SPRM perlu siasat pegawai engkar arahan tukar, sanggup batal JUSA C, kekal Pengarah Gred 54 demi kemewahan!
05:07 Jul 03, 2020  |  By SabahKini2
SPRM perlu siasat pegawai engkar arahan tukar, sanggup batal JUSA C, kekal Pengarah Gred 54 demi kemewahan!

Sejak 2018 dilapor kepada SPRM. Malah dua kali surat pertukaran dan terbaru sanggup tolak naik pangkat Gred JUSA C kekal gred 54 semata-mata mahu kekal bergaya mewah di Jabatan Perhutanan Negeri. SPRM bila nak siasat semula?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat kes pelik dan unik ini.

Seorang penjawat awam yang telah diarahkan pindah sebagai Pengarah Negeri ke ibu pejabat malah hingga ditawarkan naik gred jawatan tetapi tidak mahu menerima jawatan baru atau naik pangkat itu. Beliau kekal mahu menyandang jawatan itu hingga kini. Selamanya mahu menjadi Pengarah Perhutanan Pahang. Sangat luar biasa.

Apa istimewanya menjadi Pengarah Perhutanan Pahang ini? Seronok atau boleh jadi kayakah?

Beberapa blog tahun 2018 dan page FB mendedahkan salah laku rasuah Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin Pengarah Perhutanan Pahang itu.

[BACA- Rasuah balak Taikun LLT, SPRM siasat Pengarah Perhutanan Pahang ]

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  juga turut melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang dakwaan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin Pengarah Perhutanan Pahang itu.

SPRM dilaporkan menyiasat Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin itu. Namun status kes ini tidak diketahui hingga kini.

Kerana kontroversi Perhutanan Pahang Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin telah mendapat surat perpindahan sebagai Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 14 Jun 2019 bagaimanapun beliau tidak mahu berpindah dan mahu kekal di Negeri Pahang.

Lebih memusykilkan apabila Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) mengarahkan pula Ketua Pengarah Perhutanan ketika itu untuk menangguhkan perpindahan Hizamri itu dikatakan atas rayuan Taikun balak Cina Liew Leong Tat (LLT).

[ARTIKEL BERKAITAN- Rayuan Taikun Balak, Menteri arah tangguh tukar Pengarah Perhutanan Pahang sebagai Pengarah Latihan ]

Sebelum ini laman web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga telah memasukkan semula nama Hizamri sebagai Pengarah Latihan Perhutanan.  Manakala Pengarah Negeri Pahang dilaporkan kosong. 

Maklumat itu dipadam dalam laman web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia hanya kerana Hizamri tidak mahu berpindah ke ibupejabat.

 

 


Kerana 'Habuan balak' Tolak JUSA C kekal tidak mahu pindah tahun 2020

Terbaru bulan Mei lalu Hizamri diberi lagi arahan perpindahan ke ibu pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dikatakan tawaran kenaikan pangkat ke Pengarah Kanan Pengurusan Gred JUSA C namun beliau kekal menolaknya. Beliau mahukan jawatan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Beliau masih melobi jawatan KP itu hingga kini.Di Pahang beliau merasakan Pengarah mempunyai kuasa besar terhadap pembalakan maka beliau tidak perlu kembali ke ibupejabat. 

Perpindahanya dimaklumkan secara emel bagi mengelak tularnya surat sebelum ini. 

Paling buruk beliau berjumpa dengan KSN memohon gred jawatan Pengarah Pahang dinaikkan JUSA C. Kini JPA membatalkan Gred JUSA C dan kekal sebagai Pengarah Perhutanan Pahang Gred 54. Mengamuklah beliau. 

Mohon Dato' Sri Azam Baki KP SPRM menyiasat mendalam kes Hizamri ini kerana ia satu kesalahan jelas menggunakan 'kabel' tidak mahu dipindahkan jabatan seolah-olah ada kepentingan besar di jabatan itu. Roh balak balak nampaknya mengikutnya untuk lari daripada jabatan. KSU Kementerian sepatutnya melihat isu ini sebagai pegawai engkar arahan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato' Shamsul Nasarah tidak perlu mengikut langkah Dr. Xavier Jayakumar menangguhkan pemindahan. 

 

38 Comments