PKPD Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu
22:04 Apr 25, 2021  |  By SabahKini2
PKPD Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu

PKPD Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, bermula 26 April hingga 9 Mei ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan itu dikuatkuasa susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di kampung berkenaan.

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, bermula 26 April hingga 9 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan itu dikuatkuasa susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di kampung berkenaan.

“KKM telah melaksanakan 74 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak enam kes positif Covid-19 direkodkan dalam tempoh satu minggu,” katanya.

Wujud klus baharu kluster Dambai Inanam kerana Majlis Pertunangan melibatkan 3 daerah iaitu Kota Kinabalu, Kuala Penyu dan Putatan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Majlis Pertunangan 'Kluster Dambai Inanam' babitkan tiga daerah - Masidi ]

Majlis Pertunangan 'Kluster Dambai Inanam' babitkan tiga daerah - Masidi

Sementara itu, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kelima-lima lokaliti di Besut,Terengganu bermula 28 April sehingga 4 Mei.

Ismail berkata masih ada kes Covid-19 baru direkodkan di kampung-kampung, iaitu Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak.

PKPD Penjara Tapah dan Kampung Meruntum, Putatan, Sabah tamat 26 April

Selain itu, PKPD yang dikenakan di Penjara Tapah dan Kampung Meruntum, Putatan, Sabah dijadualkan tamat esok, 26 April.

Ismail berkata, keadaan di Penjara Tapah kini terkawal dan kes-kes telah berkurangan. Sebanyak 921 kes telah dilaporkan di penjara.

“KKM juga memaklumkan, berlaku penurunan kes di Kampung Meruntum, manakala semua kes positif serta kontak rapat juga telah diasingkan,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, semalam polis menahan 243 individu atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 219 individu dikompaun manakala 24 lagi direman.

Antara kesalahannya ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis, tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal dan aktiviti pusat hiburan.

Comment