Tiada kemenangan percuma Warisan, letak Firdaus calon BERSATU PRK Batu Sapi
09:11 Nov 09, 2020  |  By SabahKini2
Tiada kemenangan percuma Warisan, letak Firdaus calon BERSATU PRK Batu Sapi

Jangan sesekali beri kemenangan percuma kepada Warisan jika PRK Batu Sapi diadakan. GRS perlu meletakkan calon. Setakat ini Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sangat tepat

Jika kerajaan tidak menangguhkan PRK Batu Sapi kerana Darurat Wilayah disebabkan Pandemik COVID-19 atau Warisan tidak mahu menyerahkan kemenangan percuma kepada parti pemerintah jalan paling baik ialah PRK dengan SOP ketat dan calon dari Perikatan Nasional bertanding di Batu Sapi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tangguh PRK Batu Sapi: Darurat ‘Wilayah’, Pandemik atau Warisan tarik diri beri parti kerajaan!]

Parti Warisan sendiri telah mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dengan calonnya sudah dikenal pasti.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan sah tanding Batu Sapi, Shafie akan umum calon kata Jaujan ]

Sekalipun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lebih awal mengumumkan untuk tidak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, namun adalah lebih baik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak memberi laluan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) menang tanpa bertanding atau sebaliknya.

Setakat ini calon yang sesuai ialah Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan bakal dicalonkan dalam PRK Batu Sapi pada 5 Disember ini.

Firdaus juga merupakan Ketua Bersatu Bahagian Batu Sapi, dan beliau dilihat sangat sesuai bertanding di kawasan pengundi bumiputera Islam lebih 60 peratus itu.

Sekalipun sumber itu belum disahkan namun nama Firdaus hampir pasti sebagai calon PRK Batu Sapi

“Sebenarnya ia adalah permintaan jentera akar umbi untuk mencadangkan Khairul Firdaus tetapi beliau sendiri berkata tidak pasti sama ada diberi peluang atau tidak memandangkan kes Covid-19 kini sedang meningkat.

Seperti saranan Naib Presiden Warisan, Datuk Dr Jaujan Sambakong sekalipun penularan kes Covid-19 yang tinggi pada waktu ini tetapi dalam sejarah di Sabah, tiada pertandingan secara percuma sepanjang pengalaman 60 tahun di mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRK.

Setakat ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan PRK Batu Sapi diteruskan selagi tiada darurat diumumkan Kerajaan menangguhkan PRK itu.

3 Comments