“Sudah dua bulan Datuk Peter Anthony menghilang tidak melapor diri kepada SPRM. Tidak dapat dipastikan mengapa beliau takut melapor diri kepada SPRM sebagaimana peraturan ditetapkan sebelum ini”. Kata sumber itu.
KOTA KINABALU [Sabahkini2]: NAIB Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony, 46 yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Oktober lalu berhubung kes rasuah penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dikatakan menghilang selama 2 bulan tidak melaporkan diri kepada SPRM Sabah sebagaimana biasa
Menurut sumber, Datuk Peter Anthony sepatutnya melaporkan diri setiap bulan.
“Sudah dua bulan Datuk Peter Anthony menghilang tidak melapor diri kepada SPRM. Tidak dapat dipastikan mengapa beliau takut melapor diri kepada SPRM sebagaimana peraturan ditetapkan sebelum ini”. Kata sumber itu.
6 November lalu Datuk Peter Anthony pemilik Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd dan Dato’ Seri Shafie Apdal sekali lagi dipanggil SPRM berhubung siasatan kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah oleh Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd bernilai RM43 juta bersama dua pegawai UMS.
Sebelum ini Peter mendakwa telah mendapat waran meminta dirinya hadir ke SPRM Putrajaya namun ditangguhkan.
“ Saya telah menerima waran yang mengarahkan saya ke Putrajaya. Saya tidak boleh beritahu apa perkara yang sedang disiasat,” katanya
Datuk Peter Anthony lari dan bakal ditangkap kerana Skandal Rasuah RISDA?
9 November lalu Sabahkini2 melaporkan SPRM akan membuka kertas siasatan baharu terhadap Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhubung dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod, dua tahun lalu.
Risda membayar wang pendahuluan 10 peratus itu pada Julai 2014 melalui firma guaman Michael UBU & Co milik Naib Presiden KDM yang juga Peguam Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan ‘orang tengah’ berurusan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika itu Dato’ Seri Shafie Apdal.
Kes itu dibiarkan berlarutan sehingga kini kononnya untuk memberi peluang kepada syarikat dan peguam membayar balik wang lebih RM15 juta itu dikembali kan kepada kepada Risda. Risda sehingga ke hari ini tidak pernah mengumumkan penyelesaian kes ini.
Menurut sumber Datuk Peter Anthony yang gagal melaporkan diri 2 bulan ke pejabat SPRM bakal dipanggil bulan Januari ini berhubung kes skandal rasuah Risda ini.
Semakan Sabahkini2.com Datuk Peter Anthony tidak kelihatan dalam Majlis Rumah Terbuka Parti Warisan Sabah yang dihadiri oleh Christina Liew Pengerusi Pakatan Harapan Sabah malam tadi.
Datuk Peter Anthony dua bulan ini mengelak dari bertemu SPRM. Apakah ini usaha Datuk Peter bersembunyi dan takut kerana bukti-bukti baru telah ditemui? Atau akan berlaku tangkapan terhadap Peter Anthony tidak lama lagi?
Pendakwaan Kes Rasuah Shafie Apdal
Laporan Sabahkini2 pada 20 Disember lalu bertajuk ”Shafie bakal didakwa SPRM Januari 2018 lagi berbohong hasil Sabah 1978” yang dikongsi oleh pelbagai pihak mengundang kemarahan Setiausaha Agung Warisan Loretto Damien S. Padua JR dan mengarahkan laporan polis dibuat oleh Biro IT Wira Warisan dan beberapa bahagian Warisan di Sabah.
Mereka mempertikaikan maklumat yang diperolehi Sabahkini2 dan menyerang individu-individu yang berkongsi maklumat portal ini. Laporan polis Biro IT Warisan itu dilaporkan oleh Borneotoday 23 Disember lalu.Bagaimanapun Sabahkini telah menjawab isu ini.
Sumber juga mendedahkan selain Dato’ Seri Shafie Apdal Presiden bakal didakwa, Datuk Peter Anthony Naib Presiden, Datuk Azis Jamman (Ketua Wira Warisan dan adik-adik Shafie juga bakal didakwa di mahkamah tidak lama lagi. Bukti-bukti jelas menunjukkan penglibatan mereka dalam kes rasuah berlaku.
Rakyat Sabah sangat berharap agar Peguam Negara segera meluluskan pendakwaan kes skandal rasuah ini. Biar polemik ini dijawab di mahkamah dan Shafie Apdal serta pemimpin Warisan yang terlibat dalam skandal ini membersihkan nama mereka melalui mahkamah.
Sabahkini2.com