Mana SPRM? Terbukti Tommy Thomas salahguna kuasa, bayar RM2 juta kepada Peguam Firma Tommy, Kroni
09:02 Feb 08, 2021  |  By SabahKini2
Mana SPRM? Terbukti Tommy Thomas salahguna kuasa, bayar RM2 juta kepada Peguam Firma Tommy, Kroni

Ogos 2018 dah kecoh tentang Tommy lantik Sitpah peguam firmanya sendiri urus Kes kapal mewah Equanimity. Terbukti ada kepentingan. RM15.5 juta duit rakyat. RM2 juta untuk kroni. SPRM terus senyap walau PH tak tidak berkuasa.

Buku memoir ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang ditulis bekas peguam negara, Tommy Thomas mencetuskan protes berterusan daripada pemimpin politik, penjawat awam, institusi perundangan  dan pelbagai pihak  di negara ini.

Pelbagai siri laporan polis dibuat terhadap Tommy Thomas.

Bagi Peguam Negara  Tan Sri Dato' Sri Idrus bin Azizan jelas Buku Tommy Thomas itu merupakan penghinaan terhadap institusi perundangan di negara ini, katanya 

"Kandungan buku ini telah memberikan impak yang negatif khususnya daripada kaca mata orang luar, dan ia secara langsung telah memberikan kesan kepada moral dan semangat pegawai undang-undang.

"Selain itu, pada hemat saya, ia merupakan satu penghinaan yang ketara kepada institusi perundangan kita, yang amat kita hormati dan sanjungi,"

Idris berkata selama bertugas selama hampir 35 tahun dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebelum dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan dan akhirnya sebagai peguam negara, dia tiada keraguan mengenai kemampuan pegawai undang-undang dalam menjalankan tugas mereka.

Peguam Cara III lapor polis

Turut mengecam Tommy ialah Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang telah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas kerana melakukan fitnah menerusi petikan buku memoir itu.

Dalam laporannya beliau mendakwa petikan daripada buku itu telah merosakkan imej beliau sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang telah berkhidmat selama 33 tahun.

"Apa yang ditulisnya dalam buku setebal 248 muka surat itu adalah tidak betul, dia menggambarkan seolah-olah saya seorang pemalas dan tidak dapat menangani pendakwaan dalam perbicaraan berkaitan dana SRC International,” menurut laporan itu.

Mohamad Hanafiah berkata, petikan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan mempunyai konotasi serta nuansa bahawa beliau tidak berkemampuan untuk mengetuai dan menyelia pasukan pendakwaan tersebut dan lebih selesa menjalankan tugas pentadbiran.

"Dalam ingatan saya, sebaik sahaja mendapat arahan daripada Tommy untuk meneliti kertas siasatan kes SRC tersebut, saya telah mewujudkan pasukan timbalan pendakwa raya terbaik dan berpengalaman perkhidmatan kehakiman serta perundangan.

"Ia untuk meneliti segala keterangan dalam kertas siasatan dan menyediakan pertuduhan berdasarkan keterangan yang ada serta transaksi kewangan yang kompleks," katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu bahawa beliau akan mengetuai pasukan pendakwaan tersebut sebaliknya peranannya adalah sebagai pegawai undang-undang paling kanan dan mempunyai pengalaman luas dalam pasukan itu.

"Sepanjang proses penyediaan kes itu, Tommy telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau sendiri akan mengetuai pasukan tersebut tambahan bagi kes sebesar ini wajarlah peguam negara sendiri mengetuai pasukan sebagaimana peguam-peguam negara lakukan sebelum ini," katanya.

Arahan Tommy Thomas

Hanafiah berkata, sekitar dua atau tiga bulan sebelum perbicaraan bermula, Tommy didakwa memberitahunya untuk tidak terlibat lagi dengan kes berkenaan.

"Pada ketika itu saya memegang jawatan sebagai Peguam Cara Negara III telah diarahkan Tommy untuk memberi perhatian terhadap kerja pentadbiran di AGC," katanya.

