RELA sudah lama diperkasa dengan bajet hampir RM250 juta setahun! Shafie tidak akan minta maaf!
14:01 Jan 22, 2018  |  By SabahKini2
RELA sudah lama diperkasa dengan bajet hampir RM250 juta setahun! Shafie tidak akan minta maaf!

Dari dahulu RELA dinaiktaraf dan diberi peruntukan sekarang Parti Warisan mengaku kerana dia

RELA sudah lama dinaik taraf dan mendapat peruntukan besar. Jadi tidak wajar menghina RELA. Hari ini Shafie kekal tidak mahu meminta maaf kepada RELA.

Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal dalam sidang medianya hari ini kekal mempertahankan hujahnya menghina RELA dan hanya layak menjaga kelancaran trafik ketika majlis keraian.

Beliau bertegas tidak akan meminta maaf atas kenyataannya meskipun Rela berkhidmat untuk negara dan sanggup mempertaruhkan nyawa mempertahankan tanahair daripada diceroboh.

Shafie berkata, pasukan beruniform itu tidak mempunyai kredibiliti untuk membantu pihak berkuasa menjaga kedaulatan negara daripada diceroboh kerana tiada kepakaran.

Shafie tidak mahu menerima penghargaan kerajaan terhadap Rela apabila  Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bersetuju menugaskan anggota RELA sebagai pasukan barisan kedua kepada pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Esszone.

“Saya nampak, peranan mereka hanya menjaga trafik dan mengambil bahagian dalam majlis keraian seperti kenduri rakyat. Katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Presiden Warisan dan para penyokongnya itu nampaknya tidak dibekalkan maklumat tepat tentang RELA. Beliau hanya tahu menghina tanpa tahu peranan RELA.

RELA DIPERKASA

Menurut maklumat, Rela adalah berasal daripada Pasukan Home Guard yang ditubuhkan bertujuan bagi menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan telah dibubarkan selepas darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Meningkatkan peranan RELA pada 11 Januari 1972 kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964.

Pada tahun 2005 hingga 2012, RELA telah diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat 1964 untuk melaksanakan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Kuasa yang diberikan kepada RELA telah dilaksanakan dengan sebaiknya untuk membanteras PATI supaya keamanan negara dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Pada 22 Jun 2012, RELA telah dijenamakan semula dengan pemansuhan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan ditukarkan kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia berdasarkan Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) yang berteraskan konsep 5K 1P iaitu Keamanan, Keselamatan, Kesejahteraan, Kehamornian, Kesatuan dan Perpaduan.

Bermula pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selepas diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menerima peruntukan mengurus berjumlah RM112 juta menerusi Bajet 2017.

Rela begitu memberi  tumpuan pada isu dan hal kebajikan anggotanya. Dalam Bajet 2018 bagi menghargai RELA  yang membantu masyarakat selama ini, Kerajaan menyediakan peruntukan yang paling tinggi, iaitu hampir 250 juta ringgit bagi kelengkapan keperluan, termasuk pakaian seragam.

 

Lagi usaha Kerajaan Persekutuan dan Negeri membantu RELA

Pada 11 Feb 2016 Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM12 juta dalam tempoh dua tahun diberikan kepada RELA Sabah bagi mendapatkan kelengkapan seragam untuk 40,000 anggota di negeri ini yang belum menerimanya.

Pada tahun tersebut juga kerajaan negeri telah menyediakan sebidang tanah berkeluasan lapan hektar di Sandakan yang akan dibangunkan pusat latihan RELA negeri sebagaimana pengumuman Tan Sri Musa baru-baru ini.

Peruntukan itu adalah RM6 juta daripada kerajaan negeri dan RM6 juta lagi melalui kementerian. Sebanyak RM6 juta itu akan diberikan tahun 2016 manakala RM6 juta lagi pada tahun 2017 bagi memastikan 40,000 lagi anggota RELA mendapat uniform.

Peruntukan ini adalah komitmen kerajaan bagi memperkasakan Rela, jika dulu RELA diperlekehkan sebagai hanya menjaga majlis perkahwinan dan bantu polis kawal lalu lintas, kini kita boleh berbangga sebagai anggota yang sedia berbakti demi kedaulatan negara. Kata Zahid Hamidi

Pada 29 September 2017, Jabatan Sukarelawan tentunya berbangga apabila kerajaan bersetuju menggerakkan 6,148 pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi membantu operasi pemantauan pasukan keselamatan di 10 daerah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Perintisnya adalah 500 orang yang dilatih bagi tujuan perisikan serta komuniti di kawasan Esszone.

Kerajaan menjelaskan anggota RELA akan kekal menjadi barisan kedua pertahanan di ESSZONE, manakala agensi keselamatan lain kekal sebagai pasukan utama pemantauan dan operasi di kawasan terbabit.

"Mereka (anggota RELA) tahu bentuk muka bumi selain lebih memahami setiap kawasan di situ (ESSZONE).

Apa hak Shafie Hina RELA

Seperti kata Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin menyelar sikap Shafie Apdal yang tergamak menghina tugas anggota RELA

“Tidak perlu hina kami kalau tidak suka. Jangan ingat kami boleh menjaga trafik sahaja atau kenduri kahwin. Lebih dari itu kami boleh. 

RELA mempunyai anggota 3.05 juta penghinaan itu tentu mengguris hati mereka.

Sementera itu Penyokong Warisan berkata kerana teguran Shafie lah RELA menerima pelbagai peruntukan. Tentunya pendapat itu salah kerana RELA selama ini memang mendapat banyak peruntukan untuk kebajikan ahli-ahlinya.

Bagaimana seorang penghina boleh melihat ini sebagai usahanya sedangkan ini mengguris hati anggota RELA. Ketua Menteri Sabah selaku ahli Kehormat RELA sudah tentu membetulkan tanggapan terhadap RELA itu.

Jadi bukan perkara menghairankan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini menambah lagi RM 6 juta peruntukan membantu RELA selain mengumumkan semula lokasi tanah menjadi 20 hektar bagi Pusat Latihan RELA itu.

Yang pasti yang dapat undi adalah Musa Aman, parti BN dan yang mendedahkan awal ialah portal Sabahkini2 yang dikongsi oleh pelbagai pihak.

Di mana menangnya Shafie Apdal dalam isu RELA? 300 ribu RELA berdaftar di Sabah pasti mereka terguris. Siapa untung?

 

1 Comment