Kontrak Konsesi JKR melampau, Kerajaan GRS sepatutnya tangguh atau semak kontrak demi rakyat
15:12 Dec 31, 2020  |  By SabahKini2
Kontrak Konsesi JKR melampau, Kerajaan GRS sepatutnya tangguh atau semak kontrak demi rakyat

Syarikat konsesi terbukti tiada kelayakan!, kontrak pula melampau. SPRM sudah menyiasat sejak jun 2020. Sudah tiba masa kerajaan GRS menyemak semula kontrak bukan meneruskan kontrak melampau Warisan UPKO.Kerajaan belanja besar tetapi rakyat rugi.

Jun 2020 SPRM sudah memanggil Menteri Pembangunan Infrastruktur Warisan ketika itu Datuk Peter Anthony berhubung projek selenggaraan secara rundingan terus RM1.5 bilion kepada 5 syarikat.  

Sehari sebelum itu Peter turut dipanggil SPRM berhubung kes RISDA yang tertangguh lama susulan kepulangan Peguam Michael P Ubu ke Malaysia secara ’curi-curi’ yang akhirnya ditangkap dan didakwa bersama Peter Anthony kerana pecah amanah dan AMLA.

Sekarang Datuk Peter telah menghadapi kes pendakwaan di mahkamah. Bermakna ada kes untuk Peter dan beliau perlu membuktikan dirinya di mahkamah. Ini bermakna dakwaan Sabahkini2 terhadap Peter selama ini adalah benar dan bukannya fitnah.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah Mesti Bertindak

Hari ini kerajaan GRS sudah berkuasa. Rakyat  juga menyeru agar kerajaan baharu membongkar semua salah laku Shafie Apdal, Peter Anthony dan Kerajaan Warisan termasuk isu projek JKR Rundingan Terus RM1.5B! Mereka perlu diheret sehingga SPRM membuat pendakwaan kepada mereka. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Tiba masa Hajiji, Bung bongkar Projek RM1.5B JKR dicuri Peter, Shafie!]

Bagaimanapun nampaknya siasatan SPRM kelihatan terhenti atau tertangguh. Apa yang berlaku?  Bukti di depan mata, syarikat yang dilantik yang tidak punya kelayakan tetapi melaksanakan projek RM325 juta hingga RM500 juta.

Kos konsesi yang melampau sehingga jalan sepanjang 2.3KM dengan kos RM1.06 juta perKM. Apa jadi pada projek selenggaran jalan di zon lain di seluruh Sabah? 

Jika Datuk Ewon Benedick Bekas Menteri KPLB atau sesiapa saja terlibat dalam syarikat ‘sub kontrak’ konsesi bersalah maka dakwalah mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk ]

 

Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk

Kita mengalu-alukan arahan Datuk Seri Bung Moktar TKM yang juga Menteri Kerja Raya agar semua kontraktor penyelenggaraan jalan raya di negeri ini membaiki segera kerosakan jalan raya di seluruh negeri. Ini bagus.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bung Moktar Arah Kontraktor Selenggara Baiki Segera Jalan Rosak Di Sabah ]

Namun berdasarkan dakwaan sebelum ini dengan kontrak yang melampau yang diberikan kerajaan Warisan, Kerajaan sepatutnya menangguhkan semua kontrak konsesi ini paling tidak membuat semakan semula kontrak dan harga bagi mengelak ketirisan. Bayaran mahal tetapi kerja macam haprak! Ya mungkin ada implikasi undang-undang menamatkan kontrak tetapi tidak bermakna Kerajaan tidak boleh menyemak kontrak semula. Tindakan perlu ditunjuk kepada rakyat bahawa apa yang Warisan lakukan salah. 

Bukan itu sahaja projek tidak dilaksana tetapi tuntutan bayaran dibuat sebelum Pilihanraya Negeri Sabah lalu kepada konsesi-konsesi ‘tidak berduit itu’ yang didalangi oleh kroni Peter Anthony. 

Keutamaan kerajaan ialah menyekat rasuah yang berlaku dikalangan pegawai JKR, syarikat konsesi dan bekas Menteri lama yang masih meraih untung dari konsesi itu walaupun bertukar kerajaan. Kita berharap Pengarah JKR yang baharu ini bertindak lebih tegas dan tidak berkompromi dengan rasuah. Semak butiran tuntutan bayaran benarkah menepati Performance Based Concession (PBC)? 

Pembinaan Negara ala Warisan UPKO!

Selama ini rakyat Sabah dibodohkan Warisan kononnya membina negeri tanpa rasuah, Sabah untuk orang Sabah dan semangat ‘Unity’ tetapi semua itu legasi mengarut.

 

26 bulan Shafie dan Warisan mengutamakan keluarga, kroni dan bangsa sendiri. Projek rundingan terus, ‘mark up’projek , tender terpilih kroni, konsesi melampau, projek IC dan lantik sanak saudara di jawatan negeri. Lantaran itu Warisan ditolak rakyat terutana di kawasan KDM dan luar bandar.

Kerajaan GRS mesti mendedahkan ketirisan Warisan. Jangan benarkan Kerajaan GRS menjadi bahan oleh serangan media sosial siber trooper Warisan. Perang hari ini adalah perang persepsi. 

SPRM pula mesti meneruskan aksi yang tertangguh. 

6 Comments