'Windfall Tax' beri isyarat salah kepada pelabur kata Tengku Zafrul
04:11 Nov 29, 2020  |  By SabahKini2
 'Windfall Tax' beri isyarat salah kepada pelabur kata Tengku Zafrul

Cadangan 'Windfall tax' dikecam pakar dan pemain industri sebagai cara memerah sektor swasta. Kini Menteri Kewangan juga berkata Cukai Durian Runtuh beri isyarat salah kepada pelabur. Mengapa melabur di Malaysia baik pergi Singapura atau Vietnam...

KUALA LUMPUR, Pelaksanaan cukai ‘Durian Runtuh’ atau ‘Windfall tax’ terhadap syarikat sarung tangan yang mendapat keuntungan daripada wabak Covid-19 merupakan dasar tidak konsisten yang akan memberi isyarat salah kepada pelabur dan menjauhkan pelabur melabur di negara ini, kata Menteri Kewangan  Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Zafrul berkata sekiranya dikenakan cukai secara berterusan, ia akan membuat pelabur berfikir dua kali sebelum melabur di negara ini, atau memilih melabur di negara-negara jiran seperti Vietnam dan Singapura yang tidak mengenakan cukai tersebut.

"Kamu boleh mengenakan cukai seperti itu tetapi kamu memberikan isyarat yang salah, terutama untuk ekonomi terbuka seperti Malaysia," katanya setelah tampil sebagai tamu di program "Ruang Bicara" Bernama TV "Belanjawan 2021 : Kemenangan Rakyat".

Tengku Zafrul berkata, dasar yang harus dilaksana mestilah melihat jangka panjang dan tidak berdasarkan keuntungan jangka pendek.

18 November lalu Syed Saddiq Ahli Parlimen Muar mencadangkan cukai “Windfall Tax”  dikenakan kepada syarikat pembuat sarung tangan getah di Malaysia yang menikmati keuntungan berkali ganda ketika musim Covid-19. 

Katanya ketika pandemik Covid-19 empat syarikat sarung iaitu Top Glove, Hartalega Holding, Supermax Corporation dan Kossan Rubber Industries mencatatkan keuntungan yang tinggi. RM400 juta sumbangan syarikat itu sebagaimana diumum dalam Belanjawan 2021 sebagai tidak mencukup dan perlu di ‘perah' lagi.

Cadangan Syed Saddiq itu mendapat kecaman daripada pakar ekonomi dan pemain industri sebagai cubaan memerah sektor swasta dan memberi isyarat salah kepada pelabur di negara ini.

 [ARTIKEL BERKAITAN- 'Cukai Durian Runtuh' Syed Saddiq memeras sektor swasta, pelabur lari dari Malaysia ]

 'Cukai Durian Runtuh'  Syed Saddiq memeras sektor swasta, pelabur lari dari Malaysia

 

 

Comment