Menteri KPLB digesa tukar Pengarah KPLB Sabah 'Orang Kuat Shafie' sapu peruntukan beri kroni Warisan PH
15:11 Nov 07, 2020  |  By SabahKini2
Menteri KPLB digesa tukar Pengarah KPLB Sabah 'Orang Kuat Shafie' sapu peruntukan beri kroni Warisan PH

Peruntukan RM5.1b dan lain-lain bakal tiba terutama peruntukan pembangunan di bawah KPLB. Kerajaan Sabah pasti gigit jari jika kuasa melaksana projek pembangunan diurus Pengarah KPLB cawangan Sabah. Banyak aduan tetapi dibakul sampahkan.

Dalam Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB mendapat  peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2021 iaitu RM10.19 bilion berbanding Belanjawan 2020 RM10.9 billion.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata Belanjawan 2021 boleh dianggap sebagai besar ketika ekonomi negara masih terkesan dengan wabak COVID-19.

Katanya, jumlah itu meliputi RM3.533 bilion peruntukan mengurus dan RM6.657 bilion peruntukan pembangunan.

Melalui peruntukan itu, beliau berkata, lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar bukan saja dari segi infrastruktur tetapi juga bersih, elektrik dan jalan raya.

Kerajaan Sabah ucap terima kasih Belanjawan 2021

Sementara itu Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat Belanjawan 2021 memperuntukkan sebanyak RM5.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur dan RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo dan pakej lain di Sabah.

Sudah tentu ia berita baik kepada  rakyat Sabah. Projek Jalan Luar Bandar (JALB), Projek Jalan Kampung (PJK), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun semua ini tidak akan berguna jika Kerajaan Negeri Sabah tidak menguruskannya sebagaimana saranan Datuk Seri Salleh Said Keruak

[BACA - Beri Kerajaan Negeri Sabah urus peruntukan pembangunan RM5.1B ]

Ada banyak kementerian dan pelbagai butiran peruntukan diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah. Sudah tentu butiran yang sangat penting juga adalah peruntukan pembangunan yang dilaksanakan oleh KPLB. Sama ada KPLB pusat menyerahkannya kepada Kementerian Kerja Raya Sabah atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah adalah ditentukan oleh kedua-dua pihak.

Bagaimanapun bagi KPLB Putrajaya mereka mempunyai cawangan KPLB Negeri untuk menguruskan projek pembangunan KPLB bernilai bawah RM500,000 (Kuasa Pengarah) dan membuat pemantauan semua projek KPLB berbilion ringgit di Sabah.

Pengarah KPLB Negeri Sabah penyokong Shafie Apdal dan Warisan

Bagaimanapun semua ini hanya akan menjadi igauan kepada Kerajaan Negeri dikuasai GRS sekarang jika tidak mendesak Menteri KPLB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menukar Pengarah KPLB Sabah Encik Hamsha Haji Injau (Orang Semporna) Pengarah Pejabat KPLB Negeri Sabah Gred 54 mengetuai cawangan Negeri Sabah

 

Asal usulnya bahagian ini adalah Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan Projek Negeri bagi memastikan projek pembangunan di luar Bandar mengikut perancangan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun ketika Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW beliau mengukuhkan Bahagian  KKLW negeri ini berkuasa menguruskan projek KKLW tanpa halangan kerajaan negeri. KPLB Negeri kini berkuasa menentukan sendiri perolehan mereka seperti sebut harga dan tender negeri.

Cara ini terus dikekalkan hingga sekarang.

