SPRM digesa buka semula kes rasuah KKLW Jamawi, Azis Jamman terima wang RM11 juta Taikun Sinkong
04:07 Jul 12, 2020  |  By SabahKini2
SPRM digesa buka semula kes rasuah KKLW Jamawi, Azis Jamman terima wang RM11 juta Taikun Sinkong

Azis Jamman, Jamawi Jaafar, Ariffin, Taikun Yu Sinkong, Peter Anthony, Shafie Apdal dan adik-adiknya sejak 2017 kes Skandal KKLW 1.5b itu cuba ditutup PH. Bagaimanapun kini kes RISDA Peter, Michael Ubu telah didakwa. Oleh itu kes Jamawi wajar dibuka!

Satu demi satu pemimpin Warisan kes SPRM terus dibuka, ditangkap dan didakwa. Selepas Peter Anthony, Michael Ubu dan kini tanda-tanda bakal meluas kepada pemimpin Warisan lain.

Sebelum ini kes mereka ditutup oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui peranan Datuk VK Liew Menteri JPM (Undang-undang) termasuk kes penyelewengan dana KKLW Shafie Apdal yang hanya diumum dalam sidang Dewan Negara bukan mahkamah.

Begitu juga kes VK Liew Menteri undang-undang sendiri yang dikaitkan dengan dana 1MDB dan rasuah Datuk Sundra Rajoo bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC). Walaupun nama VK Liew disebut dalam laporan kes itu tetapi tidak disiasat dan disembunyi bawah karpet.

Warisan Persoal, bimbang banyak lagi terbongkar

Bimbang dengan serbuan pihak berkuasa serta pendakwaan kes mahkamah Parti Warisan Sabah (Warisan) mempersoalkan kehadiran pihak berkuasa seperti LHDN dan SPRM di kediaman wakil-wakil rakyat Sabah

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr. berkata, wakil rakyat Sabah daripada Warisan, UPKO, DAP dan PKR seolah-olah diberi ‘tekanan’ untuk melompat kepada pembangkang.

“Kami tidak boleh halang kalau orang mahu lompat itu hak mereka ini negara demokrasi tapi kalau orang kami sekarang setia dengan Ketua Menteri tidak mahu lompat tidak payahlah buat tekanan melalui pihak berkuasa.

“Kenapa sekarang ini semua berlaku,” katanya

8 Julai lalu tiga wakil rakyat Warisan menerima ‘kunjungan’ daripada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di kediaman mereka secara serentak.

[ARTIKEL BERKAITAN-Masiung dilapor ‘jutawan’ kini rumah diserbu LHDN ]

Tiga wakil rakyat itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah; ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar dan Datuk Osman Jamal ADUN Balung dari Tawau. Ketiga-tiga ADUN ini  dahulu adalah BN dan melompat Warisan kerana diugut dengan kes SPRM, LHDN atau ditawarkan dengan wang dan jawatan.

Hanya sekelip mata pada 11 dan 12 mei 2018 semuanya bertukar sekalipun Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei. Itulah politik campur tangan pusat. Apabila pusat mahu maka negeri akan berubah.

Jeffrey Kitingan disiasat SPRM tetapi Adun lompat tidak

Lebih teruk Jeffrey Kitingan diheret ke SPRM. Beliau disoal siasat rumah digeledah untuk mencari kononnya RM20 juta ditawarkan. Tetapi tiada sesen wang ditemui.

Bagaimanapun Adun BN sama ada komponen UMNO atau UPKO tidak pernah disiasat sehingga kini.

Jeffrey mempersoalkan mengapa hingga kini mereka yang melompat diberi jawatan tidak disiasat atau dakwa.

Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?

Musa Aman diburu, didakwa dan Bung Moktar ke mahkamah

Jika tidak Musa Aman sempat keluar ke luar negara dan menjalani perubatan Musa pasti akan melalui jalan yang teruk seperti Datuk Seri Najib Razak. Rumah digeledah, barang dirampas dan bermacam-macam lagi.

Hanya selepas kembali ke Sabah baru Musa menjalani pertuduhan di mahkamah. Kini dibebaskan dari pertuduhan itu.

Tidak sedikit tekanan dihadapi pemimpin BN. Ramai didakwa di mahkamah dan diugut. Bung Moktar Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah turut didakwa kerana sebelum ini sebagai Pengerusi FELCRA. Nampak tak zalimnya PH ketika itu.

