DIBURU: Tempoh 48 jam Naib Presiden Warisan serah diri kepada SPRM
20:01 Jan 03, 2018  |  By SabahKini2
DIBURU: Tempoh 48 jam Naib Presiden Warisan serah diri kepada SPRM

Kenyataan Media SPRM memburu Naib Presiden Warisan dan peguamnya

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media mengesan dua individu iaitu Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony dan peguam Micheal P Ubu bagi siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod, Sabah yang bernilai kira-kira RM155 juta.

28 Disember lalu Sabahkini2 membuat pendedahan berhubung Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony yang menghilang selama 2 bulan tidak melaporkan diri kepada SPRM Sabah dan skandal dana Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta laporan Utusan Malaysia, muka depan 30 Disember  lalu.

 
Kenyataan media SPRM seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM:
SPRM KESAN DUA INDIVIDU BANTU SIASATAN PEMBELIAN TANAH
BERNILAI RM155 JUTA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod, Sabah yang bernilai kira-kira RM155 juta.

Individu tersebut ialah Datuk Peter Anthony, 46, mempunyai alamat terakhir di House No. 20 Taman Cantek Phase 4, Lorong Bunga Dahlia 3, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Michael Persius Ubu, 61, yang mempunyai alamat terakhir di Lot 8-G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.

Kedua-duanya diberi tempoh selama 48 jam untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Negeri Sabah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pasukan penyiasat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Kanan Penguasa, Mohd. Tharuzi Mohd. Nor di talian 013-9557850.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

3 JANUARI 2018


Comment