Hipokrasi 2: Shafie tutup mulut kantoi Wirawati Warisan IC palsu! Mana JPN, Imigresen, SPRM?
04:09 Sep 18, 2020  |  By SabahKini2
Hipokrasi 2: Shafie tutup mulut kantoi Wirawati Warisan IC palsu! Mana JPN, Imigresen, SPRM?

Tular kantoi AJK Wirawati Warisan dapat IC palsu melalui bantuan Shafie Apdal dan Warisan. Fauziah IMM13 yang kini bernama Rohana Maksan layak mengundi guna IC palsu. Shafie tutup mulut! mana JPN, JIM dan SPRM?

Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah dan Kementerian Dalam Negeri perlu menjelaskan status kad pengenalan palsu milik Rohana Maksan nombor kad pengenalan 910226-12-6048 yang kini kad pengenalan itu dirampas oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN.

Rohana Maksan atau Fauziah nama sebenarnya dalam dokumen IMM13 merupakan Ahli Jawatankuasa Wirawati Bahagian Kalabakan dan  penyelaras Wirawati P.191 Kalabakan orang kuat Rina Jainal (Ketua Wirawati Kalabakan) calon Warisan DUN Kukusan. Suaminya Amir Husin Abdul Jalil merupakan AJK Bahagian Warisan Kalabakan. Mereka ini semua jentera kuat Warisan di Kalabakan.

Apa status surat siasatan IC Rohana?

 

Melalui Pendedahan perbualan pegawai JPN dengan suaminya Amir Husin termasuk aplikasi Whatapps jelas membuktikan Rohana Maksan merupakan identiti orang lain yang sudah meninggal dunia. Video Audio itu sudah dilihat hampir 10 ribu pembaca dalam youtube

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Gempar! Shafie Ketua Menteri lindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan guna IC ‘orang mati’ disiasat JPN ]

Antara mesej whatapps yang tular

Malah Pegawai JPN sendiri mengesahkan terdapat sokongan dari Ketua Menteri Sabah berhubung permohonan Amir Husin AJK Warisan itu. Ia juga terkait dengan sokongan Azis Jamman terhadap semua dokumen kewarganegaraan ketika beliau sebagai Timbalan Menteri KDN.

Persoalan netizen bagaimana Amir Husin dan Fauziah daripada IMM13 memperolehi identiti bernama Rohana Maksan itu? Siapa dalangnya di JPN ? Apakah wujud sindiket seperti yang berlaku 

Apakah wujud sindiket ini? yang mungkin didalangi oleh Warisan?

 

Apa tindakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Pengarah JIM Sabah mengenai status IMM13nya? Pengarah JIM Sabah kini orang Shafie Apdal mungkin lebih banyak berdiam diri.

Siapa terlibat memberi cabutan baru sijil lahir orang yang sudah meninggal dunia kepada Fauziah sehingga memiliki kad pengenalan dan boleh mengundi di Parlimen Kalabakan? Ini adalah isu keselamatan negara. Satu pengkhianatan besar kepada rakyat Sabah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya sebagaimana apa yang berlaku di negeri Sabah dan juga Pulau Pinang.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Julai lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam laporan media memaklumkan pada masa akan datang warga asing yang ditahan memiliki dokumen pengenalan diri, MyKad palsu, akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketika ini, mana-mana warga asing yang ditangkap memiliki MyKad hanya dikenakan tindakan pengusiran.

"Mana-mana pihak yang didapati bekerjasama mengeluarkan kad pengenalan palsu akan dikenakan tindakan bawah SOSMA.

"Kepada migran, selalunya kita ambil tindakan mengikut Akta Imigresen tetapi saya sebagai menteri ingin melihat Akta Imigresen dimasukkan bawah jadual SOSMA supaya migran yang ditangkap membeli kad pengenalan palsu, dikenakan tindakan mengikut SOSMA.

"Ini akan dipertingkatkan bukan saja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada migran yang bekerjasama dengan mereka," katanya

Namun sekarang apa tindakan Menteri KDN berhubung Kad Pengenalan palsu milik Rohana Maksan ini? 

Kenapa Fauziah @ Rohana Maksan tidak didakwa?

Sejak IC Rohana Maksan dirampas, pengakuan tertuduh juga telah direkod kan, kedua-dua cap jari juga tidak sepadan  dan terbukti beliau adalah pemegang dokumen IMM13 mengapa tidak ditangkap dan didakwa lagi? Atau tindakan pengusiran!

Tertuduh jelas boleh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan- peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20, 000 atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Namun sejak 17 Ogos 2020 tiada tindakan diambil. Siapa melindungi beliau?

Hipokrasi Shafie Apdal dan Warisan Projek IC PATI

Sejak sekian lama Shafie Apdal bengang apabila Parti Warisan dikaitkan dengan projek IC. 

Namun faktanya amat jelas sejak 26 bulan lalu Warisan menggerakkan semua kempennya kepada pemberian dokumen seperti sijil lahir lewat, anak-anak tanpa negara, beri dokumen dan pemutihan pekerja asing di Sabah untuk diserap di sektor ladang pertanian, kerjasama kedutaan Filipina -projek passport dan kemuncaknya ialah usaha menyatukan dokumen PTI sebagai Pas Sementara Sabah (PSS). Rakyat nampak di depan mata

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

Buktinya rakyat sangat benci dengan dasar mesra PTI apabila PSS menyebabkan Warisan tewas teruk di pilihanraya kecil Parlimen Kimanis.

Kes Rohana Maksan adalah satu contoh bagaimana suaminya warganegara seorang AJK Warisan mendapat bantuan daripada MP Kalabakan, DUN dan juga Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah selaku Presiden Warisan.

Mana Shafie? Sepatutnya Shafie bertegas menyatakan sila ambil tindakan jika benar beliau tidak terlibat. Apakah selepas surat sokongan beliau kepada Amir dan Rohana Maksan keluar baru beliau bertindak?

Inilah hipokrasi Shafie Apdal dan Warisan di Sabah.

 

 

 

 

 

20 Comments