isu UCSF yang tidak boleh selesai sejak penghujung 2018 Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal berang dan mahu pengurusan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dirombak selepas laporan ia menghadapi masalah kewangan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kolej Universiti Yayasan Sabah Nazak: Pilih Cuti Tanpa Gaji atau Notis letak jawatan! ]

Beliau mengarahkan setiausaha kerajaan negeri menguruskan perkara itu, termasuk mengekalkan kakitangan dan memastikan pembayaran gaji penuh.

“Saya sudah meminta perkara ini dipercepatkan,” katanya selepas menerima sumbangan bekalan perubatan daripada pelbagai syarikat kepada kerajaan negeri.

“Saya tidak mahu gaji dipotong atau pekerjaan ditamatkan. Saya mahu ini diselesaikan. Saya juga mahu merombak pengurusan pentadbiran untuk memastikan ia dikendalikan dengan baik.”

Sejak April 2020 Shafie Apdal dalam satu kenyataan mengarahkan lebih 221 GLC Sabah agar tidak memotong gaji dan memberhentikan pekerjanya.

Namun nampaknya GLC seperti Kumpulan Yayasan Sabah bertindak sebaliknya memaksa stafnya dipotong gaji sehingga 50 peratus malah mengemukan notis berhenti kerja.

Datuk Jamalulkiram Datuk Zakaria Pengarah Yayasan Sabah dilihat gagal menguruskan Kumpulan Yayasan Sabah yang mempunyai aset berbilion ringgit dan pernah mengumumkan keuntungan lebih 300 peratus tahun 2017.

Keputusan Lembaga Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah dibuat oleh Jamalulkiram pada 4 Jun 2020 baru-baru ini menambahkan lagi keperitan anak-anak syarikat Yayasan Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie 'capati' janji, Yayasan Sabah potong gaji pekerja sehingga 50 % mulai Julai 2020? ]

Terbaru SICC Yayasan Sabah diketuai Datuk Hajah Rosmawati Hj Lasuri bertindak memotong sehingga 50% gaji staf dan kemungkinan mengikuti langkah UCSF untuk notis pemberhentian kerja.

[ARTIKEL BERKAITAN- Giliran SICC Yayasan Sabah potong 50% gaji, bakal buang pekerja? ]

Giliran SICC Yayasan Sabah potong 50% gaji, bakal buang pekerja?

Tindakan UCSF mengeluarkan memo pilihan cuti tanpa gaji atau notis berhenti kerja mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sabah misalnya menegaskan kakitangan universiti itu tidak pernah bersetuju dengan pemotongan gaji mereka, sebaliknya ia diputuskan pihak pengurusan tanpa rundingan terlebih dahulu.

Dalam satu kenyataan Setiausaha MTUC Sabah, Catherine Jikunan dilaporkan berkata, semua kakitangan hanya diberikan memo awal selepas keputusan dibuat.

Pengarah Yayasan Sabah sejak penghujung tahun lalu sibuk menghalang kebocoran maklumat dalaman yang menyebabkan isu anak-anak syarikat Yayasan Sabah mendapat kecaman rakyat. 

Jika UCSF boleh diarah rombak oleh Shafie Apdal apakah kemungkinan Pengurusan Yayasan Sabah juga bakal dirombak kerana gagal menangani isu dalaman anak-anak syarikatnya? Apakah Jamalulkiram juga bakal dipecat sebagaimana desas-desus sebelum ini Jamalulkiram gagal mengurus Yayasan Sabah.

9 Comments