Drama air mata Guan Eng buktikan Betty isterinya terima wang haram RM372,009 ke akaun peribadi
23:08 Aug 11, 2020  |  By SabahKini2
Drama air mata Guan Eng buktikan Betty isterinya terima wang haram RM372,009 ke akaun peribadi

Guan Eng nafi minta 10% dan terima rasuah RM3.3 juta. Drama air mata Guan Eng akhirnya kantoi apabila RM372,009 wang masuk ke akaun peribadi Public Bank milik Betty isterinya. Malah Betty dan Phang Li Koon rakan kongsi perniagaan.

Drama air mata Lim Guan Eng bermula lagi untuk meminta simpati. Lim Guan Eng Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli perniagaan Phang Li Koon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini atas pertuduhan rasuah.

Lim, 60, dan Phang, 48, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Sebelum ini Lim Guan Eng selaku bekas Ketua Menteri dituduh di mahkamah kerana MEMINTA Rasuah 10 peratus dan juga TERIMA RM3.3 juta dari projek terowong.

[ARTIKEL BERKAITAN- Guan Eng didakwa kes terowong, Isterinya Betty, Phang Li Koon Pengarah Excel Property pula kes AMLA ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Rasuah Terowong: Lim Guan Eng didakwa lagi minta suapan RM3.3 juta ]

Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM11,610,000 yang Chew secara tidak langsung mempunyai kepentingan.

Lim Guan Eng Pengerusi PDC dan  Phang Li Koon Pengarah syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd 

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016, di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, di George Town, Pulau Pinang.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Phang pula didakwa telah bersubahat dalam pelakuan kesalahan oleh Lim dalam melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama dan boleh dihukum di bawah seksyen dan hukuman sama.

Betty Chew dan Phang Li Koon rakan niaga

Ya Betty Chew Guan Eng tidak mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada sebuah syarikat ke akaun bank miliknya. Ya tiada transaksi ke akaun Lim Guan Eng tetapi wang transaksi ke akaun peribadi Public Bank isterinya Betty Chew. Sepandai-pandai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, Betty didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, dengan menerima wang masing-masing berjumlah RM87,009; RM180,000 dan RM105,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.


Kredit Infografik: Korek-korek

Untuk rekod, Betty Chew dan Phang Li Koon adalah ahli lembaga pengarah Syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd. 

 

Alasan Guan Eng dengan air mata katanya Betty tak patut didakwa sebab bayaran RM372,009 dari syarikat Excel milik Phang Li Koon dan Betty yang banyak dapat projek dengan kerajaan DAP Pulau Pinang ke dalam akaun isterinya itu bukan rasuah tetapi cuma yuran guaman.

Bagaimanapun kantoi syarikat Excel baru didaftar pada 26 Jun 2013. Jumlah terkumpul pendapatan syarikat itu untuk dua tahun pertama syarikat itu beroperasi cuma RM594,000 dengan modal berbayar RM400,000 pada ketika isteri Guan Eng dibayar. Lebih musykil sebuah syarikat yang baru ditubuh terus kena membayar kos yuran guaman begitu tinggi sehingga ianya mencecah 62.5% pendapatan dua tahun syarikat yang juga menelan hampir kesemua modal berbayar syarikat tersebut.

 

Betty Chew dituduh melakukan kesalahan itu pada tarikh berbeza antara 7 Okt 2013 dan 4 Ogos 2014, 3 Sept 2014 dan 11 Ogos 2015 serta pada 4 Sept 2015 dan 3 Mac 2016 di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melaka Raya, Melaka.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



 

Pada tahun 2017, Lim Guan Eng telah dituduh dengan 2 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.

Atas sebab kepentingan Lim Guan Eng, Betty Chew maka Phang Li Koon sebagai rakan perniagaan dalam syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd dan Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd sanggup menjual rumah miliknya dibawah harga pasaran. Dengan kesimpulan  Phang rakan niaga Betty Chew Isteri Guan Eng dan sebagai Pengerusi PDC Lim Guan Eng pula beri projek kepada Phang. Manakala Phang pula jual rumahnya kepada Lim Guan Eng. Saling membalas kepentingan antara satu sama lain. 

Bagaimanapun selepas PH berkuasa, Peguam Negara Tommy Thomas rakan baik Lim Guan Eng menggugurkan kes mereka pada 3 September 2018.

 

 

5 Comments