Undi belah bahagian: Shafie Warisan tolak belanjawan rakyat atau ikut Dr Mahathir?
10:12 Dec 15, 2020  |  By SabahKini2
Undi belah bahagian: Shafie Warisan tolak belanjawan rakyat atau ikut Dr Mahathir?

Hidup mati Shafie dan Warisan demi Dr Mahathir

Yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran! Rakyat Sabah mungkin gigit jari jika Shafie Warisan tidak menyokong Belanjawan 2021. Itulah Shafie. Misi utamanya bawa Warisan ke 'Malaya' masukkan Dr Mahathir. Bajet rakyat belakang cerita.

Walaupun hanya ada 8 kerusi Parlimen Warisan membayangkan mereka sebagai ‘king maker’ pada undi belah bahagi bacaa kali ketiga Belanjawan 2021 hari ini.

Sebelum ini Warisan memboikot semua RUU Perbekalan Peringkat jawatankuasa kementerian. Kerajaan PN setakat ini masih menang di Dewan Rakyat.

Hari ini Shafie Apdal tidak memberi sebarang bayangan berhubung keputusan sama ada akan membuat undi belah bahagian atau sebaliknya

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata semua perkara berkaitan Parlimen harus diuruskan menerusi cara yang betul pada sidang Parlimen.

“Kami nantikan. Walau apapun agendanya, ia mesti diuruskan di Parlimen”. Katanya

Semalam Tun M dan Ku Li dalam sidang media terbaru mereka menyeru MP menolak Belanjawan 2021

Disaat pandemic Covid-19 terus menyerang dengan kes lebih 1000 sehari ahli politik bertungkus lumus untuk berebut kuasa.

Moratorium dan KWSP belum selesai, rakyat hilang kerja dan pendapatan, ekonomi negara menguncup, kredit rating jatuh kepada BBB PH sibuk mahu merampas kuasa dengan cara memancing semua MP.

Menurut Shafie, kali ini  akan terlibat undi belah bahagian pada bacaan Belanjawan 2021 kali ketiga.

Shafie dan warisan tiada halangan menolak Belanjawan 2021 memandangkan niatnya kini membawa Warisan ke Semenanjung dan membuka keahliannya untuk Dr Mahathir dan pejuang yang kini gagal mendaftarkan parti Pejuang.

[ARTIKEL BERKAITAN-Warisan ke Semenanjung mudahkan Dr Mahathir sertai Warisan? ]

Warisan mahu menjadi ‘lead’ kepada Pakatan Harapan dan telah menyeru agar Anwar Ibrahim ditukar sebagai Ketua Pembangkang jika mahu PRU-15 PH menang.

Bagi rakyat Sabah jika Shafie dan Warisan tidak menyokong Belanjawan 2021 mereka sedar Shafie memang tidak mahu rakyat mendapat manfaat.

Bagi Warisan tidak mengapa rakyat Sabah terus susah dan peruntukan 2021 tertangguh. Yang penting kuasa dahulu perlu dicari.

Hari ini rakyat Sabah akan menilai mereka.

8 Comments