Tidak hirau wabak menular, Polis tahan 34 komuniti Palauh mengemis di Lahad Datu
23:03 Mar 15, 2021  |  By SabahKini2
Tidak hirau wabak menular, Polis tahan 34 komuniti Palauh mengemis di Lahad Datu

Berita tepat mengenai Palauh Lahad Datu ialah ditangkap kerana langgar SOP dan boleh menularkan wabak Covid-19. Bukan dikompaun RM10,000. Sebelum ini beberapa kluster di Sabah dikait Palauh. Jadi pengemis dan peminta sedekah perlu diselesaikan

LAHAD DATU- Polis menahan 34 komuniti Palauh termasuk 25 kanak-kanak yang menjalankan aktiviti mengemis di dua persimpangan lampu isyarat, di Jalan Bunga Raya dan Bandar Sri Perdana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata dalam Op COVID-19 selama sejam bermula 12 tengah hari itu, mereka yang ditahan termasuk sembilan wanita dan kanak-kanak, berumur antara dua hingga 41 tahun.

"Mereka ini tidak menghiraukan risiko jangkitan wabak COVID-19 dan boleh mengakibatkan penularan pandemik serta dianggap mencabar undang-undang sedia ada dengan berlindung atas status tanpa warganegara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Komuniti Palauh atau lebih dikenali sebagai 'Bajau Laut' sering menjalani kehidupan secara nomad di laut sekitar Sabah.

Menurut Rohan Shah kesemua tahanan akan disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan)(No.3) 2021 kerana tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

Sementara itu, katanya warga tempatan dinasihatkan agar tidak memberi sedekah kepada pengemis di jalan raya terutamanya di kawasan lampu isyarat yang boleh menganggu lalu lintas.

"Tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Kesalahan Dalam Kaedah-kaedah Lalulintas: Kaedah 41 LN 166/59 yang memperuntukan bahawa pejalan kaki tidak boleh berlengah-lengah di lintasan jalan," katanya.

Bagaimanapun dakwaan bahawa komuniti Palauh itu dikompaun RM10,00 adalah tidak tepat. Semua ditangkap atas sebab tidak mengikut SOP sampil meminta sedekah yang boleh membahayakan orang ramai. Sebelum ini dilaporkan terdapat kluster Palauh yang postif Covid-19
 
Di Kota Kinabalu baru-baru ini Penguatkuasa turut menahan komuniti Palauh yang tinggal secara haram di Sembulan menyebabkan penduduk di kawasan itu bimbang keselamatan mereka. 
 
8 Comments