Kes COVID-19 Sabah terus menurun, usaha Kerajaan Negeri, KKM semakin berjaya
01:02 Feb 05, 2021  |  By SabahKini2
Kes COVID-19 Sabah terus menurun, usaha Kerajaan Negeri, KKM semakin berjaya

Lebih 5 bulan Sabah menjuarai kes tertinggi Covid-19 dalam Gelombang ketiga selepas PRN Sabah, kini Sabah berjaya menurunkan kes bawah 180 sehari. Masih terlalu awal gembira tetapi ini bukti usaha Kerajaan Negeri & KKM semakin berhasil

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah menurun lagi daripada 190 kes semalam kepada 175 kes, dengan satu kematian menjadikan kes kumulatif sebanyak 49,785 kes

Semalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mengumumkan Beluran bertukar dari zon jingga kepada zon merah sementara, Nabawan dan Tambunan berubah dari zon jingga kepada zon kuning.

Setakat ini seramai 519 pesakit COVID-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 46,757 orang. Sejumlah 1,907 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 733 orang di hospital, 1,165 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan sembilan (9) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 88 orang dan 24 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daripada 175 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 125 kes (71.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 28 kes (16%), saringan kluster sedia ada enam (6) kes (3.4%), saringan PERKESO empat (4) kes (2.3%) dan 12 kes (6.9%) adalah dari lain-lain kategori.

Sementara itu Daerah Beluran bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Bilangan keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah kekal 6,121 katil dan peratus penggunaan adalah 31.16 peratus.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 kekal  6,121 unit iaitu sebanyak 1,088 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS), Penjara pula 1,000 unit. dan peratus penggunaan adalah 31.16 peratus.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,092 kes (181,886 kes kumulatif, 78.6%);
  • Kes baharu : 4,571 kes (231,483 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 4,568 kes [3,176 warganegara (69.5%); 1,392 bukan warganegara (30.5%)];
  • Kes aktif : 48,771 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 308 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 135 kes; dan
  • Kes kematian : 17 kes (826 kes kumulatif , 0.36%)

 

Selangor  kekal kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,056 kes (45.0 peratus) diikuti oleh Johor sebanyak 664 kes (14.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 481 kes (10.5 peratus). Sabah kini terus turun dan berada dikedudukan keenam dengan 175 kes selepas Sarawak dan Melaka.

Bagi Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Johor yang mencatatkan kes harian tertinggi dijangka akan meneruskan trend ini memandangkan negeri-negeri ini adalah negeri-negeri yang berkepadatan tinggi, di samping mempunyai kegiatan ekonomi dan industri yang rancak terutamanya daripada kluster tempat kerja (Kilang dan Pembinaan).

Sarawak yang kini tidak melaksanakan PKP mencatatkan lonjakan kenaikan kes kepada 270 kes daripada 118 kluster dan 12 kluster baharu.

Walauapapun kritikan terhadap Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu satu fakta yang tidak poleh disangkal ialah PKP kali ini berjaya menghasilkan kesan positif di beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang yang mula menunjukkan trend jumlah kes harian baharu semakin melandai.

Paling menggembirakan Negeri Sabah kini sudah mencatatkan bawah 200 kes sehari. Faktor Kerajaan Negeri dengan kerjasama padu KKM Sabah merupakan faktor utama penurunan kes. Dijangka jika Sabah berada di bawah 100 kes sehari Sabah mungkin boleh meminta pelepasan awal daripada melaksanakan PKP mungkin boleh PKPB.

 [ARTIKEL BERKAITAN-Usaha Kerajaan Sabah, KKM semakin berhasil, pesakit COVID-19 di Sabah menurun ]

 

5 Comments