Bekas SUSK Menteri, tunang direman 5 hari, Mohammadin cabar SPRM lawan di mahkamah
14:08 Aug 15, 2020  |  By SabahKini2
Bekas SUSK Menteri, tunang direman 5 hari, Mohammadin cabar SPRM lawan di mahkamah

3 bulan Saiful bekas SUSK dan tunangnya diburu bersembunyi akhirnya ditahan dan direman 5 hari kerana rasuah RM3.7 juta. Pengarah Syarikat The IO Movement juga didakwa. Kini Mohammadin cabar SPRM heret dia ke mahkamah jika ada bukti.Dia akan lawan

PUTRAJAYA: Saiful Hisham bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan bersama tunangnya yang ditahan SPRM, kini direman lima hari bagi siasatan kes rasuah RM3.7 juta projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan kepada syarikat tidak layak The IO Movement Sdn Bhd.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek bermula hari ini sehingga 19 Ogos selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.



Pemimpin Warisan memang pengamal rasuah. Sekalipun direman SPRM
mereka tetap berbangga dengan simbolik W.

Saiful berusia 29 tahun dan tunangnya Nurfadziana Abdul Kadir, 28, dibawa ke mahkamah pada jam 10.15 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rasuah RM3.7 juta Bekas Setiausaha Sulit Mohammadin Ketapi ditahan SPRM ]

Saiful dan tunangnya menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu, ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Dia dikehendaki SPRM berhubung satu siasatan kes rasuah mengikut mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009, membabitkan wang RM3.7 juta daripada syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Pada 27 Julai lalu, SPRM mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan terbabit atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Media melaporkan, tertuduh, Ibrahim Omar, 48, seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.

Semua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender 'Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia' secara 'request for proposal' bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.

Mohammadin Ketapi Warisan cabar SPRM

Sementara itu bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi menegaskan jika pihak berkuasa mempunyai bukti mengaitkan beliau dengan kes rasuah RM3.7 juta projek RM89.1 juta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism) agar segera membawanya ke mahkamah.

"Jika ada bukti, kemukakan fail, kita lawan di mahkamah," demikian kata bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi meminta pihak yang mengaitkan dirinya dengan kes rasuah bekas setiausaha sulit kanannya agar mengemukakan bukti berdokumen.

Beliau ditemui media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Warisan Sabah bagi sayap Wanita, Wira dan Wirawati Bahagian Lahad Datu, Sabah pada Sabtu.

Hubungan Mohammadin dengan pemilik Syarikat The IO Movement Sdn Bhd

Pemilik syarikat The IO Movement Sdn Bhd mempunyai hubungan rapat Ketua Pengarah Tourism Datuk Yusof Musa dan Mohammadin Ketapi bagi pemberian projek ini sekalipun dari segi teknikal syarikat ini tidak mempunyai kelayakan berbanding syarikat berpengalaman lain. Saiful SUSK pula orang yang bertanggungjawab bagi pihak menteri menguruskan segala dokumen, pegawai dan teknikal bagi meluluskan syarikat The IO Movement Sdn Bhd dengan komisen RM3.7 juta. 

Tiga nama yang dikaitkan dengan syarikat The IO Movement Sdn Bhd ialah Ivan Omar, Dato' Ifrahim Baydr Omar dan Noradilla Noorazam bekas wartawan dikaitkan dengan skandal bersama Datuk Musa Yusof.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 89.1 juta: SUSK diburu kini Mohamaddin bekas Menteri, Musa KP Tourism bakal ditahan SPRM? ]

Skandal 89.1 juta: SUSK diburu kini Mohamaddin bekas Menteri, Musa KP Tourism bakal ditahan SPRM?

 

SPRM buktikan cabaran dan heret Mohammadin Ketapi

Memandangkan desakan dan cakap sombong Mohammadin bekas Menteri Pelancongan itu dengan tanggapan semua ini hanya ugutan, oleh itu SPRM digesa menahan Mohammadin Ketapi dan Ketua Pengarah Tourism skandal projek RM89.1 juta ini.

 

 

11 Comments