172 Kes Sabah naik mendadak tetapi Azis Jamman Warisan mahu pasar malam dibuka
00:04 Apr 22, 2021  |  By SabahKini2
172 Kes Sabah naik mendadak tetapi Azis Jamman Warisan mahu pasar malam dibuka

Selepas gelombang ketiga Sabah berjaya menurunkan kes sehingga 29 kes. Namun kini selepas semua dibuka kes Covid-19 kembali naik mencanak menghampiri 200 kes. PKPD dikenakan dibeberapa daerah namun Warisan sibuk desak kerajaan buka pasar malam

KOTA KINABALU : Kes harian Covid-19 di Sabah pada Rabu meningkat secara mendadak kepada 172 kes berbanding 82 kes semalam disebabkan kes baharu dari Kluster Khidmat yang melibatkan sekolah berasrama penuh di Kota Kinabalu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, daripada 82 kes baharu di Kota Kinabalu, 72 kes adalah dari Kluster Khidmat, dan sekolah terlibat sudah berada diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Selain Kota Kinabalu, kes baharu juga dikesan di Tawau, Lahad Datu, dan Putatan,” katanya dalam perkongsian Twitternya

Sebelum ini Daerah Tawau mencatatkan kes tinggi Sabah sehingga PKPD terpaksa dilakukan di pelbagai kawasan.

Berdasarkan statistik sejak 30 Mac 2021 sehingga 16 April 2021, Tawau telah mencatatkan laporan kes jangkitan baharu tertinggi setiap hari. Dari jumlah 23 kes pada 30 Mac 2021, meningkat kepada 78 kes pada 9 April dan kemudian 87 kes pada 10 April dan pada Khamis lalu (15 April), jumlah itu kekal pada 58 kes malah pada 17 April mencatatkan rekod hampir 100 kes.

Dikala Tawau mencecah kes tertinggi pemimpin Warisan Tawau mengadakan kempen membantah PKPD di Tawau segera ditamatkan

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan Tawau mahu PKP ditamatkan walaupun kes Covid-19 cecah hampir 100 sehari ]

Warisan tidak peduli kes Covid-19 naik yang penting buka perniagaan

Terdahulu sekalipun kes Kota Kinabalu, Tawau dan beberapa daerah terus naik mendadak Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman, mendesak Kerajaan Sabah membuka semula operasi pasar malam, pasar mingguan dan tamu di kawasan bandar raya Kota Kinabalu selama dua minggu sempena bulan Ramadhan.

“Mereka ini mencari sumber pendapatan menerusi jualan ketika bulan Ramadan. Ramai penduduk bukan sahaja dari Parlimen Sepanggar malah di kawasan sekitar Kota Kinabalu menghubungi saya dan meminta saya selaku wakil rakyat menyuarakan permasalahan yang mereka hadapi,” katanya dalam satu kenyataan

Penutupan sementara pasar malam tidak dapat dielakkan susulan kes terus naik mendadak. Pasar malam jika dibuka memerlukan pihak penganjur mengambil serius pelaksanaan SOP yang sangat ketat.

Kerajaan Sabah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah diarah supaya mengkaji semula aktiviti perniagaan penjaja dalam usaha menangani penularan COVID-19 berpunca daripada kehadiran orang ramai yang tidak terkawal. Ia termasuk pasar malam, pasar am, pasar mingguan, tamu, gerai dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.

Seperti yang semua pihak maklum kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti Bazar Ramadan di Sabah pada tahun ini disebabkan kes COVID-19 di negeri ini belum stabil dan muncul beberapa lagi kluster baharu setiap hari.

PKPD UMS dilanjutkan

18 April lalu kerajaan mengumumkan PKPD di UMS dilanjutkan lagi sehingga 2 Mei 2021.

Sehingga kini dilaporkan KKM telah melaksanakan 4,524 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 28 kes positif COVID-19 telah direkodkan di UMS. Kemungkinan jumlah ini akan terus meningkat sebagaimana di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu.

KKM melaporkan masih berlaku penularan jangkitan secara berterusan dalam kalangan penghuni asrama tersebut serta terdapat sejumlah 1,956 sampel saringan yang belum mendapat keputusan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bahana 'degil' 19 mahasiswa positif, kini tiga Kolej Kediaman UMS dikenakan PKPD

 

 

 

7 Comments