Susun semula rumah atas air, Semporna terbakar apa Shafie Warisan buat?
14:03 Mar 14, 2021  |  By SabahKini2
Susun semula rumah atas air, Semporna terbakar apa Shafie Warisan buat?

Warisan sinonim dengan kebakaran. 2 tahun berkuasa lebih 40 kebakaran berlaku termasuk Kg Air Semporna. Sekarang Shafie minta kerajaan susun semula kg air. Masa berkuasa dulu Shafie dan Warisan buat apa?

Ketika Warisan berkuasa menjadi Kerajaan negeri berapa agaknya kebakaran berlaku di Sabah? Boleh dikatakan setiap minggu berlaku kebakaran.

Sebulan selepas berkuasa pada 27 Jun 2018, seramai 1,224 penghuni hilang tempat tinggal apabila 125 rumah di Kampung Gas, Sandakan terbakar, disusuli 150 penduduk tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran 30 rumah di Kampung Sarip, Lahad Datu, 9 Julai lalu.

24 Julai tahun sama kira-kira 150 rumah di Kampung Cenderamata Dua di Likas, terbakar mengakibatkan hampir 800 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Kebakaran setinggan di Kg Likas mengundang kontroversi apabila mangsa cuba dipindahkan ke tanah tradisi Bajau di Kg Darau. Penduduk Sepanggar Kg Darau menentang rancangan Azis Jamman dan Warisan ketika itu. Akhirnya pemindahan itu dibatalkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar]

[ARTIKEL BERKAITAN- Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar ]

Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar

Sekitar 1 Ogos 2018 Shafie Apdal dikejutkan Lebih 300 buah rumah dan 2,000 mangsa terlibat dalam kebakaran di Kampung Air Hujung Semporna.

Menurut laporan ketika Warisan berkuasa tahun 2018 sahaja kira-kira 20 kebakaran berlaku dalam tempoh setahun dan tempoh 2 tahun lebih 40 kebakaran direkodkan.

Setiap kali selepas kebakaran Shafie Apdal dan Warisan akan mengumumkan pemberian tanah baru dan juga pemberian segera kad pengenalan terbakar.

Begitu banyak kebakaran termasuk di kampung air dan juga di Parlimen Semporna tidak kurang kampung setinggan turut diwartakan.

Banyak lagi kebakaran seperti di KeningauSandakanPutatanTawau dan banyak lagi.

Kini Shafie Apdal Warisan cadang kampung air tersusun?

Baru-baru ini berlaku kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.  Lebih 70 buah rumah terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal.

Kerajaan negeri telah menyediakan penempatan sementara dan juga segala bantuan kepada pihak yang terlibat.  

Hari ini Shafie Apdal dan Warisan datang ke Kampung Lok Urai, Pulau Gaya dan tiba-tiba menjadi terus ‘lebih pandai’ berbanding mereka menjadi kerajaan dulu.

Shafie Apdal dalam satu kenyataan media berkata kerajaan negeri disaran untuk menyusun semula rancangan pembangunan rumah-rumah atas air di kawasan tebing laut dan kepulauan bagi memastikan insiden kebakaran dapat ditangani dengan baik. Kebakaran harus dijadikan iktibar bagi menyusun semula struktur rumah di pulau-pulau.

Persoalannya apa Warisan buat ketika menjadi kerajaan? Shafie sendiri kawasan Semporna yang terbakar pun sehingga sekarang beliau tidak sempat Menyusun perkampungan itu sebagaimana yang beliau syorkan. Malah ada laporan mangsa kebakaran masih tinggal di penempatan sementara 'kontena'. 

Apa tugas Junz Wong selaku Adun Tanjung Aru mengambil perhatian apa yang sepatutnya Warisan buat sejak 26 bulan lalu. Sekarang Warisan berkata seolah-oleh Kerajaan GRS sudah berkuasa lebih dua tahun.

Tugas membantu rakyat tidak kira pelbagai parti dialu-alukan. Sesiapa juga boleh membantu dengan cara masing-masing daripada kerajaan, pembangkang dan juga NGO.

Namun sikap pandai cakap  tetapi tidak serupa bikin ketika berkuasa tak buat sesuatu yang memalukan diri sendiri.

6 Comments