Kurang 48 jam Peter Anthony yang hilang 2 bulan akhirnya menyerah diri esok
12:01 Jan 04, 2018  |  By SabahKini2
Kurang 48 jam Peter Anthony yang hilang 2 bulan akhirnya menyerah diri esok

Menurut sumber Peter Anthony melanggar syarat jaminan SPRM apabila gagal melaporkan diri kepada pejabat SPRM selama dua bulan dan seakan melarikan diri selepas kes Risda disiasat SPRM beberapa bulan lalu.

KINABALU: Selepas dilaporkan hilang 2 bulan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh 48 jam untuk kes skandal RISDA akhirnya dilaporkan akan menyerah diri esok jam 2.30 petang ke pejabat SPRM.

Peter, 47, dicari SPRM bagi siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di daerah Tongod tanah adat rakyat Sabah, bernilai kira-kira RM155 juta, dikatakan kini berada di Keningau bersama keluarganya.

Peguam Warisan Martin Tommy melaporkan Peter kini berada di Keningau bersama keluarganya.

"Saya bersama Peter akan ke Pejabat SPRM Sabah jam jam 2.30 petang esok," katanya.

Menurut sumber Peter Anthony melanggar syarat jaminan SPRM apabila gagal melaporkan diri kepada pejabat SPRM selama dua bulan dan seakan melarikan diri selepas kes Risda disiasat SPRM beberapa bulan lalu.

Semalam SPRM memberi notis 48 jam kepada Peter Anthony dan Michael P Ubu menyerah diri ke pejabat SPRM.  

Pemimpin Warisan berbalah sesama sendiri status Naib Presiden Warisan itu ada berkata Peter di luar negara namun peguamnya menafikan dan memaklumkan berada di Keningau.

Sebelum ini, Peter adalah antara 13 individu disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara tahun 2009 hingga 2015.

Menurut sumber dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 bakal mengheret Peter Anthony dan Dato’ Seri Shafie Apdal bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) (ketika itu) yang mengarahkan pembayaran RISDA dibuat kepada firma guaman Michael P Ubu yang juga adalah Naib Presiden Kadazan Dusun Murut (KDM) Sabah, Peter pula adalah Presidennya sekarang.

Dakwaan peguam Peter Anthony dan peguam Michael P Ubu sebagai tidak mempunyai kaitan adalah amat tidak berasas kerana jawatan Presiden dan Naib Presiden KDM antara mereka saling kaitan.  

Sehingga ke hari ini dikatakan wang RM15.5 juta itu lesap dan tidak dikembalikan kepada RISDA.

Hari ini beberapa media IT Warisan yang disiarkan beberapa blog Warisan mempersoalkan Sabahkini2 dan menggunakan kenyataan media Ketua Pesuruhjaya SPRM 24 Ogos 2017 untuk menyokong penafian kes rasuah RISDA Datuk Peter Anthony dan Micheal P.Ubu sedangkan kenyataan media amat jelas pemburuan SPRM bertarikh 3 Januari 2018.

Esok dijangka Peter Anthony bakal ditahan dalam tempoh 24 jam dan bakal direman untuk meneruskan siasatan.

 

Comment