Menteri KPLB Putrajaya memberi penurunan kuasa kepada KSU KPLB, KSU pula menurunkan kuasa kepada Pengarah KPLB Negeri Sabah atau Pengarah JKR Negeri. Contoh Menteri kepada KSU KPLB


Penurunan kuasa Zaman Shafie Apdal

 
Penurunan kuasa zaman Dr Latiff . Berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan
Menteri Kewangan (JPMK) Lim Guan Eng
namun diperakukan oleh KSU dan Menteri KPLB di Zaman PN
[surat adalah seperti yang tular dalam laman sosial sebelum ini]

Di Sabah projek KPLB bernilai RM500,000 ke bawah ditentukan hanya seorang Pengarah Gred 54! Projek RM500 ribu ini pula banyak di Sabah khususnya di luar bandar.

Oleh kerana KPLB Negeri Pengarahnya berkuasa maka mereka tidak perlukan lagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah jika peruntukan itu daripada KPLB Putrajaya. Pengarah KPLB Sabah juga mempunyai kuasa pemantauan terhadap semua projek negeri milik KPLB melalui peruntukan KPLB Putrajaya.


Sebagaimana Menteri kepada KSU, KSU pula kepada Pengarah Negeri



Pengarah Pejabat KPLB Negeri mempunyai jawatankuasa perolehan sendiri





Pendek kata jika Pengarah KPLB Negeri Gred 54 yang sombong nak mampus atau ‘kaki pau projek’ KPLB dia boleh meludah semua arahan Menteri KPLB Sabah, Menteri Kerja Raya atau pemimpin negeri yang berurusan dengannya. 

Apa yang berlaku sekarang Hamsha Haji Injau Pengarah KPLB Negeri lantikan Kerajaan PH sebelum ini yang disokong Shafie Apdal mendakwa beliau lebih berkuasa daripada Menteri Kerja Raya Sabah dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Jadi apa saja peruntukan KPLB  yang turun daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Putrajaya adalah bawah kuasa beliau.

Bayangkan Pembantu Menteri di Sabah pun dia buat macam 'tahi', Menteri dan pembantu menteri perlu sujud jumpa dia bukan dia jumpa Menteri Sabah. Arahan daripada Menteri KPLB Putrajaya Datuk Dr Latif kepadanya mengenai projek pembangunan pun dia masukkan dalam 'bakul sampah'. Tapi kalau semua projek tu ada kaitan dengan Shafie Apdal Warisan dah PH dia layan macam VIP.

Kalau nak tahu bagaimana KSU KPLB beri projek kepada Datuk Azhar Setiausaha Shafie Apdal boleh baca di sini


Yang untung ialah semua kontraktor pro Shafie Apdal, Pakatan Harapan..yang
kerajaan baharu semua Hamsha buang dalam bakul sampah

Lebih buruk secara teknikal (Jika sebut harga/ tender) dia boleh bermain dengan pegawai negerinya seperti KPP, Penolong Pengarah, Perolehan, Jurutera dan lain-lain memilih syarikat yang dia mahu. Itulah kuasa Pengarah Pejabat KPLB Negeri Sabah Gred 54. [kita dedah kemudian syarikat kroninya].

Lantaran itu terdapat banyak aduan mengenai Hamsha Haji Injau ada kontraktor mengadu Hamsha mengawal semua projek KPLB di Sabah. Kontraktor diberi projek pula semua kroninya. Jika tender diputuskan KSU teknikal pula mereka kawal untuk beri syarikat kroni.

Memandangkan peruntukan pembangunan Belanjawan 2021 lebih RM5 bilion akan turun di Sabah termasuk ke KPLB Cawangan Sabah maka disaran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Menteri Kerja Raya Bung Moktar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berbincang dengan Datuk Dr Latiff Ahmad Menteri KPLB memindahkan atau membuang Hamsha Haji Injau pendokong Warisan dan Shafie ni sebagai  Pengarah KPLB Negeri Sabah.

Terdapat laporan beliau kaya raya, beliau merupakan jelmaan 'Yusof Sarangit2' di Sabah sekarang. SPRM bolehlah menyiasat pegawai ini, gaya hidup mewah, akaun bank, kroni dan lain-lain lagi. 

 

[ARTIKEL BERKAITAN - [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?]

45 Comments