Shafie Warisan akur Dr Mahathir: 22 bulan PH berkuasa, menjarah wang Petronas, gagal tunai royalti 20%
09:08 Aug 23, 2020  |  By SabahKini2
Shafie Warisan akur Dr Mahathir: 22 bulan PH berkuasa, menjarah wang Petronas, gagal tunai royalti 20%

Warisan sibuk bicara menuduh Parti Malaya tetapi lupa Warisan PH juga ada PKR, DAP dan Amanah. PH dan Warisan berkuasa 22 bulan tetapi mereka menjarah wang Petronas dan gagal beri royalti 20%. Kerana itu Sabah perlukan parti tulen bela rakyat Sabah

Presiden Parti Cinta Sabah Dato’ Sri Anifah Aman menyelar portal upahan Warisan, Borneotoday yang hanya tahu memainkan sentimen 'headline' mereka memesongkan maksud sebenarnya mengenai perjuangan PCS sebagai parti tulen tempatan Sabah.

"Beginilah cara portal sokongan Parti Warisan memainkan sentimen dengan 'headline' mereka. Orang suruh jangan bagi kesempatan parti-parti Malaya menjarah kekayaan Sabah. Dia pula pilih perkataan secara 'selective' dan memutarbulitkan mesej sebenar.

Dia selit juga artikel lapuk yang telah puas saya terangkan sebelum ini mengenai UMNO pada 10.8.2020 dalam sebuah sidang media sebelum ini.. katanya dalam hantaran facebook menjawab isu itu.

 

Anifah sebelum ini menjelaskan PCS merupakan sebuah parti tulen Sabah yang akan memperjuangkan isu-isu tempatan penting, termasuk Perjanjian Malaysia (MA63).

“Sebagai sebuah parti tempatan, kita mahu bebas bersuara untuk mengemukakan masalah-masalah kita serta isu yang dekat di hati kita tanpa segan dan tanpa paksaan untuk menunduk.”. katanya

Pada asasnya PCS sedia untuk bekerjasama dengan parti-parti Sabah yang berkongsi misi dan visi yang sama iaitu parti yang meletakkan kepentingan negeri Sabah sebagai keutamaan perjuangan. Namun PRN kali ini PCS bergerak bersendirian.

Kata Anifah sudah tiba masanya parti tulen tempatan yang mentadbir negeri ini, tetapi ia tidak bermakna mereka menentang parti di semenanjung. Kita akan bekerjasama dari segi hal-hal lain.

Untuk rekod Anifah sejak menjadi Menteri persekutuan antara pemimpin BN Sabah lantang dari segi memperjuangkan hak-hak Sabah sehingga dilantik sebagai Anifah ketika sebagai Menteri Luar juga adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan berkaitan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak yang berusaha merealisasikan MA63 secara konsensus.

Banyak perkara yang telah dicapai namun memerlukan lagi usaha jitu untuk tuntutan royalti 20 peratus dan kuasa 40 peratus hak hasil bagi Sabah.

Shafie dan Warisan juga ketika berkuasa di pusat juga masih gagal menjayakan malah Jawatankuasa Khas Kementerian ditubuh PH untuk menyemak semula MA63 juga gagal. PH gagal menunai janji di Sabah.

PH menjarah Petronas dan hasil Sabah

Kerajaan Warisan juga dibawah telunjuk Malaya apabila akur pada Dr Mahathir dan rakan komponen Malayanya seperti PKR, DAP dan juga Amanah.

Jika UMNO/BN dirujuk sebagai parti Malaya apa kurangnya Warisan bersama dengan PKR, DAP dan Amanah yang pernah berkuasa 22 bulan memeras hasil Sabah dan gagal menunaikan hak-hak Sabah.

Pada  17 September 2018 ketika PH berkuasa, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan kontroversi baharu apabila PH tidak mahu melaksanakan bayaran royalti 20 peratus kerana katanya bakal membunuh Petronas. Shafie di sebelahnya hanya mampu tersenyum

Shafie gembira Dr Mahathir umum tak beri royalti minyak 20 peratus 

Alasan Dr Mahathir untuk tidak memberi royalti ialah jika royalti ditambah, kos operasi PETRONAS akan meningkat dan syarikat minyak negara itu akan kehilangan banyak hasil untuk melaksanakan pelbagai perkara.

Atas arahan Dr Mahathir akhirnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengumumkan Kerajaan pusat tidak dapat menyalurkan 20% royalti kepada negeri pengeluar minyak dengan segera kerana perlu menunggu Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda.

“Cadangan ini tak dapat dilaksanakan segera kerana bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 disebabkan pengiraan berdasarkan ‘gross profit’ dan bukan ‘net profit’.

“Oleh itu, sekiranya penambahan royalti petroleum kepada 20% hendak dilaksanakan, ia akan mengambil masa kerana perlu ada pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

“Jika Petronas dikehendaki tambah royalti kepada 20% daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan beri implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan kerajaan persekutuan.”

Menteri-menteri PH terkial-kial menjawab isu royalti termasuk Menteri JPM (Undang-undang) daripada Warisan VK Liew. Netizen dalam media sosial mengecam tindakan kerajaan PH kerana tidak konsisten dalam pemberian royalti. Royalti bukan berdasarkan keuntungan tetapi hasil jualan kasar.

[ARTIKEL BERKAITAN- Elak keliru, Petronas di arah jawab istilah 'keuntungan' dan 'royalti'- VK Liew ]

Shafie dan Warisan sedar mereka gagal memujuk Dr Mahathir dan juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng melaksana janji royalti 20 peratus itu. Sehingga PH, Warisan Plus tumbang akhirnya perjuangan royalti 20 peratus turut berkubur.

Jadi bukankah benar Warisan bersekongkol dengan parti Malaya seperti PKR, DAP dan Amanah menjarah  wang Petronas dan Sabah sebagai pengeluar minyak? Di mana salahnya kerana terbukti Kerajaan Warisan gagal mendapatkan royalti 20 peratus itu sekalipun 22 bulan berkuasa. PH menjarah lebih RM85 bilion wang Petronas. Sabah dapat apa?

 

18 Comments