Saya fokus tangani Covid-19 Sabah belum terfikir kerusi PRU-15 kata Masidi
00:02 Feb 17, 2021  |  By SabahKini2
Saya fokus tangani Covid-19 Sabah belum terfikir kerusi PRU-15 kata Masidi

Desas-desus perbincangan kerusi Pilihanraya sudah mula dibincangkan dalam kerajaan GRS. Namun ditanya kepada Masidi Manjun beliau berkata buat masa ini beliau lebih fokus kepada mengawal Covid-19 Sabah dan belum terlintas terfikir mengenai kerusi PRU-15

KOTA KINABALU: Barisan Nasional Sabah dalam kenyataan medianya menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 14 daripada keseluruhan 25 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata Jabatan Urusan Pilihanraya (Juara) UMNO Sabah akan menjalankan penyelidikan dalam tempoh terdekat, bagi menentukan kawasan Parlimen yang sesuai untuk ditandingi.

"Dalam PRU15 kita nak menang untuk tubuhkan kerajaan, bukan kerusi untuk bermegah, mesti diteliti setiap kerusi, geopolitik kehendak pengundi dan lokaliti," katanya dalam kenyataan itu

Pada PRU14, UMNO Sabah bertanding di 14 kerusi Parlimen, bagaimanapun pada masa ini parti itu hanya diwakili di dua kerusi iaitu Kinabatangan menerusi Bung Moktar dan Kimanis yang disandang oleh Datuk Mohamad Alamin.

Bung Moktar berkata rundingan awal BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga perlu dilakukan secara telus berdasarkan kekuatan parti masing-masing bagi menentukan agihan kawasan Parlimen yang akan ditandingi.

Kerusi Pilihanraya BERSATU Sabah

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan kerusi pilihanraya parlimen di Negeri Sabah beliau berkata hanya fokus kepada menangani kes Covid-19 di Sabah  sekarang

“ Buat masa ini saya lebih fokus mengurus dan menangani Covid-19 di Sabah belum terlintas lagi untuk memikirkan hal kerusi parlimen”. katanya

Datuk Masidi Manjun yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sebagai  jurucakap COVID-19 negeri berkata Sabah kembali mencatat tiga angka kes baharu positif COVID-19 dengan 132 kes dilaporkan hari ini selepas pertama kali mencatat dua angka semalam

Peningkatan sebanyak 35 kes daripada 97 kes yang dilaporkan semalam itu berpunca daripada pertambahan kes baharu daripada kluster baharu dan sedia ada.

“Pada hari ini, dua kluster baharu turut dilaporkan iaitu Kluster Simpang Tiga yang merangkumi daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Pitas.

Hari ini Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP), yang dijadualkan berakhir pada 18 Feb akan dilanjutkan sehingga 4 Mac bagi Pulau Pinang, Selangor, Johor, dan Kuala Lumpur.

Manakala Sabah, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Putrajaya dan Labuan pula ditukarkan kepada PKP Bersyarat.

Trend penurunan kes di Sabah merupakan bukti langkah PKP dan Darurat mampu melandaikan sebuah negeri tertinggi kes di negara ini sehingga kembali kepada dua angka 97 kes semalam.

Menurut Masidi semalam trend penurun berterusan dan jika rakyat Sabah terus patuh SOP sudah tentu berpeluang cerah untuk menjalani satu lagi keadaan di luar PKP dan hari ini kerajaan membuktikan Sabah kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

[ARTIKEL BERKAITAN-  Sabah peluang cerah tamat PKP jika terus patuh SOP- Masidi Manjun ]

 

 

 

 

 

 

 

4 Comments