Menteri Agama pecat CEO TH, Pengerusi TH lobi CEO disambung kontrak
16:04 Apr 27, 2021  |  By SabahKini2
Menteri Agama pecat CEO TH, Pengerusi TH lobi CEO disambung kontrak

Akhirnya Menteri JPM (Hal Ehwal Agama) menamatkan khidmat Nik Mohd Hasyudeen sebagai CEO TH berkuatkuasa 5 Mei 2021 selepas sekian lama CEO lantikan PH itu kontroversi. Siapa pengganti CEO masih misteri. Bagaimanapun..

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Dzulkifli Mohamad telah menamatkan perkhidmatan Nik Mohd Hasyudeen sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH berkuatkuasa 5 Mei 2021 dengan notis sebulan gaji. Penamatan itu selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 6 (5) Akta Tabung Haji 1995.

Dalam satu surat Menteri JPM bertarikh 5 April 2021 itu mengesahkan desas-desus  penamatan  Nik Mohd Hasyudeen sebagai CEO Tabung Haji. 

Walaubagaimanapun desas-desus pelantikan Datuk Seri Amrin Awaludin Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Holdings Bhd bakal menerajui Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) belum dapat disahkan

Nik Mohd Hasyudeen lantikan Mujahid Menteri Agama parti Amanah sudah dijangka bakal dipecat berhubung  kontroversi yang dicetuskan beliau ketika mengemudi Tabung Haji.

Sabahkini2 mendedahkannya berleluasanya kroni, salahguna kuasa rasuah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH itu dalam satu surat yang tular di laman sosial. 

[ARTIKEL BERKAITAN - Kroni, salahgunakuasa rasuah, CEO TH 'Lantikan PH' bakal ditamatkan?

 Kroni, salahgunakuasa rasuah, CEO TH 'Lantikan PH' bakal ditamatkan?

Bagaimanapun sumber memaklumkan terdapat usaha daripada Pengerusi Tabung Haji lantikan PH dulu Tan Sri Md Nor Yusof melobi pihak atasan agar mengekalkan Nik Mohd Hasyudeen sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Warga TH berharap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertegas mengekalkan keputusannya dan menidakkan lobi Tan Sri Md Nor Yusof di pejabat Perdana Menteri. 

5 Comments