Terbukti Rasuah AP Pasir Bekas Menteri PKR Xavier, Pegawai khas ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas!
15:02 Feb 18, 2021  |  By SabahKini2
Terbukti Rasuah AP Pasir Bekas Menteri PKR Xavier, Pegawai khas ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas!

Tahun 2019 Bekas Menteri PKR Xavier menafikan beri kroni AP Pasir. Malah Xavier terus beri AP Pasir kepada syarikat tidak layak. Kini Bekas Pegawai Khasnya ditahan SPRM, RM77 juta dibeku, RM1.2 juta dirampas selain kereta rasmi Xavier disita

16 Febuari lalu media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan timbalan pengerusi PKR Perak yang juga pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada bekas bekas menteri air, tanah dan sumber asli Xavier Jayakumar berhubung rasuah melibatkan jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

M.A Tinagaran ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi SPRM di Ipoh.

Kredit Infografik: Laman Sosial

SPRM dilaporkan turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat.

Beberapa akaun bank milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta juga turut dibekukan.

Turut dirampas ialah kereta digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.


Kereta Mewah Xavier tajaan kontraktor

SPRM mengesahkan penahanan dan penyiataan itu sekalipun Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyanggah laporan SPRM merampas dan menyita jutaan ringgit daripada M.A Tinagaran

Akhirnya terbongkar siasatan terhadap M.A Tinagaran adalah berkaitan dengan pemberian projek pasir ketika era pentadbiran PH ketika Xavier Jayakumar sebagai menteri air, tanah dan sumber asli.

Projek Pasir Xavier dan kroni terdedah 2019

15 Januari 2019 Sabahkini2 telah mendedahkan Xavier Jayakuma menteri air, tanah dan sumber asli meluluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni melalui surat yang tular ditandatangani oleh  Dr Gerald Sundaraj Setiausaha Sulit Kanan Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli menggunakan ‘Letter Head’ Menteri. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri luluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni? ]

Empat syarikat itu ialah Goldland Capital Sdn Bhd (Kelantan), Polo Specialist Trading Sdn Bhd (Pahang), Legacy Lestari Sdn Bhd dan Asal Jasa Sdn Bhd (Kelantan). Semua tahu ketika itu kementerian mengekalkan larangan eksport pasir ke luar negara namun atas kuasa Menteri Xavier meluluskannya.

Surat bertarikh 29 November 2018 merupakan satu memo arahan pejabat Menteri melalui SUSK Menteri kepada Ketua Jabatan di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Surat itu tular di laman sosial.


Bagaimanapun pada 17 Januari 2019 Xavier dan kementerian membuat penafian pemberian AP pasir kepada syarikat kroni itu walaupun sumber melaporkan semua syarikat itu bertemu dengan pegawai Xavier untuk memohon kelulusan.

Penafian terhadap Sabahkini2.com

 

Kes itu reda sekejab namun ibarat 'pelanduk melupakan jerat, jerat tidak pernah melupakan pelanduk' pada bulan Ogos dan September 2019 Xavier Air, Tanah dan Sumber Asli meluluskan lagi AP pasir kepada syarikat kroni yang diurus oleh M.A Tinagaran dan SUSKnya Dr Gerald Sundaraj. Surat kelulusan Xavier kepada kroni itu terdedah lagi.

Dr Xavier meluluskan Kawasan lombong baru kepada Syarikat Samudra Asli Resources Sdn Bhd beralamat Pulau Pinang tetapi mendapat kelulusan lombong pasir dasar laut Lesen No.0115 bermula 9 Ogos 2019 hingga 8 Ogos 2022 di Kawasan luar perairan Negeri Perak  seluas 135.1km persegi. Di belakang syarikat ini ialah Timbalan Pengerusi PKR Negeri Tinagaran

 

Lebih mengejutkan juga Xavier meluluskan lagi syarikat RM2 iaitu Ocean Serenity Sdn Bhd beralamat Sungai Petani Kedah. Surat pemakluman kelulusan AP Pengeksportan pasir keluar negara bertarikh 5 September 2019 rujukan KATS.PM.100-4/3/6 Jld.5 (17)

[ARTIKEL BERKAITAN- Lagi Menteri luluskan AP Eksport pasir secara ‘rundingan terus’ kepada syarikat RM2.00! ]

Bayangkan syarikat tidak punya wang tetapi mempunyai kelulusan AP Pasir. 

 

Semoga siasatan kes ini selesai segera dan Xavier Jayakumar bekas Menteri dan Pegawai khasnya diheret segera setelah kes ini tertangguh.

3 Comments