Serbuan Penguatkuasa

Mengapa baru sekarang PH Warisan persoal dan takut? Sedangkan 22 bulan berkuasa badan LHDN, SPRM dan PDRM itu juga yang mereka gunakan sebelum ini. Bukankah ia perkara biasa bagi kerajaan yang berkuasa.

Apa nak hairan jika Masiung Banah, Jamawi Jaafar dan Osman Jamal di serbu?

ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar siapa tak kenal? Beliau menyertai Warisan pada 11 Mei 2018 pun melalui ugutan kes SPRM. Begitu juga Datuk Osman Jamal bekas Pengarah Jabatan Tanah Ukur Sabah yang kaya raya itu. Mana mungkin SPRM tidak mempunyai bukti mengenai kes mereka. JIka dibuka kes pemberian tanah ketika Osman Jamal menjadi Pengarah JTU maka lebih banyak akan ditemui.

Kes Jamawi, Azis Jamman bakal dibuka?

Pada oktober 2017 SPRM menahan Jamawi Jaafar, Azis Jamman Arifin Kassim dan Yu Sinkong pemilik Sinkong Construction Sdn Bhd berhubung siasatan penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion. 

Dilaporkan Jamawi, Azis dan Ariffin ketika itu menerima RM11 juta dana daripada Sinkong berhubung komisen projek KKLW.

Yu Sin Kong pemberi dana kepada Azis Jamman, Jamawi, Arififin dan adik beradik Shafie 

Begitu juga tangkapan terhadap adik Shafie Apdal, Hamid Apdal, Yusof Apdal dan menantunya tidak mustahil untuk dibuka semula sebagai mana Kes Datuk Peter Anthony. 

Keseluruhan wang jaminan SPRM ketika itu

Bagi menyelamatkan diri dari siasatan dan pendakwaan kes SPRM di bawah Kerajaan PH Warisan pada 12 Mei 2018 juga enam ketua Pemuda UMNO bahagian di Sabah iaitu Tenom (Jamawi),  Nik Nadzri Nik Nawawi (Keningau), Halim Gulam Sidek (Silam), Ramlan Awal (Sepanggar) dan Jehan Osman Ongkomog (Pensiangan)  mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN). 

Jamawi lebih awal melompat untuk membentuk kerajaan Negeri Warisan PH dan UPKO. Alasan Jamawi Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong ialah untuk kestabilan politik dan memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat.


Kunci rasuah Shafie:  Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW

Dato’ Azam Baki perlu membuka kes ini semula kerana ketika dizaman Dato’ Shukri Abdull sebagai KP SPRM beliau akur arahan Datuk VK Liew tidak mahu mendakwa Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54. Ia keputusan yang sangat memusykilkan. Penahanan Norhartaty Rahmat  bekas TSUB KKLW  dengan membeku akaun miliknya RM29 juta adalah jelas berlakunya rasuah dan kes AMLA. Paling tidak Sinkung, Hartaty boleh dijadikan saksi jika mahu mendakwa Shafie, Jamawi dan Azis Jamman.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Rasuah Shafie RM1.5B: Menteri JPM, AG, SPRM perlu buka kes dan dakwa Shafie! ]

 

‘Money Trail’ yang didedah oleh SPRM kepada The Star pada Oktober 2017 jelas menunjukkan adanya unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh Shafie Apdal kerana memberi projek kepada adik atau sekutunya. Dari 23 syarikat 14 dikenal pasti membuat pengakuan memberi wang rasuah kepada Shafie dan adiknya. Shafie kemudianya menyaman The Star agar menarik balik laporannya. Turut mendedahkan laporan SPRM itu ialah portal The MalaysianInsight. 

 [ARTIKEL BERKAITAN:  14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti ]

Jadi netizen berharap kes Azis Jamman, Jamawi Jaafar dan pemimpin Warisan termasuk Datuk Seri Shafie Apdal perlu didakwa di mahkamah memandangkan siasatan SPRM sejak 2017 sudah lengkap sebagaimana kes Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu. Kesilapan terbesar hanya Tan Sri Apandi bekas Peguam Negara menangguhkan pendakwaan kes sebelum PRU ke14. 

Kini kerajaan PN berkuasa mereka perlu didakwa segera.

 

13 Comments