Ghulam perlu rombak keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram dalam Yayasan Sabah!
17:11 Nov 05, 2020  |  By SabahKini2
Ghulam perlu rombak keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram dalam Yayasan Sabah!

26 bulan dihancurkan Warisan, akhirnya Yayasan Sabah dirombak. Sudah tiba masa Ghulam menstruktur semula Yayasan Sabah dan menyingkir keluarga suku sakat Shafie dan Jamalul Kiram yang berkuasa di Yayasan.

Sejak semalam dilaporkan pelantikan Ahli Dewan Undang Negeri Kawang Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar  sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Datuk Gulam menggantikan Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria orang kepercayaan Datuk Seri Shafie Apdal sebelum ini menyusun semua keluarga suku sakatnya serta keluarga Shafie menguasai Yayasan Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram ]

Tugas pertama Datuk Haji Ghulam Haidar ialah menyusun semula Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sabah termasuk anak syarikat milik Yayasan itu.

Membersihkan keluarga Kiram, Shafie Apdal dan ‘Geng Semporna’ tidak mudah kerana ia sudah disusun sejak 26 bulan lalu. Beliau perlu menasihat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji bagaimana melakukannya dengan cepat.

Setakat ini sepupu Shafie Apdal,  Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas sebagai Pengurus Besar Bahagian Perhutanan dan Haji Miskon Simin orang Semporna di Yayasan Sabah sebagai Monitoring & Compliance Manager Bahagian Perhutanan dilaporkan masih ada di Yayasan Sabah. Nampaknya Shafie masih mempunyai 'spy' melakukan kegiatan kerajaan baharu. 

[ARTIKEL BERKAITAN - Hipokrasi 1: 26 bulan Warisan, Shafie gagal bertindak tapi berkuasa lantik sepupu sebagai pengurus balak Yayasan Sabah!]

Siapa tidak kenal Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas. Sebelum PRN Sabah kumpulan veteran berjawatan besar ini bertemu Shafie mencipta gerakan 'Sempornarian'. Terdedahnya pengakuan Shafie Apdal memberi jawatan kepada keluarga 'Sempornarian' dalam satu video yang tular sebelum pengundian PRN Sabah memberi kesan buruk kepada Parti Warisan di kawasan pilihanraya majoriti Kadazan Dusun. 

Malah nama-nama Setiausaha Tetap (SUT) yang Shafie sebut dalam video itu masih menjawat jawatan itu  seperti SUT Kementerian Kerja Raya yang berlagak sombong mahu membuang pegawai di Kementerian membelakangkan Menterinya Datuk Seri Bung Moktar.


Geng Veteran 'Sempornarian' ini terdiri daripada keluarga dan kenalan Shafie. Datuk Salleh Abbas dilihat masih ada dalam Yayasan Sabah.
Begitu juga Omar Mammah Presiden Majlis Perbandaran Tawau

[ARTIKEL BERKAITAN - [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa? ]

 
Begitu banyak masalah ketika Datuk Jamalul Kiram menguruskan Yayasan Sabah termasuk gagal membayar serta memotong gaji pekerja anak syarikat Yayasan Sabah sehingga kecoh satu negara. Pastinya sebelum PRN Sabah atau selepas bubar DUN Shafie ketika menjadi kerajaan 'caretaker' meluluskan banyak perkara di Yayasan Sabah.  Ghulam perlu menyiasat semua keputusan syarikat selepas DUN dibubar. 

[BACA -Kolej Universiti Yayasan Sabah potong lagi gaji 50%, rancang buang pekerja ]

[BACA - Giliran SICC Yayasan Sabah potong 50% gaji, bakal buang pekerja? ]

Turut dirombak ialah Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd yang sebelum ini diberi kepada Datuk Azis Jamman anak saudara Shafie Apdal. Pengerusi Warisan Harta yang baru ialah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak. Sudah tentu lebih banyak lagi akan distruktur semula termasuk Kementerian, agensi dan GLC.

 

 

               

 

19 Comments