Parti Amanah sibuk fitnah Menteri Kesihatan tapi Adun Amanah Positif Covid-19
02:10 Oct 07, 2020  |  By SabahKini2
Parti Amanah sibuk fitnah Menteri Kesihatan tapi Adun Amanah Positif Covid-19

Sebelum ini PH bantah cadangan kuarantin daripada Sabah. Pemimpin BN PN yang dijangkiti kerana kempen itu dihina maki. Kini pemimpin DAP, PKR dan Amanah turut positif.

Sebelum ini sibuk Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman memfitnah dan menuduh Dr Adham Baba Menteri Kesihatan kononnya hilang wal hal sibuk bekerja di Putrajaya rupanya Adun Maharani dari Amanah Nor Hayati Bachok disahkan positif Covid-19.

Menurut pusat khidmat wakil rakyat DUN itu, semua kontak rapat kepada Nor Hayati sudah dikenal pasti Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan menjalani ujian saringan Covid-19 serta menanti keputusan dalam masa terdekat.

“Pihak kami memohon maaf kepada semua yang terkesan walaupun segala langkah kuarantin di rumah dan pencegahan telah dipatuhi sepanjang tempoh ini,” katanya dalam satu kenyataan

Menurut kenyataan itu, selepas pulang dari Sabah pada 26 September, Nor Hayati sudah menjalani ujian saringan pertama dan didapati negatif.

“Walaupun tidak ada arahan untuk kuarantin, wakil rakyat itu sudah mengambil inisiatif kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri. Beliau sudah menjalani ujian saringan ke-2 pada 4 Oktober dan menyambung pengasingan kendiri sehingga dimaklumkan keputusannya pada 5 Oktober.

“Pihak kami sudah mengenalpasti individu yang mula menyebarkan mesej tersebut dan membuat laporan polis serta bakal kami susuli dengan tindakan undang-undang.

Setakat ini tiada komen daripada Muhammad Taqiuddin Cheman berhubung status pemimpin Amanah Johor yang positif Covid-19 itu. Taqiuddin Cheman juga merupakan Adun Pulai Sebatang.

Sejak PRN Sabah pemimpin-pemimpin PH mempertikaikan pemimpin BN yang mula dijangkiti Covid-19 namun kini giliran pemimpin mereka pula dijangkiti Covid-19 kerana berkempen di Sabah.

Terdapat desas-desus ahli  Majlis Bandaraya Seberang Perai dari Parti Amanah Saifullah Nasir juga positif balim dari kempen PRN Sabah bagaimanapun belum ada laporan mengenainya.

Sebelum ini masa kempen PRN Sabah sedang berlangsung, pemimpin PH seperti Teresa Kok dan NGO sealiran PH seperti Aliran dan BERSIH telah membantah cadangan Menteri Kesihatan kerajaan PN melaksanakan kuarantin wajib sebab mereka kata ini akan hentikan penyokong PH dari semenanjung untuk pulang mengundi.

Bagaimanapun Kerajaan PN mewajibkan saringan wajib kembali dari Sabah di KLIA bermula 27 September lalu.

1 Comment