Terbukti Lim Guan Eng, pemimpin PH rasuah, mengapa PH salahkan SPRM dan agensi?
09:03 Mar 07, 2021  |  By SabahKini2
Terbukti Lim Guan Eng, pemimpin PH rasuah, mengapa PH salahkan SPRM dan agensi?

Benarkah agensi sebagai 'senjata politik'? Sama ada Kerajaan BN, PH dan PN agensi seperti SPRM dan LHDN terus melaksanakan tugas mereka. Bukankah di Zaman PH, pemimpin politik juga didakwa, disiasat, direman malah rumah mereka diserbu. Adil bukan?

Seperti PH terlupa apa mereka lakukan kepada musuh politik mereka, Najib, Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Azeez Rahim, Tengku Adnan, Bung Moktar dan lain-lain lagi yang diserbu rumah, seret ke mahkamah selepas PH berkuasa, hari ini PH mendakwa terdapat usaha menggunakan agensi kerajaan untuk memberi tekanan kepada ahli Parlimen pembangkang agar menyokong Perikatan Nasional (PN).

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan mendakwa pihaknya difahamkan antara agensi yang dijadikan "senjata politik" adalah polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, melibatkan ahli Parlimen pembangkang, pegawai serta ahli keluarga mereka.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

 

Isu Rasuah PH

Isu rasuah pemimpin PH, pegawai dan isteri mereka bukan baru. Lim Guan Eng sendiri pernah didakwa di mahkamah sebelum digugurkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas. Pendakwaan Lim Guan Eng, isterinya Betty Chia dan Phang Li Khoon hanya menyambung kes rasuah yang tertangguh sebelum ini. Ia bukan pendakwaan politik. Kes ini sepatutnya sudah melalui perbicaraan tetapi PH menggugurkannya.

[ARTIKEL BERKAITAN-Guan Eng didakwa kes terowong, Isterinya Betty, Phang Li Koon Pengarah Excel Property pula kes AMLA ]

[ARTIKEL BERKAITAN - Kes Rasuah Terowong: Lim Guan Eng didakwa lagi minta suapan RM3.3 juta]

Guan Eng didakwa kes terowong, Isterinya Betty, Phang Li Koon Pengarah Excel Property pula kes AMLA

 

Begitu juga pendakwaan kes rasuah bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan Datuk Mohamaddin Ketapi, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 29 bersama tunangnya dihadapkan ke mahkamah ogos di atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada syarikat yang mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah MOTAC.

 [ARTIKEL BERKAITAN - Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta ]

 [ARTIKEL BERKAITAN - Rasuah RM3.7 juta Bekas Setiausaha Sulit Mohammadin Ketapi ditahan SPRM ]

 [ARTIKEL BERKAITAN - Anak Bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal didakwa rasuah lagi RM106,500 ]

Anak Bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal didakwa rasuah lagi RM106,500

Tidak kurang hangatnya ialah kes rasuah Setiausaha Politik Mat Sabu, Mohd Azhar Che Mat Dali kes rasuah RM6.35 juta dan RM130,000 Kementerian Pertahanan (Kementah) sangat serius kerana melibatkan bekas ketua pengarah perisikan pertahanan Leftenan Jeneral Sheikh Moksin Sheikh Hassan serta dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur oktober 2020.

[ARTIKEL BERKAITAN- Azhar bekas SUPOL Mat Sabu berdepan 5 pertuduhan rasuah RM6.35 juta ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Rasuah SUPOL Mat Sabu, Pegawai Risikan Pertahanan bahayakan negara ]

Azhar bekas SUPOL Mat Sabu berdepan 5 pertuduhan rasuah RM6.35 juta

Bayangkan pegawai perisikan ATM pun rasuah

Skandal Rasuah SUPOL Mat Sabu, Pegawai Risikan Pertahanan bahayakan negara

Kes rasuah tertangguh sejak 2017 ialah Kes Pecah Amanah mencuri wang RISDA RM15.5 juta melibatkan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga Menteri JKR Sabah bersama peguamnya Michael P Ubu didakwa Jun 2020. Michael P Ubu lari ke luar negara bagaimanapun berjaya ditangkap selepas kembali secara 'curi-curi' ke Malaysia dibantu Shafie Apdal Warisan. Bukan itu sahaja Peter turut didakwa kes menipu dokumen tuntutan palsu UMS

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Anthony didakwa lagi pecah amanah bersubahat Michael Ubu ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA libatkan wang RM19.5 Juta ]

Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA  libatkan wang RM19.5 Juta

Datuk Peter Anthony dilaporkan memohon kepada mahkamah bagi membatalkan kes rasuahnya  walaupun jelas dana RISDA itu dimasukkan ke dalam akaun syarikatnya Asli Jati Engineering Sdn Bhd. 

Terbaru 16 Febuari lalu kes rasuah melibatkan bekas menteri air, tanah dan sumber asli Dr Xavier JayaKumar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan timbalan pengerusi PKR Perak M.A Tinagaran yang juga pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas. 

SPRM  merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat selain kereta rasminya semasa menjadi menteri. Beberapa akaun bank milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta juga turut dibekukan 

ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Rasuah AP Pasir Bekas Menteri PKR Xavier, Pegawai khas ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas! ]

Terbukti Rasuah AP Pasir Bekas Menteri PKR Xavier, Pegawai khas ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas!

Ada banyak lagi kes pemimpin PH yang sedang disiasat Polis, LHDN dan pembekuan wang oleh SPRM.

Oleh itu saranan Majlis Presiden PH untuk tidak menggunakan agensi sebagai ‘senjata politik’ untuk menekan mereka adalah satu perkara sangat dangkal.

Dakwaan ugutan dan umpan habuan samada berkait isu cukai pendapatan, siasatan polis dan SPRM atau melalui tawaran projek dan jawatan dalam GLC adalah tidak benar.

Setakat ini Polis, SPRM dan LHDN menafikan mereka sebagai 'senjata' menekan ahli politik Malaysia. 

Ia adalah proses biasa pemimpin yang melakukan rasuah ditahan dan disiasat pihak berkuasa. Sama ada Kerajaan BN, PH dan kini PN agensi kerajaan seperti SPRM terus melaksanakan tugas mereka.

 

8 Comments