Pengarah JTU lantikan Warisan mengaku ‘salah kira’177 Geran hanya 519.4 hektar! SKN, Pengarah JTU Sabotaj KM?
03:02 Feb 21, 2021  |  By SabahKini2
Pengarah JTU lantikan Warisan mengaku ‘salah kira’177 Geran hanya 519.4 hektar! SKN, Pengarah JTU Sabotaj KM?

177 geran hanya 519.444 hektar atau 1.283.57 ekar bukan hampir 2000 hektar. Pengarah JTU mengaku salah kira. Apa sudah jadi dengan SKN & Pengarah JTU lantikan Warisan ini? Mengapa salah? Apakah SKN dan Pengarah JTU tidak teliti? GRS wajar bertindak!

Susulan isu penyerahan 177 geran tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dipertikaikan oleh pemimpin Warisan dan penyokongnya hari ini Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) membetulkan kenyataan iaitu kerajaan negeri hanya menyerahkan tanah seluas lebih daripada 500 hektar kepada agensi persekutuan dan bukannya hampir 2,000 hektar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pengarah JTU lantikan Kerajaan Warisan sebelum ini Bernard Liew Chau Min, menjelaskan jabatan itu sudah memperincikan angka berkenaan.

“Pada 18 Feb, kerajaan negeri menyerahkan sejumlah 177 hak milik tanah kepada kerajaan pusat dengan keluasan 519.444 hektar atau 1.283.57 ekar,” katanya dalam kenyataan.

Ketika ditanya mengapa kenyataan mengenai isu berkenaan sebelum ini, yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri, menyatakan tanah seluas 1,933.09 hektar diberikan kepada agensi, beliau berkata: “Angka itu disalah kira. Salah kami”.

Katanya, hak milik tanah diserahkan pada 18 Feb adalah bagi tujuan persekutuan, diperoleh melalui proses pengambilan tanah dan diluluskan sebelum 2016. Premium tanah sudah dibayar sepenuhnya.

“Kebanyakan tanah sudah pun dibina dengan sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

“Hak milik tanah yang diberikan kepada agensi persekutuan terutama bertujuan untuk pembangunan kemudahan awam seperti sekolah, hospital, balai polis atau pejabat pos bagi memberikan khidmat kepada masyarakat,” kata Liew.

Kaedah perolehan tanah

Liew berkata, terdapat dua kaedah memperoleh tanah oleh agensi persekutuan – pengambilan tanah persendirian bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah Cap 69 dan dengan cara permohonan tanah negeri.

Katanya, pada 2016 (Zaman BN), kerajaan negeri memutuskan semua tanah bagi tujuan persekutuan yang akan diperoleh melalui permohonan tanah tanah negeri tidak akan diberi hak milik tanah sebaliknya akan diwartakan bawah Seksyen 28 Ordinan Tanah Sabah Cap 68

“Dengan demikian tanah akan kekal bawah kerajaan negeri.

“Tanah bagi tujuan persekutuan yang diperoleh melalui proses pengambilan tanah, dan pampasan dibiayai sepenuhnya oleh agensi persekutuan, akan diberikan hak milik tanah pajakan,” katanya.

Liew berkata, contoh tanah bagi tujuan persekutuan yang sudah diwartakan dan dikekalkan bawah kerajaan negeri adalah bangunan ibu pejabat Jabatan Kastam di Jalan Sulaman dan balai polis di Tawau.


Ibu pejabat Kastam Kota Kinabalu Sabah

Beliau berkata, tanah bagi tujuan persekutuan dikeluarkan hak milik pegangan pajakan 99 tahun, sambil menambah agensi persekutuan harus membayar premium dan cukai tanah tahunan, sama seperti pemilik tanah lain

Penjelasan Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Sementara itu Pengarah Jabatan KPTG Sabah, Herdianshah Abdul Karim dalam facebooknya menjelaskan pemberian 177 Geran itu telah didaftarkan dengan kerjasama Bernard Liew Pengarah Tanah Ukur Sabah

Katanya kebanyakan geran-geran ini adalah geran hasil permohonan tanah sejak zaman-berzaman lagi merentas pelbagai pemerintah terdahulu. Pendaftaran geran-geran ini juga mengikut aturan perundangan sedia ada.

“Harus difahami juga, ada geran-geran tanah ini tanah Negeri yang dipohon dan ada juga geran-geran ini diperolehi melalui tanah individu yang dibuat pengambilan balik tanah juga mengikut ordinan yang sama.

“Adalah menjadi tanggungjawab Persekutuan melaksanakan tanggungjawabnya membayar cukai tahunan dan premium ke atas mana-mana tanah yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

“Dan juga harus difahami, geran-geran diberimilik ini adalah bukan berimilik kekal tetapi dalam bentuk lease atau pajakan untuk satu tempoh tertentu seperti 99 tahun' katanya

[ARTIKEL BERKAITAN- 177 Geran Pesuruhjaya Tanah Persekutuan: Ini penjelasan Pengarah Jabatan KPTG Sabah! ]

 

Kecaman Azis Jamman menampakkan ‘kebodohannya’

Daripada penjelasan Pengarah JTU dan juga Pengarah Jabatan KPTG Sabah adalah jelas kecaman Ketua Pemuda Warisan Azis Jamman kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak berasas dan 177 geran yang diberi juga adalah termasuk 22 bulan projek persekutuan di zaman Warisan berkuasa atau ketika dia sebagai Timbalan Menteri KDN yang berkuasa terhadap balai polis, bangunan  jabatan imigresen, pusat tahanan, penjara, rela, agensi anti dadah dan-lain lagi. 


