Martin Tommy Peguam ‘proksi’ Peter Anthony direman SPRM
10:07 Jul 11, 2020  |  By SabahKini2
Martin Tommy Peguam ‘proksi’ Peter Anthony direman SPRM

Martin setia kepada Peter sejak 2017.

Selepas Pengarah Jabatan Air Sabah Edward Lingkapo direman SPRM turut direman ialah Martin Tommy Peguam 'proksi' kesayangan Peter. Martin peguam yang sentiasa bersama Peter. SPRM menemukan bukti baru. Apa selepas ini?

KOTA KINABALU: Penangkapan SPRM terhadap Ir Edward Lingkapo Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah membawa kepada penangkapan peguam kepercayaan Peter Anthony Martin Tommy.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B? ]

Sejak 2017 khidmat Tommy sering digunakan Peter Anthony dalam kes siasatan pembelian tanah RISDA, penyelewengan dana KKLW RM 1.5b dan juga tuntutan palsu RM43 juta UMS.

Martin Tommy juga kini adalah peguam bagi kes pertuduhan AMLA dan juga pecah amanah bagi kes penjualan tanah RISDA.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta ]

Sebagaimana Michael P Ubu bekas Naib Presiden Persatuan KDM yang menjadi peguam proksi Peter Anthony (Kes RISDA kini didakwa) begitulah kedudukan Martin Tommy menggantikan peranan Michael P Ubu.

Martin Tommy dikatakan memegang dana penting Datuk Peter. Menurut sumber beberapa proksi Peter selain Martin Tommy akaun mereka telah dibekukan oleh SPRM dan juga LHDN.

Mengukuhkan lagi peranan Martin Tommy menyelamatkan kes pemimpin Warisan Martin Tommy dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Ketika sebagai Setiausaha Politik Menteri Undang-undang banyak juga kes-kes tertentu beliau campur tangan seperti kes 'Chinadoll' yang ditahan imigresen disember 2019.

Bahagian Operasi Khas SPRM (Putrajaya) nampaknya dapat menjejaki bukti baru betapa Martin Tommy memainkan peranan penting terhadap beberapa projek Datuk Peter Anthony. Sebagai peguam penting banyak projek-projek komisen Datuk Peter Anthony diuruskan oleh Peguam Martin Tommy.

Oleh itu tangkapan terhadap Martin Tommy pasti bakal menemui bukti baru yang lebih mengejutkan.

Martin memainkan peranan penting kepada penangguhan pendakwaan kes Peter Anthony di Kuala Lumpur bulan jun lalu dan kini dipinda ke 28 Julai 2020. Martin ditahan di Kuala Lumpur 9 julai lalu dan diterbangkan balik ke negeri ini.

Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan SPRM berjaya mendapatkan perintah reman selama enam hari untuk siasatan kes.

Nampaknya akan ada ramai lagi bakal ditangkap SPRM dalam tempoh terdekat.

12 Comments