Lompat 2018: Warisan rasuah UPKO jawatan, wang Ewon tak mahu desak siasat ke?
09:05 May 06, 2021  |  By SabahKini2
Lompat 2018: Warisan rasuah UPKO jawatan, wang Ewon  tak mahu desak siasat ke?

Tiba-tiba Upko desak politik 'katak' wal hal merekalah punca katak 2018. Tak malukah Madius dan Ewon dirasuah wang dan jawatan TKM dan Menteri KPLB? Apa mereka buat ketika berkuasa? subahat projek IC dan rembat komisen projek selenggara jalan RM1.5B!

Pemimpin Upko dan DAP Sabah menuntut siasatan penuh dibuat terhadap pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berhubung rasuah politik serta campur tangan menteri dalam penyusunan pasukan polis.


Mengapa Hamid Bador tak dedah masa UPKO lompat ke Warisan PH rampas kerajaan Sabah 12 Mei 2018

Naib Presiden Upko, Ewon Benedick dan Ketua Pemuda DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, dalam kenyataan bersama berkata pendedahan Hamid, baru-baru ini adalah sesuatu yang amat serius dan perlu siasatan menyeluruh.

“Kami berpendapat kedua-dua pendedahan besar ini merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, ini sangat serius dan mesti disiasat oleh autoriti termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata mereka.

UPKO lupa diri!

Nampaknya Ewon Benedick Naib Presiden Upko jelas lupa diri. Ewon bernasib baik hanya dia menang kerusi Adun di Sabah dalam PRN Sabah September tahun lalu yang lain seperti Presiden Upko Datuk Madius Tangau tewas teruk di Dun Kiulu.

Upko tidak belajar kesilapan yang mereka lakukan kerana lompat ‘katak’ mereka tewas teruk dalam PRN? Upko tidak sedar Upko tidak relevan lagi kini.

Insiden lompat daripada BN kepada Warisan pada 12 Mei 2018 adalah satu titik hitam politik Sabah apabila kerajaan BN yang telah rasmi menggangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dinafikan atas arahan politik Malaya ‘Dr Mahathir’.

Madius Tangau, Ewon mendapat jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri KPLB atas pengkhianatan mereka.

Sama seperti Azis Jamman mengapa Ewon Benedick tidak meminta SPRM menyiasat ‘lompat’ parti mereka dengan rasuah jawatan?

[ARTIS BERKAITAN- Azis Jamman mahu SPRM siasat ‘Katak’ politik tapi lupa insiden Warisan rampas kuasa 12 Mei 2018! ]

Azis Jamman mahu SPRM siasat ‘Katak’ politik tapi lupa insiden Warisan rampas kuasa 12 Mei 2018!

Lompat parti yang berlaku ketika rampasan kuasa Warisan 2018 adalah sama dengan lompat parti lain seperti mana yang berlaku sekarang.

Justeru, mengapa Ewon tidak mendesak SPRM bersama-sama dengan rakyat jelata, khususnya di kawasan mereka  menuntut penyiasatan penuh ke atas lompat parti yang mereka lakukan? Mengapa sibuk dengan lompatan pemimpin lain

Mengapa Ewon dan Upko tidak mendesak Hamid Bador mendedahkan siasatan lompat ‘katak’ adun BN ke Warisan Mei 2018 yang beliau sendiri terlibat? Nampaknya ‘Meludah ke langit kena muka sendiri’.

 Apa Ewon Benedick Naib Presiden Upko tu buat selepas dirasuah jawatan Menteri KPLB? Selain bersubahat projek IC bersama Warisan dan rembat projek selenggaran jalan konsesi RM1.5B. 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN- Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal ]

 ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk

7 Comments