RM28.45 juta, 100 jongkong emas dirampas! ‘Mr Chung’ pukul pengawal terlibat ahlong, ‘kaki dadah’, seludup, judi haram
16:04 Apr 15, 2021  |  By SabahKini2
 RM28.45 juta, 100 jongkong emas dirampas! ‘Mr Chung’ pukul pengawal terlibat ahlong, ‘kaki dadah’, seludup, judi haram

Siapa sangka dengan memukul 'bodyguard' mendedahkan semua siapa Mr Chung Chee Yang. Menurut sumber Mr Chung bukan saja 'kaki dadah' tetapi penyeludup, judi haram dan ahlong. Mesti ada sebab 'bodyguard' tubuh besar tidak memukul kembali bosnya! dan..

Susulan isu dua pengawal keselamatan peribadi yang dipukul serta diacukan pistol oleh majikannya Mr Chung Chee Yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka berpuasa yang ditahan polis kini berhadapan kes baru.

Menurut sumber majikan Mr Chung dan  3 lagi suspek lain positif dadah ketika melakukan penderaan itu.  Majikan merupakan jenis ‘kaki dadah’.

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Bodyguard' dirotan, diacu pistol, agama dihina kerana berpuasa ]

'Bodyguard' dirotan, diacu pistol, agama dihina kerana berpuasa

Bertubuh besar tetapi didera..telah lama bekerja dengan Mr Chung mesti ada sebab bertahan dan membuat laporan

Hari ini selepas serbuan Polis Diraja Malaysia ke rumah suspek polis merampas 100 jongkong emas seberat satu kilogram setiap satu yang ditemui dalam rumah Mr Chung terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Akhirnya terbongkar kegiatan haram. Mr Chung dan 3 lagi yang direman

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan perkara itu.

Polis turut merampas wang tunai dolar Amerika berjumlah 12,500 keping.

Selain itu polis turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru daripada seorang pengawal peribadi dan kepunyaan syarikat kawalan keselamatan GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd

“Lesen ini kita akan membuat siasatan lanjut. Kita juga merampas 5 telefon bimbit dan juga rotan yang digunakan,” katanya.

 

Arjunaidi berkata, keseluruhan jumlah rampasan bernilai RM28.45 juta.

Mr Chung dan 3 ‘budaknya’ direman lima hingga tujuh hari bermula hari ini.

Penemuan baru syarikat Mr Chung itu terbabit dengan aktiviti penyeludupan, ahlong dan judi haram.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Solehah Noratikah Ismail selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia ( PDRM ).

Sebelum ini keempat-empat suspek itu ditahan bermula pukul 9 malam di sekitar Kelang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 506 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Ketika ditanya sebarang kemungkinan terlibat dalam Geng Nicky, Arjuandi menegaskan siasatan semua sudut sedang dijalankan dengan pihaknya juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang (APPW) 1951.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan tiada sebarang unsur perkauman atau agama sebaliknya lebih kepada peribadi dan terpencil serta tidak rancang pihak tertentu.

Ada kemungkinan mereka juga boleh disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya dan kes penyeludupan.

Nota: Elok juga polis siasat syarikat yang memberikan khidmat kawalan pengawal peribadi ni. Betul ke lesen mereka ni. Badan gemuk layak ke jadi 'Bodyguard'. Bodyguard macam ni capai tahap piawaian tak?

3 Comments