Tegasnya,Tommy tidak pernah memberitahunya pada bila-bila masa untuk mengetuai pasukan tersebut.

"Penulisan Tommy telah memburukkan imej saya sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya yang telah berkhidmat selama 33 tahun dan digambarkan sebagai seorang yang malas serta tidak berupaya mengendalikan kes," katanya.

Tommy lantik rakan peguam kroni

Mohamad Hanafiah mendakwa tuduhan Tommy itu hanya sebagai alasan untuk melantik peguam-peguam yang merupakan kawannya.

"Ketidakupayaan ada pada dirinya kerana tidak lama selepas itu, Tommy telah melantik Datuk V Sithambaram untuk membantunya dalam perbicaraan," katanya.

Untuk rekod pada ogos 2018 Tommy Thomas  melantik Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pihak pendakwaan dan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan dalam kes pendakwaan terhadap Najib Razak.
 
Menurut Tommy kedua-dua Sulaiman dan Sri Ram akan melakukan kerja-kerja pendakwaan secara 'pro-bono' atau sukarela tanpa dibayar apa-apa gaji.
 

Siasatan Polis

Polis Selangor memaklumkan satu kertas siasatan telah dibuka terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas kerana memfitnah. Menurut polis kertas siasatan telah dibuka dan akan disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.

Setakat ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohammad memaklumkan PDRM telah menerima 134 laporan terhadap Tommy Thomas.

Apakah Tommy akan dipanggil untuk siasatan dan didakwa sama-sama kita lihat.

Misteri Rasuah Tommy Thomas

Satu perkara yang sepatutnya digunakan semula oleh Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan seterunya membalas serangan Tommy ialah mendedahkan lantikan peguam kroni di Pejabat Peguam Negara yang kekal misteri ini hari ini terutama yang dikatakan secara pro bono. Benarkah khidmat mereka secara percuma? atau percuma secara teknikal di pejabat Peguam Negara tetapi dibayar secara lain melalui konsultan firma guaman. 

Ogos 2018 tular mengenai Kes Equanimity apabila Tommy Peguam Negara ketika itu melantik peguam daripada firma Tommy Thomas, Sitpah Selvaratnam menguruskan kes penjualan kapal mewah Equanimity

 [ARTIKEL BERKAITAN- Kes Equanimity : Peguam Negara Lantik Firma Guaman miliknya Tommy Thomas]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Equanimity: Konflik Kepentingan Firma Tommy Thomas, Mengapa AG tidak lantik firma ZICO?

Selepas kantoi dan tular Tommy Thomas memaklumkan Sitpah Selvaratnam telah meletak jawatan dari firma guaman milik Tommy namun hakikatnya sehingga ke hari ini Sitpah tidak pernah meletak jawatan.


Semakan terbaru Sitpah memang founder firma Tommy Thomas.Sejak Tommy Thomas sebagai Peguam Negara
Sitpah tak pernah meletak jawatan. 

Sekalipun ketika tu Tommy Thomas membuat penafian kerana kepentingan atas alasan kepakaran undang-undang admiraliti atau undang-undang perkapalan ia masih tidak berasas kerana terdapat firma guaman lain masih boleh melakukannya. 

Bukankah terbukti Tommy Thomas melakukan salah guna kuasa melantik pekerjanya dari firma guaman Tommy Thomas mengurus kes Equanimity. Sitpah dan firma Tommy Thomas dibayar melalui Tetuan Joseph & Partners RM1.6 juta!

 Equanimity: Konflik Kepentingan Firma Tommy Thomas, Mengapa AG tidak lantik firma ZICO?

Turut dilantik ialah kroni Tommy Thomas, Jeremy Joseph dan Ong Chee Kwan.