Sebagai Timbalan Menteri KDN beliau tentu lebih tahu projek balai polis dan
segala projek pembangunan bawah KDN dulu. Memilih menyerang isu tanah PKP untuk projek rakyat hanya
menampakkan kebodohan Azis Jamman

Sebelum ini turut mengecam Azis Jamman ialah Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Joniston Bangkuai dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan Pembantu Menteri Kewangan kerana Warisan cuba mengelirukan rakyat pemberian geran itu sedangkan semua tahu tanah itu sudah dibangunkan, dengan kemudahan awam sedia ada untuk rakyat.

Bagaimanapun menjadi persoalan besar bagaimana Bernard Liew Pengarah Tanah Ukur Sabah melaporkan perkara yang salah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Adalah tidak wajar Bernard Liew tersilap melaporkan hampir 2000 hektar membiarkan isu dimanipulasi Warisan PH dan kemudiannya mengakui kesilapan itu sedangkan ia kelemahan yang boleh merosakkan imej kerajaan. 

Apakah Bernard Liew cuba mensabotaj Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri dan Kerajaan GRS?

Semua tahu Bernard Liew dilantik sebagai Pengarah JTU oleh Shafie Apdal bermula 4 November 2019. Sepatutnya Kerajaan GRS sekarang sudah menukar semua ketua jabatan yang dilantik oleh Shafie dan Warisan bagi mengelak sabotaj.

Kontroversi Bernard

Sebelum ini Sabahkini2 pernah mendedahkan mengenai Bernard Liew dan isu tanah SFI Long Mio seluas 5000 ekar cuba diberikan Warisan kepada orang luar Sipitang bernama Antanyu Nulhaji beralamat mengundi di Putatan Sabah namun selepas tular dibatalkan oleh Bernard Liew Chau Min

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana tular! Arahan Shafie beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Long Mio dibatalkan]

 

Kerana tular! Arahan Shafie beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Long Mio dibatalkan

Safar Untong dan Bernard menyelamatkan Shafie Apdal ketika isu tanah Long Mio Sipitang
menyebabkan kemarahan rakyat

Jika tidak kerana surat permohonan, surat sokongan dan nota bidai Shafie tular di laman sosial pastinya tanah 5000 ekar sepatutnya diberi kepada rakyat Sipitang jatuh ke tangan pihak luar. 

Safar Untung Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah sabotaj?

Menjadi lebih musykil apabila Datuk Seri Panglima Safar Untung SKN yang hadir dalam majlis pemberian 177 geran itu seolah-olah tidak menyemak perkara sebenar subjek pemberian tanah. Sebagai bekas Pengarah JTU Safar Untung sepatutnya lebih tahu tentang akibat kesilapan pegawainya.

Datuk Safar merupakan lantikan Shafie Apdal sebelum ini dan menjadi orang kepercayaannya dalam membenamkan pemimpin BN, Bersatu dan pemimpin GRS. Namun bertuah masih kekal dalam kerajaan. Kes saman Musa, pinjaman airasia RM300 juta dan bermacam-macam lagi semuanya di belakang Safar Untong.

Oleh itu netizen amat tidak faham mengapa Kerajaan GRS mengekalkannya. Kerajaan GRS sepatutnya sudah menamatkan khidmat Safar Untong memandangkan beliau ‘agen dua kolam’ yang masih melaporkan kepada Datuk Shafie Apdal Warisan.

Begitu banyak kontroversi dicetuskan oleh Safar Untong khususnya isu-isu tanah di zaman Warisan. Sabahkini2 pernah mendedahkan salahlaku rasuah Safar Untong ketika sebagai Pengarah JTU termasuk memberi kelulusan tanah kepada isteri, mentua, keluarga dan kroninya. Kes itu disiasat oleh SPRM Putrajaya dan tidak diketuai apakah status keputusan kes itu sekarang.

[ARTIKEL BERKAITAN SILA BACA - Terbongkar! SKN luluskan tanah atas nama mentua, isteri kini disiasat SPRM?]


Menurut sumber- Tanah yang diberi atas nama keluarga Safar Untong

Melantik pegawai yang silap akan membawa bencana kepada kerajaan. Oleh itu daripada isu tanah yang berlaku ini jelas terdapat unsur sabotaj terhadap kerajaan. Ia kesilapan disengajakan dan alasannya tidak boleh diterima sama sekali. Penjawat awam tertinggi sudah dilatih untuk menyemak perkara dengan teliti dan bukan menjadi bahan 'troll' politik akibat kesilapan mereka.

Ketua Menteri mesti menyiasatnya. Adalah amat janggal dan meragukan Pengarah JTU pro Warisan itu boleh tersalah dengan alasan “Angka itu disalah kira. Salah kami”

 

 

 

6 Comments