Dulu Warisan PH tindas pembangkang, salur peruntukan kepada Warisan kini Christina minta sama rata!
03:12 Dec 22, 2020  |  By SabahKini2
Dulu Warisan PH tindas pembangkang, salur peruntukan kepada Warisan kini Christina minta sama rata!

Apa Warisan PH beri ketika berkuasa melainkan menindas pembangkang Sabah ketika itu. Mereka ditekan, diugut malah dibeli menukar sokongan. Dan sekarang ketika tiada kuasa Christina mahu agihan peruntukan sama rata!. Mengapa dulu tak buat?

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew, menyeru kerajaan Sabah mencontohi kerajaan Perak dengan memberi layanan adil kepada semua wakil rakyat, termasuk pembangkang dalam isu pengagihan peruntukan bantuan COVID-19.

Katanya, perbezaan politik perlu diketepikan bagi mencapai matlamat utama, iaitu meringankan beban rakyat yang terjejas teruk akibat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) susulan gelombang ketiga pandemik COVID-19.

“Awal tahun ini, kerajaan Perak mengumumkan peruntukan bawah tabung bantuan COVID-19 berjumlah RM11.8 juta untuk diagihkan kepada semua 59 ADUN, termasuk pembangkang.

“Ia (peruntukan) juga diagihkan secara sama rata, iaitu masing-masing RM200,000 bagi membantu penduduk di kawasan yang memerlukan bantuan pada masa yang sangat mencabar ini,” katanya ketika berucap sempena perbahasan Belanjawan 2021 Sabah di DUN Sabah.

Christina turut menyeru kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya mencontohi pendekatan kerajaan Johor yang mengagihkan peruntukan pembangunan sama rata kepada semua wakil rakyat.

“Saya berharap kerajaan negeri dapat mengikut jejak langkah kerajaan Johor bagi membuktikan bahawa kerajaan Sabah yang ada sekarang mengamalkan pentadbiran inklusif,” katanya.

Mana Christina dulu? 

Bagaimanapun beberapa netizen mempersoalkan cadangan Christina itu. Di mana beliau ketika sebagai Timbalan Ketua Menteri? Mengapa tiada cadangan seumpama ini ketika beliau berkuasa? Mengapa sekarang Christina menyeru kerajaan GRS mencontohi Perak dan Johor? sedangkan beliau dulu dan kerajaan Warisan menindas pembangkang. 

Pembangkang diugut, ditekan malah diminta menukar sokongan parti menyertai Warisan atau komponen PH. 26 bulan tiada peruntukan diberi. Mahu peruntukan sertai warisan atau PH.

Tiada peruntukan diberikan kepada pembangkang termasuk Covid-19 dan lain-lain.

Malah peruntukan parlimen di kawasan bukan kerajaan diberikan kepada Ketua Bahagian Warisan. Mahu peruntukan sila berurusan denngan Ketua Bahagian Warisan atau adun Warisan. Sekarang Warisan mempersoalkan peruntukan yang sama disalurkan kepada Ketua Bahagian Bersatu.

Apa pembangkang dapat ketika Kerajaan Warisan membentangkan Belanjawan 2020? hasil rezab carian Tan Sri Musa sebagai Ketua Menteri sebelum itu, tiada satu pun peruntukan untuk pembangkang.

Malah Kerajaan Warisan mengumumkan pakej bantuan RM670 juta pada bulan Mac, sekali lagi tiada satu pun diberi kepada pembangkang ketika itu. Begitu juga ketika tambahan pakej kedua RM240 juta pada bulan jun.

Dan sekarang Christina menggunakan alasan Covid-19 minta kerajaan GRS mencontohi Kerajaan Perak dan Johor. 

Hakikatnya peruntukan di kawasan pembangkang memang disalurkan pun ke kawasan mereka, tiada yang tertinggal. Siapa yang mengendalikan itu terpulang kepada kerajaan negeri melantik siapa yang mereka percaya. 

 

 

6 Comments