Skandal Hartanah MARA: SPRM beri ‘hint' dakwa Dr Yusof Warisan selepas selesai Kuarantin?
22:10 Oct 08, 2020  |  By SabahKini2
Skandal Hartanah MARA: SPRM beri ‘hint' dakwa Dr Yusof Warisan selepas selesai Kuarantin?

SPRM memberi 'hint' akan segera mendakwa kes penjualan hartanah MARA Inc di Australia. Seorang daripadanya Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan MARA Dr Yusof Yacob yang kini di kuarantin Covid-19 di Sabah.

Skandal isu hartanah Dudley International House, di Melbourne, Australia melibatkan MARA Incorporated Sdn Bhd muncul semula dalam kempen PRN Sabah Ogos dan September lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bekas Pengerusi MARA sendiri mengalu-alukan gesaan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semula isu berkaitan pembelian aset Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia pada 2012.

Ia susulan gesaan Ahli Parlimen Johor Bahru (PKR) dan ahli Parlimen Seputeh (DAP) meminta SPRM menyiasat kes itu semula berikutan mahkamah Australia di Melbourne telah mendakwa beberapa individu tertentu (rakyat Malaysia) berkaitan tuduhan rasuah dalam pembelian bangunan di Melbourne oleh MARA Inc.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM digesa buka semula skandal terlebih bayar MARA Inc libatkan Shafie Apdal dan kroni ]

Antara pegawai yang terlibat dikenal pasti ialah Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan bin Allani mantan ADUN Sulabayan (Parlimen Semporna-orang kuan Shafie), Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman dan Datuk Dr Yusof Yaakob Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan (Adun Sindumin)

Azam Baki KP SPRM Sahkan pendakwaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menunggu masa untuk mendakwa individu-individu tertentu berhubung kes penjualan hartanah Dudley International House, di Melbourne, Australia itu.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki berkata, Timbalan Pendakwa Raya pada dasarnya sudah setuju untuk melakukan pendakwaan.

Namun disebabkan seorang individu terbabit berada di Sabah dan perlu dikuarantin maka pendakwaan ditangguhkan.

“Saya boleh bagi hint, sebab orang akan tanya bila lagi. Sebenarnya kami tengah atur masa.

“Tetapi ada seorang mungkin berada di Sabah, mungkin kena kuarantin. Kita kena aturkan masa,” katanya dalam wawancara melalui macc.fm.

Untuk rekod pemimpin Warisan yang sedang dikuarantin sekarang ialah  Datuk Dr Yusof Yaakob kerana berkait dengan kontak rapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam kempen PRN baru-baru ini.

Azam menegaskan, SPRM tidak melindungi mana-mana pihak berhubung pendakwaan kes penjualan hartanah ini cuma menunggu masa sahaja.

The Age pada 2015 melaporkan seorang pegawai tertinggi MARA, seorang pegawai kanan, dan seorang bekas ahli politik, didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah itu.

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Dudley International House ialah bangunan lima tingkat seluas 30,279 kaki persegi yang menempatkan 112 bilik, termasuk asrama pelajar, dibeli oleh MARA untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaannya di Australia.

23 Mac 2016, SPRM menahan Datuk Mohammad Lan bin Allani, Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman dan beberapa individu yang terlibat untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

30 Mac 2016, 3 dari mereka yang dituduh dibebaskan dengan jaminan SPRM termasuk Datuk Mohamad Lan Allani dan CEO Syarikat. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman masing-masing diikat jamin RM10,000. 

Ketika Skandal ini berlaku Dato'Seri Shafie Apdal merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Mungkinkah Shafie Apdal selaku menteri berkuasa ketika itu akan dipanggil SPRM? Atau hanya Datuk Mohamad Lan Allani, Datuk Halim dan Datuk Dr Yusof akan dipersalahkan? 

 Datuk Mohamad Lan Allani Pengerusi dan Shafie Apdal.

22 Comments