Sabah bukan milik Malaysia, Menteri Luar panggil Duta Filipina
09:07 Jul 30, 2020  |  By SabahKini2
Sabah bukan milik Malaysia, Menteri Luar panggil Duta Filipina

Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta boleh mempengaruhi hubungan dua hala (antara negara). Sabah adalah Wilayah Malaysia.

Ciapan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr yang mendakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia pada 27 Julai lalu ditengah kehangatan pertukaran kerajaan negeri Sabah nampaknya mengundang reaksi negatif rakyat Malaysia.

“Sabah tidak berada di Malaysia jika kamu ingin mempunyai kaitan dengan Filipina,” kata Locsin di laman Twitternya sebagai reaksi terhadap kedutaan AS di Filipina.

Susulan daripada itu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan Wisma Putra untuk memanggil duta besar Filipina di Kuala Lumpur bagi menjelaskan kenyataan yang menyentuh mengenai kedaulatan Malaysia.

Hishammuddin kemudiannya membalas kenyataan tersebut sambil menyifatkan dakwaan Locsin itu sebagai “satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab”.

“Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta boleh mempengaruhi hubungan dua hala (-antara negara)

“@MalaysiaMFA akan memanggil Duta Besar Filipina pada hari Isnin untuk memberi penjelasan. Sabah adalah dan akan selalu menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya,\\

Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura membentuk Malaysia pada tahun 1963 di bawah perjanjian antarabangsa yang disebut Perjanjian Malaysia 1963.

Kontroversi pemimpin Filipina menuntut Sabah tidak pernah berakhir. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada 2016 turut meluahkan niatnya meneruskan tuntutan ke atas Sabah.

Pada Februari 2019 Duta Filipina ke Malaysia, Charles Jose ketika kembali melawat Ketua Menteri Shafie Apdal turut bertegas mengekalkan tuntutan Filipina terhadap Sabah. Bagaimanapun Filipina dan Sabah bersetuju menjalin kerjasama menangani berkaitan dengan jumlah warga negara itu yang tidak memiliki sebarang dokumen yang tinggal di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah

Wisma Putra kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan menegaskan Sabah ialah sebahagian daripada Malaysia, seperti diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa sejak pembentukan persekutuan pada 16 September 1963.

Sejak 2018 ketika Dato’ Sri Anifah Aman menjadi Menteri Luar beliau adalah Menteri paling tegas menolak tuntutan Filipina terhadap Sabah dan tidak ada istilah berunding mengenai hak Malaysia terhadap wilayahnya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Malaysia tidak layan sebarang tuntutan Filipina terhadap Sabah- Anifah

[ARTIKEL BERKAITAN- Musa dan Anifah pertahankan Sabah dari tuntutan Filipina

[ARTIKEL BERKAITAN- Tiada Rundingan Kerana Malaysia Tidak Iktiraf Tuntutan Terhadap Sabah - Anifah

Kerajaan Warisan Sabah dibawah pimpinan Shafie Apdal sebagai Presiden Warisan tidak pernah menentang tuntutan Filipina terhadap Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kenapa Presiden Warisan Shafie terus berdiam isu tuntutan Filipina? Ini jawapannya! ]

 

 

13 Comments