(VIDEO) Tidak perlu hina kami kalau tidak suka. Jangan ingat kami boleh menjaga trafik sahaja - KP Rela
00:01 Jan 21, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Tidak perlu hina kami kalau tidak suka. Jangan ingat kami boleh menjaga trafik sahaja - KP Rela

Shafie Apdal seronok menghina anggota Rela tapi hari ini Kerajaan Sabah mengumumkan memberi sumbangan sebanyak RM6 juta

VIDEO 1: Dengarkan ucapan KP RELA mengecam Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin menyelar sikap Shafie Apdal yang tergamak menghina tugas anggota Rela.

“ Tidak perlu hina kami kalau tidak suka. Jangan ingat kami boleh menjaga trafik sahaja atau kenduri kahwin. Lebih dari itu kami boleh. Apa salahnya dengan melakukan kawalan dan jaga trafik demi kesejahteraan rakyat?.  Saya gesa semua anggota Rela membuktikan dakwaan itu salah.

“Ketika berdepan bahaya dan musuh, Rela tidak akan berganjak. Kami akan terus memberi perkhidmatan kami dengan penuh kesetiaan.” Katanya

Zulkifli menjelaskan tugas Rela di Esszone hanyalah berbentuk rondaan, bukan diperbatasan atau di barisan utama jadi mereka tidak perlulah anggota Rela menggunakan senapang dan bom kerana biarlah polis dan tentera berada di barisan hadapan.

"Kalau tidak jelas, saya minta tanyalah dahulu jangan cakap sembarangan, jangan mengelirukan rakyat dan yang penting jangan hina kami, jangan pandang rendah pada kami, kami juga ada hati, kami juga ada taman dalam hati". 

15 Januari lalu Sabahkini2 memuat naik video berdurasi 0.21 saat rakaman ucapan Shafie Apdal mengandungi kenyataan Shafie berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran  yang memperlekeh dan menghina anggota dan Pegawai Rela. Ia mendapat lebih 70 komen setakat Rabu lalu

Lebih 20 laporan polis oleh anggota Rela dibuat seluruh negara terhadap Shafie Apdal berhubung penghinaan peranan Rela.

Shafie Apdal seronok menghina anggota Rela tapi hari ini Kerajaan Sabah mengumumkan memberi sumbangan sebanyak RM6 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) negeri Sabah bukti kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan dan jasa anggota jabatan Rela.

 Sementara itu Kerajaan negeri dengan sukacita bersetuju memberi sumbangan ini agar Rela dapat membeli uniform dan peralatan lain bagi memudahkan penugasan di Esszone.

Musa juga berkata, kerajaan negeri turut bersetuju menyediakan tapak membina sebuah lagi pusat latihan Rela bagi pantai timur Sabah. Kerajaan Negeri memberikan 20 hektar untuk tapak pusat latihan kedua Rela itu.

 

2 Comments