177 geran tanah projek rakyat: Menjawab kedunguan minda Azis Jamman
14:02 Feb 21, 2021  |  By SabahKini2
177 geran tanah projek rakyat: Menjawab kedunguan minda Azis Jamman

Apa jadi bekas Timbalan Menteri KDN Azis Jamman? Beliau tahu tanah PTP merupakan projek pembangunan rakyat. Balai polis, sekolah, hospital dan lain-lain lagi. Apa Warisan buat ketika mereka berkuasa? Beri pajakan 99 tahun ke 999 tahun kepada kroni

Demi populariti yang menampakkan kebodohan sendiri Ketua Wira Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman menggunakan isu pemberian 177 geran PTP sebagai isu Kerajaan GRS kononnya menjual tanah kepada ‘Malaya’.

Azis Jamman terlupa beliau adalah bekas Timbalan Menteri KDN yang juga agensi dibawahnya seperti polis, jabatan penjara, imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran (JPN), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Sukarelawan (RELA), Agensi Kawalan Sempadan, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim (APMM), Institut Keselamatan Awam dan ESSCOM semua pernah berada di bawahnya.

Semua agensi ini mempunyai projek pembangunan di negeri Sabah.

Menurut Pengarah JTU Sabah Bernard Liew dilaporkan 177 geran tanah yang diumumkan pada 18 Februari hanya berkeluasan 519.444 hektar atau 1.283.57 ekar ia termasuk permohonan dari pelbagai kerajaan negeri sebelum ini termasuklah di zaman Kerajaan Warisan. Kenyataan U-turn Pengarah JTU itu kelihatan seperti berlaku sabotaj kepada Ketua Menteri tentang jumlah hektar sebenar. 

“Kebanyakan tanah sudah pun dibina dengan sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

“Hak milik tanah yang diberikan kepada agensi persekutuan terutama bertujuan untuk pembangunan kemudahan awam seperti sekolah, hospital, balai polis atau pejabat pos bagi memberikan khidmat kepada masyarakat,” kata Liew.

Hal sama turut dimaklumkan oleh Herdianshah Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Sabah bahawa semua tanah ini untuk projek pembangunan rakyat bukan keuntungan dan diberihakmilik secara pajakan 99 tahun sahaja. Ia termasuk tanah persendirian yang ditukar milik kepada Kerajaan Negeri sebelum diberi hakmiik semula kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. 

Persoalannya mengapa Azis Jamman cuba mengelirukan rakyat? Sedangkan sebagai Timbalan Menteri KDN beliau juga tahu mengenai projek pembangunan rakyat dan juga perolehan tanah. Ini mencerminkan ‘minda dungu’ pemimpin Warisan.

Pembantu Menteri Kewangan selar Azis Jamman

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tawau, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan menjawap tohmahan Ketua Wira Warisan berkata Datuk Azis Jamman membuat kenyataan mengelirukan mengenai pemberian hampir 2,000 hektar tanah kerajaan negeri kepada agensi Persekutuan di Sabah.

Nizam yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri menyatakan bahawa Azis secara sengaja cuba mempolitikkan isu itu untuk mengelirukan rakyat bahawa kerajaan negeri telah memberi sejumlah besar tanah kepada agensi Persekutuan.

Azis sepatutnya maklum bahawa sebahagian besar geran tanah yang diberikan kepada agensi Persekutuan pada 18 Februari 2021, sebenarnya sudah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, klinik dan balai polis, tetapi sebaliknya dia cuba memutarbelitkan fakta berkenaan.

Geran PANTAS

Azis mendakwa kerajaan Warisan pada masa lalu yang menyerahkan geran tanah adat (native land title) kepada kepada orang kampung sebanyak 10,000 ekar sejak tahun 2019-2020, Nizam berkata ia sama seperti “Lembu punya susu,sapi dapat nama”.

Faktanya tanah-tanah itu diukur dan sudah diberi kelulusan oleh kerajaan BN sebelum ini dan Azis tahu proses itu mengambil masa panjang, justeru geran itu hanya boleh dikeluarkan sekitar tahun 2019-2020.

“Amat memalukan lagi apabila Azis dan kerajaan Warisan secara terang mengaku bahawa pemberian geran tanah 10,000 ekar yang diberi kepada penduduk kampung pada masa itu adalah usaha mereka,” katanya.

Merujuk kepada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang dilaksanakan pada tahun 2011, Nizam mengatakan bahawa program itu telah berjaya mengukur tanah NCR untuk memastikan hak orang asal untuk memiliki tanah yang menjadi tempat tinggal dan bekerja dilindungi.

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM20 juta kepada kerajaan GRS tahun ini untuk memastikan lebih banyak tanah adat (native land) dapat diukur sekali gus hak milik tanah dapat diberikan kepada sebilangan besar penduduk luar bandar. Pada tahun lalu, peruntukan hanya RM7.5 juta.

