Warisan takut bayang sendiri, memori 2018 culik Adun BN kata Jeffrey
05:07 Jul 24, 2020  |  By SabahKini2
Warisan takut bayang sendiri, memori 2018 culik Adun BN kata Jeffrey

Takutnya Warisan. Sembunyikan Adun. Barangkali pemimpin Warisan takutkan bayang-bayang sendiri kerana memori bagaimana memujuk dan menculik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum 2018 datang menghantui mereka.

Presiden parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan menggesa pemimpin Warisan dan DAP berhenti membuat cerita dongeng terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman yang kononnya cuba memujuk wakil rakyat mereka tawaran wang dan  jawatan.

“Barangkali pemimpin Warisan takutkan bayang-bayang mereka sendiri kerana memori bagaimana mereka memujuk dan menculik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum 2018 datang menghantui mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Drama Lompat Parti di Sabah berterusan ]

“Individu yang paranoid dan penuh dengan syak wasangka selalu begitu kerana mereka sendiri menggunakan taktik itu.

Bukan itu sahaja terdapat dakwaan Adun mereka diugut malah menyembunyikan mereka kerana bimbang mereka akan melompat parti.

Takutnya mereka hingga pergerakan dan intipan juga dibuat terhadap rumah pemimpin pembangkang.

“Kami melihat dron diterbangkan ke rumah sesetengah pemimpin untuk mengintip siapakah yang datang dan pergi.

Beberapa facebook palsu mendedahkan butiran kenderaan yang datang ke rumah bekas Ketua Menteri Musa Aman.

“Mengapa takut. Jika Warisan yakin kuat dan wakil rakyatnya setia tiada sebab membuat kenyataan, melancarkan perang psikologi dan mengutus dron untuk mengintip pergerakan pembangkang.”

Semalam DAP Saba, Warisan membuat dakwaan adunnya ditawarkan wang dan jawatan serta menuduh Dato’ Sri Anifah dan anak-anaknya dalang untuk membeli Adun sedangkan mereka tiada kaitan.

Semalam Anifah dan anak-anaknya menghantar notis saman kepada Jannie Lasimbang Pembantu Menteri yang terang-terang menuduh mereka menghantar ‘ejen politik’ ke rumah-rumah wakil rakyat DAP dan Warisan.

Menurut Jeffrey Kitingan, Shafie dan Warisan menuduh pembangkang membeli adun sedangkan fakta yang jelas tidak disembunyikan ialah Shafie Apda yang dicalonkan PM oleh PH sedang memujuk wakil rakyat PN menyokongnya.

“Kami dengar presiden Warisan Shafie Apdal cuba memujuk wakil rakyat yang mesra Perikatan Nasional (PN) supaya beralih kepada Pakatan Harapan (PH) dengan tawaran untuk menumbangkan kerajaan pusat pimpinan PN.”

 

 

8 Comments