Jabatan Integriti tidak jejas fungsi SPRM
22:01 Jan 18, 2018  |  By SabahKini2
Jabatan Integriti tidak jejas fungsi SPRM

Hari ini dalam satu kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mewujudkan unit pemantauan khas untuk terus memantau isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa di agensi kerajaan berisiko tinggi, sederhana dan rendah.

PUTRAJAYA: Sabahkini2 pada 2 Januari lalu telah mendedahkan "PTD ambil alih tugas pegawai SPRM di Unit Integriti Kementerian dan Jabatan" ekoran penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN). 

Hari ini dalam satu kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mewujudkan unit pemantauan khas untuk terus memantau isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa di agensi kerajaan berisiko tinggi, sederhana dan rendah.

SPRM berkata Pegawai Integriti Bertauliah SPRM akan digantikan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di unit integriti agensi kerajaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) baru-baru ini.

“Selaras dengan fungsi pencegahan bawah akta SPRM, SPRM akan terus memastikan tadbir urus agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

SPRM juga menegaskan penubuhan JITN tidak sama sekali menjejaskan fungsi dan tanggungjawab SPRM dalam usaha memerangi rasuah untuk memastikan agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Comment