Christina gagal dapat 14 Kerusi, Ketua Penerangan PKR Sabah letak jawatan
15:09 Sep 13, 2020  |  By SabahKini2
Christina gagal dapat 14 Kerusi, Ketua Penerangan PKR Sabah letak jawatan

Christina sejak PRU14 jenis akur apa saja arahan Shafie akhirnya gagal lagi untuk kerusi PRN Sabah tuntutan 14 kerusi. Hanya 7 kerusi sekaligus memalukan PKR walaupun Anwar sudah bertemu Shafie.

Siri kegagalan Datuk Christina Liew dalam menentukan kerusi pilihanraya untuk PKR bukan setakat dalam PRN ke 16 tetapi dalam PRU 14 lagi.

Mac 2018 Ketua-ketua cabang PKR menggerakkan agenda menyingkirkan Christina Liew sebagai Pengerusi MPN Sabah kerana usahanya menggadai PKR kepada DAP dan Warisan namun gagal. Liew terus kekal dipilih oleh Anwar mengemudi PKR Sabah sehingga sekarang.

PRN kali ini nampaknya Christina mengulangi kegagalannya apabila hanya berjaya mendapat 7 kerusi berbanding 14 yang dituntut.

Pada 10 September lalu ketika pengumuman calon Warisan PH Plus sebahagian pemimpin PKR keluar dewan kerana bengang hanya  7 kerusi diberikan kepada PKR. Christina dilihat sibuk memujuk barisan kepimpinannya sehingga tidak bergambar di atas pentas bersama Datuk Seri Shafie Apdal dan pemimpin gabungan PH Plus.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan monopoli 46 kerusi,PKR bengang keluar dewan dapat 7 kerusi]

Ketua Penerangan PKR Sabah letak jawatan

Hari ini Christina dikejutkan lagi apabila Ketua Penerangan PKR Sabah Simsudin Sidek memilih untuk meletakkan jawatan itu selepas gesaannya supaya parti itu diberikan 14 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak menjadi kenyataan.

Christina juga menafikan dakwaan Simsudin bahawa PKR meminta 14 kerusi.

Lemahnya Christina

Simsudin, yang merupakan ketua PKR Labuan berkata, beliau menerima dan menghormati keputusan kempimpinan negeri yang sebaliknya menerima 7 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu oleh gabungan Warisan Plus.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua penerangan menerusi kenyataan pada Jumaat.

“Saya berpendapat dengan pentambahan ahli dan jumlah kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN), sewajarnya parti diberikan bahagian yang lebih baik dan adil dalam pengagihan kerusi.”

Dalam gesaannya pada Rabu, Simsudin berkata, PKR Sabah menerima kenyataan bahawa mereka diberikan 8 kerusi negeri dan 6 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2018.

Bagaimanapun katanya, parti itu kini mempunyai lebih 170,000 ahli di Sabah, iaitu jumlah keahlian ke-2 paling tinggi selepas PKR Selangor.

“Justeru parti bercadang untuk meletakkan 14 calon, iaitu pertambahan yang wajar memandangkan bilangan kerusi DUN Sabah kini bertambah dari 60 ke 73 dalam pilihan raya ini,” katanya.

Datuk Christina Liew merupakan Pengerusi MPN Sabah yang taat kepada Datuk Seri Shafie Apdal berbanding presiden partinya Anwar Ibrahim. Liew dilihat lemah dalam memimpin PKR sehingga ada desas-desus mahu menggantikannya.

 

 

 

6 Comments