Azis Jamman Warisan ‘Kaki Claim’

Sejarah membuktikan Azis Jamman memang ‘kaki claim’. Untuk rekod Sejak 2011-2017 (tempoh 6 Tahun), kerajaan BN ketika itu telah menganugerahkan 89,294.58 ekar iaitu merangkumi 21,408 lot atau geran NT yang melibatkan 21,408 bilangan ketua rumah di 15 daerah seluruh negeri Sabah. Manakala geran komunal pula telah dianugerahkan kepada 10,636 peserta/beneficiaries dengan keluasan 122,048.03 melalui 73 geran di 12 buah daerah di seluruh negeri Sabah.

Menurut Azis Jamman pada Mac 2018 sebelum PRU14 Kerajaan Warisanlah pendesak kepada kelulusan tanah itu walaupun tahu parti Warisan hanya ditubuhkan pada 13 Oktober 2016.

[ARTIKEL BERKAITAN- Geran Tanah:Tak malukah Wira Warisan nak ambil kredit atas Dasar yang lama Musa laksanakan? ]

 

Faktanya jelas program PANTAS diperkenal kerajaan BN. JTU ketika itu telah melaksanakan Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah(PANTAS) bagi memproses permohonan-permohonan tanah oleh rakyat negeri Sabah bagi kategori Native Customary Rights(NCR) dan geran komunal.

Sejak Jun 2015 hingga Januari 2017, (Sebelum PRU 14 Mei 2018) JTU telah menubuhkan 29 pasukan dan telah meninjau 2,141 bidang tanah yang telah dipohon. Pada tahun 2018 saja, PANTAS telah menerima peruntukan dari kerajaan persekutuan sebanyak RM20 juta di bawah Program Khas Anak Negeri(PKAN) bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan rakyat(peruntukan yang sama juga diperolehi pada tahun-tahun sebelum ini).

Shafie Apdal hanya ‘tukang serah tanah’ kempen PRN Sabah

Hanya pada ogos 2020 sebelum PRN Sabah, Shafie Apdal dan Warisan sibuk mahu menyerahkan geran yang telah disukat sejak zaman BN itu. Muncullah Shafie dan Azis Jamman jadi ‘kaki claim’ kononnya tanah disukat 5 tahun lalu melalui PANTAS kerja warisan walaupun tahu Warisan merampas kuasa hanya pada 12 Mei 2018.

Shafie Apdal ketika kempen PRN Sabah berusaha keras menggunakan pemberian tanah ini walaupun dikecam pelbagai NGO sebagai salah guna kuasa.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie dikritik NGO serah geran ‘beli undi’ PRN, SPRM digesa siasat SKN sekongkol isu tanah ]

Pemberian tanah ‘claim’ di kawasan luar bandar nampaknya tidak lah berkesan kepada Warisan dalam kempen PRN Sabah. Warisan tetap kalah banyak di kawasan luar bandar khususnya kawasan KDM.

Apakah akan berlaku selepas ini agaknya jika Kerajaan GRS menggunakan sepenuhnya program PANTAS pemberian tanah ini kepada rakyat sebelum atau menjelang PRN?

Warisan lupa mahu sediakan pulau untuk PATI!

Sementara itu Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Joniston Bangkuai Azis Jamman perlu berhenti memutar belit dan jadi ‘kaki claim’.

Geran tanah persekutuan adalah untuk projek pembangunan rakyat. Jangan nafikan hak orang Sabah terhadap kemudahan yang dibiayai persekutuan.

“Ketua Menteri Hajiji Noor telah menerangkan ia dilakukan mengikut prosedur dan untuk manfaat rakyat Sabah, dengan tanah berkenaan untuk sekolah, hospital, balai polis serta kemudahan awam lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih teruk Azis Jamman mungkin lupa katanya perancangan presiden Warisan Shafie Apdal untuk menempatkan semula pendatang tanpa dokumen di satu pulau di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- PTI diberi dokumen dan Pulau Penempatan jika kemasukan beramai-ramai- Shafie Apdal ]

“Kerajaan negeri diketuai Warisan mahu menyediakan pulau untuk migran seperti itu, tetapi kini Azis mempertikaikan kelulusan tanah untuk projek yang dibiayai sepenuhnya kerajaan persekutuan, yang pasti memanfaatkan penduduk tempatan,” katanya.

PTI diberi dokumen dan Pulau Penempatan jika kemasukan beramai-ramai- Shafie Apdal

Bangkuai juga meminta Azis berhenti bercakap besar mengenai penyerahan lebih 10,000 hak milik tanah kepada penduduk kampung ketika pentadbiran Warisan. Semua tu program tanah PANTAS zaman BN.

Pajakan Tanah 99 tahun kepada 999 tahun

Untuk rekod kejayaan Warisan bagi tanah hanyalah memanjangkan pajakan tanah daripada 99 tahun kepada 999 tahun yang diumumkan oleh Shafie Apdal pada ogos 2020 sebelum PRN Sabah.

Shafie sendiri mengaku tempoh pajakan 99 tahun untuk membantu pemaju hartanah dan kontraktor.

"Saya bincang dalam Kabinet (Sabah), ada kes mahkamah, saya tahu kes mahkamah, kita boleh rayu lawan mahkamah tapi saya tahu saya perlu bantu usahawan dan pemaju.

 

 

 

Oleh: Fikri Hassan

7 Comments