Shafie dikritik NGO serah geran ‘beli undi’ PRN, SPRM digesa siasat SKN sekongkol isu tanah
09:08 Aug 14, 2020  |  By SabahKini2
Shafie dikritik NGO serah geran ‘beli undi’ PRN,  SPRM digesa siasat SKN sekongkol isu tanah

Menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sabah, Shafie Apdal sibuk serah geran beli undi rakyat wal hal tanah itu sejak 2011-2017 digerakkan melalui PANTAS. SKN sebagai ‘caretaker government’ bersekongkol salah guna kuasa. SPRM digesa siasat SKN!

Ketika demam Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin memuncak, Shafie Apdal yang mengaku dirinya sebagai  ‘caretaker government’ menyalahgunakan kuasanya atas nama ketua menteri sementara menjelajah ke seluruh negeri untuk menyerahkan sijil hak milik tanah kepada penduduk atas tujuan membeli ‘undi’ rakyat.

Bagaimanapun, presiden Warisan itu mempertahankan tindakannya sambil menafikan ia bukan bertujuan untuk membeli undi. Ia jelas pembelian undi rakyat yang orang lain tidak dapat menggunakan Jabatan Tanah Ukur Sabah itu. 

Katanya, ia sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang diterajui Warisan sejak tahun lalu susulan pembatalan konsep geran komunal oleh kerajaan terdahulu. Benarkah ia inisiatif kerajaan Warisan?

NGO BERSIH kata kempen tidak beretika

Pengerusi Bersih Thomas Fann berpendapat, walaupun undang-undang pilihan raya menyatakan tiada kesalahan bagi kerajaan sementara menjalankan fungsi mereka sebagai kerajaan, namun tindakan Shafie disifatkan tidak beretika kerana secara aktif dan terbuka menyerahkan hak milik tanah berkenaan.

“Ini bertentangan dengan semangat pilihan raya yang bebas dan adil kerana tindakan sedemikian memberi kelebihan yang tidak wajar kepada parti kerajaan berbanding yang lain.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 harus dipinda bagi menjadikan penyalahgunaan sumber negeri sebagai salah 1 kesalahan pilihan raya yang boleh dijatuhkan hukuman berat termasuk penjara serta denda,” katanya.

Semalam, Shafie menyampaikan 399 sijil tanah adat negeri (NT) kepada penduduk kampung di daerah utara Kudat manakala pada hari sebelumnya, beliau turut menyampaikan 240 NT kepada penduduk di Kinabatangan.

NGO seperti Solidariti Anak Sabah Sarawak dan pemimpin PBS Datuk Jahid Jahim turut mempersoalkan tindakan Shafie dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan terhadap ketua menteri itu yang dipercayai cuba membeli undi.

Pemberian tanah sebelum ini

Untuk rekod Sejak 2011-2017 (tempoh 6 Tahun), kerajaan BN ketika itu telah menganugerahkan 89,294.58 ekar iaitu merangkumi 21,408 lot atau geran NT yang melibatkan 21,408 bilangan ketua rumah di 15 daerah seluruh negeri Sabah. Manakala geran komunal pula telah dianugerahkan kepada 10,636 peserta/beneficiaries dengan keluasan 122,048.03 melalui 73 geran di 12 buah daerah di seluruh negeri Sabah.

Ini bererti, dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini, program penganugerahan geran jenis NT dan geran komunal telah lama dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Dasar ini telah wujud sejak sebelum kelahiran parti warisan lagi. 

Kaedah PANTAS diperkenal kerajaan BN

Proses penganugerahan geran perlu menjalani beberapa peringkat administrasi yang perlu dipatuhi iaitu permohonan, penyukatan dan pengeluaran geran. Pengeluaran geran terlewat kerana kekangan kelewatan proses penyukatan.

JTU telah melaksanakan Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah(PANTAS) bagi memproses permohonan-permohonan tanah oleh rakyat negeri Sabah bagi kategori Native Customary Rights(NCR) dan geran komunal.

Sejak Jun 2015 hingga Januari 2017, (PRU 14 Mei 2018) JTU telah menubuhkan 29 pasukan dan telah meninjau 2,141 bidang tanah yang telah dipohon. Pada tahun 2018 saja, PANTAS telah menerima peruntukan dari kerajaan persekutuan sebanyak RM20 juta di bawah Program Khas Anak Negeri(PKAN) bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan rakyat(peruntukan yang sama juga diperolehi pada tahun-tahun sebelum ini).

Hari ini kerajaan  Warisan hanya meneruskan kaedah PANTAS ini. Dengan peruntukan yang telah diberikan itu maka PANTAS semakin pantas melaksanakan proses pengukuran sekaligus mempercepatkan pengeluaran geran yang telah dipohon sekian lama oleh rakyat.

Oleh itu tidak hairan pemberian geran tanah yang disampaikan oleh Shafie Apdal sejak dua tahun ini adalah sebagai dari gerak kerja PANTAS kerajaan sebelum ini.

Jadi Shafie Apdal hanya orang yang mengambil kesempatan untuk membeli undi rakyat. Kebimbangan NGO apabila Kerajaan Sementara ini menyalah gunakan kuasa adalah satu kebimbangan berasas. 

Menjadi persoalan mengapa ketika 2 tahun lalu berkuasa pemberian tanah ini tidak dilakukan dahulu mengapa sekarang ketika bukan lagi kerajaan.

Jabatan Tanah Ukur Sabah tidak sepatutnya melayan permintaan Shafie ini.

Datuk Safar Untung bekas Pengarah JTU kini SKN salah gunakuasa

Setiausaha Usaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untung selaku bekas Pengarah JTU memahami gerak kerja PANTAS yang dilakukannya dahulu.

Beliau sebagai penjawat awam sebagai  ‘caretaker government’ sebenar ketika DUN dibubarkan sepatutnya menasihatkan Shafie supaya tindak menyalahgunakan kuasa itu.

Datuk Safar Untung harus sedar bahawa kedudukan dirinya dihujung tanduk kerana menurut sumber siasat kes rasuahnya sebagai Bekas Pengarah JTU yang merompak tanah diberi kepada kaum keluarganya menunggu masa tindakan SPRM Putrajaya.

SPRM sepatutnya segera mengambil tindakan menangkap SKN ini kerana nampaknya sejak sebagai Pengarah JTU hinggalah SKN beliau terus bersekongkol dengan Shafie Apdal pengamal rasuah sebelum ini.

Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan salahlaku rasuah SKN yang sebelum ini sebagai Pengarah JTU memberi tanah kepada Mentua dan Isterinya. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! SKN luluskan tanah atas nama mentua, isteri kini disiasat SPRM? ]

Terbongkar! SKN luluskan tanah atas nama mentua, isteri kini disiasat SPRM?

 Setakat ini tiada penafian tuan punya salahlaku SKN ini 

16 Comments