Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta
00:08 Aug 21, 2020  |  By SabahKini2
Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta

Ketua Wira Azis Jamman juga kaya raya pernah disiasat SPRM. Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan juga didakwa rasuah. Kini hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tetapi kaya dan hidup mewah bersama tunang. Punya wang lebih RM3.1 juta...

Warisan memang terbukti Parti Rasuah. Jika sebelum ini Shafie Apdal direman SPRM kerana rasuah malah Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony sedang melalui banyak kes pendakwaan melibatkan kes AMLA, pecah amanah wang RISDA serta penipuan dokumen tuntutan bayaran kini Timbalan Wira Warisan Semporna yang juga bekas setiausaha sulit kanan menteri pelancongan, seni dan budaya Datuk Mohammadin baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada syarikat yang mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah MOTAC.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29, anak bekas kepada Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Nurfadziana tunang bersubahat

Sementara itu, tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir, 28, juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat dengan Mohd Saifullah dalam melakukan kesalahan rasuah dengan menerima suapan RM232,000.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli belah Pavilion, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Vipod Residences, di Maybank Taman Tun Dr Ismail dan Wisma Genting dan di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya antara 19 Jan hingga 29 Julai, 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Md Yunos Sharif.

Mengikut 14 pertuduhan, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah berjumlah RM2,871,500 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada serta Abdul Halim Khuajah.

Ia sebagai upah untuknya yang berjanji mendapatkan tender ‘Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif Untuk Kempen Pengiklanan Tourism Malaysia’ serta ‘Perkhidmatan Pembelian Ruang Iklan Bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia” untuk Inter Bev Network.

Tertuduh juga didakwa berjanji untuk mendapatkan tender ‘RFP-Global Advertising Agency And Promotion For Tourism Malaysia’ kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.

Bagi tiga pertuduhan pula, Mohd Saifullah didakwa secara rasuah meminta daripada Ronald melalui Roslan iaitu pembayaran deposit dan sewaan seunit rumah di Vipod Residences, No. 6, Jalan Kia Peng, di sini, berjumlah RM20,015 melalui cek Maybank yang diberikan kepada Roslan.


Hidup mewah di Vipod Residence. Orang Semporna Sabah dan Warisan hidup macam dia tak?

Dia juga didakwa menerima suapan daripada Ronald bagi pembayaran sewa rumah sama berjumlah RM5,500 secara pindahan akaun Maybank melalui Roslan.

Mengikut satu lagi pertuduhan, Mohd Saifullah dituduh menerima suapan RM232,000 daripada Ronald melalui tunangnya, Nurfadziana berhubung perkara sama.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 manakala Nurfadziana dituduh mengikut Seksyen 28 (1) dan kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dgn seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah sebelum 2 September serta melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran pada minggu pertama setiap bulan manakala Nurfadziana dibenarkan diikat jamin RM100,000 beserta syarat sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kedua-dua kes itu.

Melarikan diri

Terdahulu, Farah Yasmin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan terhadap Mohd Saifullah atas alasan terdapat kebarangkalian tertuduh melarikan diri sekiranya dibebaskan dengan jaminan.

"Permohonan pendakwaan ini disokong oleh afidavit pegawai penyiasat bahawa usaha-usaha telah dijalankan oleh SPRM dalam mengesan tertuduh semasa tempoh siasatan pada 10 Jun hingga 11 Julai lalu.

Bagi Nurfadziana pula, Farah Yasmin berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana melibatkan wang RM232,000 dan menawarkan jaminan RM500,000.

Md Yunos pula berhujah jika dibaca secara keseluruhan kandungan afidavit tersebut ia hanya menyatakan SPRM gagal mengesan Mohd Saifullah berdasarkan usaha yang dilakukan tetapi tiada dalam afidavit yang menyatakan tertuduh mengelak atau melarikan diri daripada SPRM.

"Dalam afidavit itu tertuduh telah menyerahkan diri kepada SPRM pada 14 Ogos dan tidak pernah melarikan diri dari SPRM sebaliknya membantu siasatan. Kami mohon jaminan rendah serta munasabah terhadap Mohd Saifullah manakala RM50,000 bagi Nurfadziana,” katanya.

Kemewahan anak muda Warisan

Nampak tak gaya hidup mewah bekas anak Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri ini?. Ini belum lagi jadi Menteri. Bayangkan yang dah jadi Menteri seperti Datuk Mohammadin Ketapi dan juga Azis Jamman yang kaya raya. 

Di Semporna daerahnya digelar Biggest Shithole, kotor malah masih mundur. Tapi Pemimpinnya malah Timbalan Wira Warisan saja dah ada akaun berjuta kerana rasuah.Rakyat Semporna ada apa?

 

ARTIKEL BERKAITAN-  Skandal 89.1 juta: SUSK diburu kini Mohamaddin bekas Menteri, Musa KP Tourism bakal ditahan SPRM? ]

ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar ]

ARTIKEL BERKAITAN- Memalukan! Ketua Wira Warisan 'PTI' menipu plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171 ]

 

12 Comments