Keputusan PKP hanya dibuat selepas penilaian KKM, MKN kata Ismail Sabri
07:01 Jan 27, 2021  |  By SabahKini2
Keputusan PKP hanya dibuat selepas penilaian KKM, MKN kata Ismail Sabri

Kenyataan DG KKM mengenai PKP hanyalah bayangan sahaja. Keputusan sebenar dinilai KKM dan diputuskan oleh MKN.

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari ini hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, keputusan juga akan mengambil kira kepentingan keseluruhan rakyat termasuk sektor ekonomi.

"Maklumat tersebar mengenai kerajaan akan melaksanakan sekatan pergerakan penuh seperti PKP 1.0 menimbulkan kebimbangan sehingga ada yang membuat pembelian panik.

"Saya ingin menyatakan bahawa keputusan hanya akan dibuat selepas mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara) apabila hampir tiba tempoh tamat (PKP) pada 4 Februari nanti," katanya pada sidang media perkembangan PKP pada Selasa.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilaporkan membocorkan maklumat PKP kepada Dewan Perdagangan dan Industri EU-Malaysia (Eurocham Malaysia) mengenai maklumat  lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat seperti yang pertama kali diadakan di negara ini termasuk menutup semua sektor ekonomi untuk mengekang penularan Covid-19. 

Bagaimanapun selepas kecoh Eurocham Malaysia menafikan mereka membuat kenyataan Lockdown sepenuhnya 

Bayangan Ketua Pengarah KKM

Sementara itu, mengulas laporan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa PKP selepas 4 Februari akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Ismail Sabri berkata, ia hanya bayangan dan harapan ketua pengarah itu.

"DG (Ketua Pengarah Kesihatan) cuma berikan bayangan, tetapi ia difahami seolah-olah keputusan telah dibuat. Keputusan sebenar hanya akan diumumkan bila KKM telah berbincang dengan MKN nanti," katanya.

Pada isnin, media melaporkan Dr Noor Hisham berkata, PKP tidak akan disambung sebaliknya akan digantikan dengan PKPB selepas 4 Februari sehingga menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak ia akan menyebabkan penularan Covid-19 sukar dikawal.

Netizen dalam komen di laman sosial melihat tidak wajar DG mendahului MKN kerana ia bukan skop kerja Ketua Pengarah itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- DG Noor Hisham makin 'Gila Kuasa' mendahului PM, Menteri, MKN! ]

PKP diteruskan? 

Menjelas lanjut mengenai keputusan yang akan diambil kerajaan berkenaan PKP itu kelak, Ismail Sabri berkata, walaupun ada pihak bersetuju dengan pelaksanaan PKP lebih ketat dengan menutup sebahagian sektor ekonomi tetapi kerajaan juga perlu mempertimbangkan ekonomi rakyat.

"Memang jika tiada sebarang perniagaan, duduk di rumah ia akan membantu mempercepatkan penurunan kes tetapi kita juga melihat kepada peniaga mikro, yang bekerja dengan gaji harian, mereka boleh hilang punca pendapatan," katanya.

Beliau turut berkata, jika PKP lebih ketat dilaksanakan beberapa kesan terpaksa ditanggung seperti 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan, 2.5 juta pekerja terjejas pendapatan dan sukar meneruskan kelangsungan hidup.

Kesan lain, katanya, ialah kehilangan pendapatan golongan B40 yang dianggarkan RM6.45 bilion dengan purata RM2,400 bagi sebuah keluarga dalam sebulan.

"Ini antara sebahagian kesan yang terpaksa kerajaan pertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan.

Jadi bila tiba tempoh 4 Februari ini, KKM, MOF (Kementerian Kewangan), Bank Negara akan berbincang kesan-kesan yang akan timbul jika sekatan pergerakan penuh dilaksanakan,” kata Ismail Sabri.

Kredit: Buletin TV3

 

 

 

3 Comments