Pelantikan peguam Sitpah Selvaratnam bagi menuntut kapal persiaran mewah, Equanimity menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak ketika itu seperti Sekretariat Peguam Muda Pemuda Umno yang diketuai Nik Saiful Adli Burhan yang mempersoalkan Sitpah berkhidmat di firma undang-undang yang diasaskan Peguam Negara, Tommy Thomas. Nik Saiful mendakwa lantikan ini menyebabkan konflik kepentingan.

Salim Bashir Bhaskaran yang juga pengerusi Majlis Peguam Selangor ketika itu turut proses pelantikan Sitpah yang penuh kepentingan. Tommy Thomas sendiri mengaku melantik Sitpah secara peribadi.

"Di sini Tommy Thomas sebagai Peguam Negara mengatakan bahawa dia secara peribadi melantik Sitpah. Beliau (Sitpah) sepatutnya dilantik oleh orang lain selain daripada Peguam Negara. Ia sama ada oleh Peguam Cara, atau oleh firma perundangan Jeremy Joseph, " katanya

RM15.5 juta kos pengurusan kapal layar mewah, Equanimity

Kerajaan PH pada 6 Mei 2019 Tommy Thomas mengumumkan kos RM15.5 juta yang ditanggung oleh kerajaan PH selepas merampas dan menjual kapal layar mewah, Equanimity sehingga terjualnya dengan harga AS$126 juta kepada anak syarikat Genting Malaysia Berhad.

Perbelanjaan-perbelanjaan berkenaan diperincikan seperti berikut:

  • Berlabuh di Pelabuhan Klang - RM407,000
  • Berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Langkawi - RM0
  • Kos operasi (yuran, gaji, insurans, makanan, pembaikan, penyelenggaraan) - RM12.7 juta
  • Perkhidmatan penilai dan pentaksir bebas - RM400,000
  • Yuran guaman bagi Tetuan Joseph & Partners (selaku peguam cara) - RM1.6 juta
  • Ong Chee Kwan (peguam) - RM360,000
  • Tetuan Holman Fenwick Willan (peguam asing) - RM40,000
  • Sitpah Selvaratnam (peguam utama) - RM0 pro bono [Atas Kertas]

Ini bermakna jumlah yuran guaman dibayar kepada kroni Tommy Thomas ialah RM2,000,000,00 iaitu firma Tetuan Joseph & Partners, Ong Chee Kwan dan Tetuan Holman Fenwick Willan

Ini termasuk RM400,000 untuk perkhidmatan penilai dan pentaksir nilai kapal Equanimity.

Sekalipun Sitpah Selvaratnam dicatatkan sebagai mengendalikan kes ini secara pro- bono ia hanyalah alasan di atas kertas kerana bayarannya dibayar oleh Tetuan Joseph & Partners dalam nilai RM 1.6 juta itu.

Sepatutnya Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mendedahkan perkara ini atau pihak ketiga. 

Paling tidak SPRM sudah wajar menyiasat bayaran konsultan kepada Sitpah Selvaratnam, firma guaman Tommy Thomas dan kroni.

Daripada sibuk menyiasat baru buku  ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang ditaja DAP untuk memburukkan kerajaan  lebih baik siasat kes paling hampir sedia ada yang jelas Tommy Thomas sebagai Peguam Negara melakukan salah guna kuasa. PDRM membuka siasatan baru dan SPRM meneruskan siasatan lama.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM digesa siasat semula salahguna kuasa Tommy Thomas bayar RM2 Juta kepada Firma Tommy dan kroni ]

SPRM digesa siasat semula salahguna kuasa Tommy Thomas bayar RM2 Juta kepada Firma Tommy dan kroni

Boleh tak Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM bekerja sikit untuk kerajaan PN ni jangan  ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’! 

Begitu banyak kecaman dibuat terhadap Tommy termasuk menghina Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein secara terbuka  sebagai individu yang mendalangi insiden paling hitam dalam sejarah negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Begitu banyak kerosakan dibuat di pejabat Peguam Negara. 

Peguam Komunis Chin Peng  ini mesti diajar! Kalau mahu lawan dan tanam, tanam betul-betul.

7 Comments